suria

Dari TikTok turun ke hati! Kenal 2 hari terus ajak tunang, ‘first date’ pergi beli cincin – “Dia jumpa mak ayah, masa tu saya sedang bekerja”

Gambar kanan menunjukkan Rinna ketika menjadi tunangan orang, manakala foto kiri memaparkan Rinna bersama tunangnya.

DARI video TikTok turun ke hati.

Mungkin begitulah yang boleh digambarkan mengenai pasangan ini yang selamat mengikat tali pertunangan selepas dua hari perkenalan mereka.

"Kitaorang kenal dua hari je, lepas tu dia ajak tunang," menurut keterangan video yang dimuat naik oleh seorang gadis di aplikasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Risik selepas 3 bulan kenal... kecoh wanita ini dikata kahwin cepat sebab suami 'poket tebal', agak-agak wang hantaran berapa angka? - "Kami sudah bersedia"

ARTIKEL BERKAITAN: Baju kerja pun boleh! Pasangan PKP 1.0 buat keputusan nikah dalam masa kurang 3 jam, sehari sebelum PKP 2.0 - "Saya tunduk menangis"

Nurqamarinna Shahadat berkata, perkenalan bermula apabila seorang pengguna TikTok yang kini tunangnya meninggalkan komen kepada video-video yang dikongsinya.



Pasangan ini mula saling mengenali di Instagram.

Susulan itu, gadis berusia 20 tahun itu memberitahu, dia kemudian menerima mesej secara langsung (DM) daripada pemuda berkenaan di akaun Instagram miliknya, Mac lalu.

"Dia (kini tunang) rajin komen dan like video-video saya di TikTok. Bila saya tengok profilnya, wajahnya seperti pernah dilihat tapi tak kenal atau bertegur sebelum ini.

"Tidak lama kemudian, baru saya tahu yang dia adalah kawan kepada abang saya dan dia tinggal berdekatan dengan rumah saya. Mungkin itulah sebab saya macam pernah beberapa kali terserempak dengannya seperti di kedai di kawasan rumah," katanya kepada mStar.



Rinna (kiri) ketika majlis merisik.

Nurqamarinna yang menetap di Mantin di Negeri Sembilan berkata, mereka mula mengenali apabila tunangnya berusia 24 tahun menghantar mesej di akaun Instagram.

"Dia luah sukakan saya. Mulanya saya terkejut, tapi dia pandai mengambil hati. Saya cakap kat dia kalau betul-betul sukakan saya, datang jumpa mak ayah saya perkenalkan diri.

"Selepas dua hari kenal di media sosial, dia betul-betul datang jumpa mak ayah saya di rumah pada waktu siang. Ketika itu saya sedang bekerja dan dia telah maklumkan untuk datang ke rumah," ujarnya yang bekerja di sebuah kilang di Seremban.



Second date ketika membeli barang-barang bagi majlis tunang.

Lebih mengejutkan anak bongsu daripada dua beradik itu apabila dalam pertemuan bersama ibu bapanya, pemuda berkenaan menyuarakan hasrat untuk bertunang dengannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tahu dia akan datang kat rumah, tapi tak tahu pula dia nak terus bertunang dengan saya. Dia beritahu mak ayah yang dia nak jaga saya. Memang saya terkejut.

Saya tahu dia akan datang kat rumah, tapi tak tahu pula dia nak terus bertunang dengan saya. Dia beritahu mak ayah yang dia nak jaga saya

RINNA

"Mak ayah tak kisah siapa pilihan saya asalkan bertanggungjawab, dia berani datang jumpa suarakan hajat. Mak ayah tanya pendapat saya... saya kata okay selagi baik bagi mereka.

"Mulanya saya macam tak percaya tapi bila keluarga dia datang merisik pada 21 Mac dan mahu bertunang, barulah saya percaya dia betul-betul serius sukakan saya," katanya sambil menambah tarikh pertunangan pada hari ulang tahunnya iaitu 11 April.



Rinna (kanan) dan tunang bakal berkahwin pada Julai depan.

Percaya atau tidak, pertemuan pertama mereka hanya berlaku beberapa hari selepas pemuda yang merupaka cef itu datang berjumpa dan memperkenalkan diri kepada ibu bapanya.

"First date kami kira-kira seminggu selepas kami kenal. Dia bawa saya pergi beli cincin risik dan tunang. Second date kami keluar pergi beli barang-barang untuk majlis tunang.

"Rumah kami di dua taman perumahan tapi jaraknya kalau berjalan kaki hanya lima minit je. Cuma sebelum ini kami tak pernah kenal atau bertegur antara satu sama lain," katanya.

Mempunyai pengalaman putus cinta sebelum ini, Rinna bersyukur apabila dikurniakan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan bersedia untuk membimbingnya.

"Kami rancang untuk berkahwin pada Julai depan. Saya minta semua pihak untuk mendoakan hubungan kami berkekalan dan segala urusan dipermudahkan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan