"BILA kita diuji, itu tandanya Allah masih lagi sayang.” Itulah kata-kata semangat yang diberikan oleh seorang pemuda apabila mendengar rintihan hidup seorang saudara baru yang ditemuinya. Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Zain Azemann Akmal, 20, dilihat membantu seorang lelaki mualaf yang ditemui di sebuah stesen minyak di Kampung Raja Uda, Klang, pada Sabtu. Zain Azemann dalam perjalanan pulang ke rumah nenek bersama isterinya Raja Siti Zubaidah, 21, dan singgah ke stesen minyak tersebut untuk mengeluarkan duit di mesin ATM kira-kira jam 9 malam. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas viral dan buat orang terhibur, posmen anime dedah khabar mengejutkan nak berhenti kerja... yang pasti ‘rambut Naruto’ bikin ramai keliru ARTIKEL BERKAITAN: Kerap sakit kepala sebelum wajah senget, pegawai polis wanita terkejut hidap sakit buah pinggang tahap 5! - “Mulanya saya lari sebab tak nak masuk wad” Lebih mesra disapa Zain, dia pada mulanya tidak mengendahkan kewujudan lelaki mualaf berkenaan, Davindren Abdullah, 36, yang sedang duduk atas lantai di stesen minyak tersebut. “Mula-mula saya buat tak tahu je sebab ingatkan dia ni macam sindiket minta sedekah. Jadi saya pun masuk dalam premis untuk keluarkan duit di ATM. “Bila dah keluar saya tengok dia macam kesejukkan dan tak bermaya. Saya pun tergerak hati untuk tegur dia,” katanya yang bekerja sebagai perunding kredit di Shah Alam. Tanggapan awal Zain bahawa Davindren adalah peminta sedekah warga asing ternyata salah kerana lelaki tersebut adalah seorang mualaf yang baru dua tahun memeluk agama Islam. Zain kemudian berborak dengan lebih lama dengan lelaki itu dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu apa yang termampu. Zain bertemu dengan saudara baru tersebut ketika dalam perjalanan ke rumah nenek bersama isterinya. “Saya tanya dia asal dari mana dan kenapa duduk di stesen minyak ini. Davindren beritahu yang dia memang orang Klang dan sedang menunggu kawan untuk menjemputnya. “Saya ada juga tanya dia duduk di sini dengan siapa dan apa yang dah terjadi dengan kedua-dua belah tangannya sebab tangan kiri Davindren kudung dan sebelah kanan pula cacat," katanya. Menurut Zain, Davindren mengalami kecacatan di kedua belah tangan di mana tangan kirinya putus akibat kemalangan motosikal, manakala tangan kanannya pula terkena renjatan elektrik sewaktu bekerja dahulu. Disebabkan kejadian itu, Davindren tidak mampu menggunakan tangan untuk melakukan pergerakan ringkas seperti membuka botol air atau menyuap makanan ke dalam mulut seperti individu lain. "Saya ada belikan dia sedikit makanan dan minuman sebab rasa kesian bila tengok dia duduk di situ nampak lemah. Dia cakap belum minum dari petang lagi sebab tak dapat nak buka penutup botol air. "Saya ingatkan nak tolong suapkan dia makan sekali tetapi dia menolak pelawaan saya. Katanya ada kawan yang akan bantu dia suap makan di rumah," katanya sambil menambah sempat membantu Davindren membuka penutup botol dan mencuci tangan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Saya cakaplah, kalau Allah beri ujian itu tandanya dia sayang pada kita ZAIN AZEMANN AKMAL Anak bongsu daripada lima beradik itu turut memberitahu bahawa Davindren tidak lagi tinggal bersama keluarga kerana ada perselisihan faham. Dia mendakwa keluarganya tidak menerima dirinya, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk keluar rumah. Seperti jatuh ditimpa tangga, Davindren bagaimanapun reda dengan dugaan ini dan tidak pernah menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku pada dirinya. "Bila tanya famili ada lagi ke tidak, Davindren beritahu yang dia dah keluar dari rumah keluarga kerana ada salah faham dengan kakak iparnya. Keluarga dia macam dah jijik dengan keadaannya dan perkara ini berlaku selepas dia memeluk agama Islam. Rakaman video tersebut dimuat naik oleh Zain bertujuan agar orang ramai dapat membantu Davindren. "Banyak kali jugalah Davindren kena kacau dengan budak-budak nakal di kawasan stesen minyak ni. Mereka kononnya nak tolong, tetapi lepas tu curi duit dia. "Davindren menangis sewaktu dia bercerita tentang kisah hidupnya dan saya cuba beri kata-kata semangat dengan harapan dia kuat untuk teruskan hidup. Saya beritahu dia, Allah beri ujian itu tandanya dia sayang pada kita," katanya yang berasal dari Kuala Langat, Selangor. Zain memuat naik video yang dirakam oleh isterinya di Instagram dengan harapan orang ramai yang berada di kawasan stesen minyak tersebut atau mana-mana agensi serta pertubuhan dapat menyalurkan bantuan untuk saudara baru ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) TONTON VIDEO PILIHAN!