suria

Peniaga burger pertahan diri selepas plot twist didakwa hidup mewah - “Banyak fitnah, banyak lagi pahala dapat...”

Pemilik Faisal Burger tampil mempertahankan diri selepas diserang netizen.

BEBERAPA hari lalu, kisah seorang peniaga burger di Kelantan yang dikenakan kompaun berjumlah RM50,000 kerana beroperasi melebihi had masa benar-benar mengejutkan sehingga rata-ratanya meluahkan rasa simpati.

Bukan itu sahaja, kisahnya yang tular turut mendapat perhatian selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor yang menawarkan bantuan bagi menyelesaikan bayaran kompaun terbabit.

Belum pun reda simpati orang ramai, terbaharu peniaga burger itu sekali lagi menjadi tular namun kali ini kerana beberapa pendedahan netizen yang mendakwa terdapat 'plot twist' di sebalik kisahnya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikompaun RM50,000, isteri peniaga burger dedah ada orang tak puas hati - “Kami hanya cari makan depan tangga rumah...”

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga burger tak sangka Neelofa nak tolong, PU Azman juga tanya khabar - “Tapi kami tak mahu terima lagi”

Menerusi perkongsian netizen di media sosial, mereka mendakwa peniaga berkenaan, Wan Mohd Faisal Wan Kadir dan isterinya, Nor Laili Shafii sebenarnya hidup mewah.

Dalam perkongsian tersebut, mereka turut memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan kehidupan sebenar Wan Mohd Faisal, antaranya pernah menikmati hidangan di restoran Tomahawk dengan bil mencecah RM1,000 lebih serta menggunakan kereta import.



Wan Mohd Faisal didakwa menikmati hidangan di sebuah restoran Tomahawk sehingga bil mencecah RM1,000.

Gambar-gambar tersebut dimuat naik sebagai bukti yang menunjukkan pasangan berkenaan bukanlah tidak mampu seperti yang digembar-gemburkan.

Bagaimanapun, menerusi posting terbaharu di laman Facebook Faisal Burger milik mereka, pasangan berkenaan menjawab segala tohmahan yang dilemparkan orang ramai.

"Time kasih dik. Kelly sabar jah... biar gi la nga mulut ore tu...banyok ya buat fitnah banyok lagi pahala buleh ko kely nga abe pesa (Terima kasih dik, Kelly sabar saja. Biarlah dengan mulut orang. Banyak fitnah, banyak lagi pahala dapat dekat Kelly dengan Abang Pesa," demikian perkongsian yang dipercayai ditulis oleh Nor Laili yang membahasakan dirinya Kelly (Kak Laili).



Gambar pasangan ini bersama kereta Honda milik mereka yang turut didedahkan netizen.

"Orang yang kenal kita sahaja tahu segala kisah kita. Yang duduk viral-viral tak tahu apa-apa. Sekarang ni, nak cakap yang peniaga kecil macam kita ni kena kompaun RM50,000.

"Beli kereta sebelum kehadiran wabak Covid-19. Kalau tahu Covid-19 akan melanda sampai orang berniaga tak boleh nak berniaga, kami tak akan beli," tulisnya pada perkongsian berasingan dalam dialek Kelantan.

Orang yang kenal kita sahaja tahu segala kisah kita. Yang duduk viral-viral tak tahu apa-apa.

PEMILIK FAISAL BURGER

Menyingkap ruangan komen, kelihatan ada segelintir kenalan dan netizen yang bersimpati dan memberikan kata-kata semangat buat pasangan berkenaan.

Terdahulu, pasangan berkenaan memuat naik keluhan mereka di media sosial selepas dikenakan kompaun oleh pegawai polis pada Ahad lalu.



Kompaun RM50,000 yang dikenakan kepada Wan Mohd Faisal pada Ahad lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi perkongsian tersebut, mereka meluahkan rasa kesal dan merasakan tindakan kompaun dengan jumlah tersebut sebagai tidak adil kerana mereka hanya peniaga kecil.

Dalam sidang media Selasa lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berpendapat jumlah kompaun yang dikenakan terhadap pasangan berkenaan sebagai terlalu tinggi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain