NAMA Khairulaming sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain terkenal dengan video masakan sempoi dengan tagline 'Hey what's up guys', jejaka ini juga menjadi sebutan ramai kerana produk Sambal Nyet keluarannya yang laku keras! Bayangkan, produk sambal jenama sendiri yang dilancarkannya pada Januari lalu laris terjual di platform Shopee sebanyak 10,000 botol dalam tempoh 54 minit sahaja! ARTIKEL BERKAITAN: Produk laku keras dalam masa 54 minit, Khairulaming selamba tunjuk kelemahan kepada followers! ARTIKEL BERKAITAN: Jualan Sambal Nyet cecah RM1juta, tiada video masakan 11 Ramadan... Khairulaming ambil ‘off day’ nak rehatkan minda - “Saya hanya lelaki biasa...” Lebih menakjubkan, Khairulaming berjaya mencatat angka jualan Sambal Nyet sebanyak lebih RM1 juta dalam tempoh tiga bulan! Dek kerana sambutan yang cukup hangat, ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan cuba menghasilkan dan menjual sambal palsu menggunakan nama Sambal Nyet. Menulis di Twitter, Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut, apatah lagi sudah lebih 700 botol sambal palsunya terjual. Perkongsian Khairulaming di Twitter mengenai tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menciplak sambalnya. "Lately aku pelik kenapa ada customer DM aku cakap sambal berbuih tapi bila aku tengok gambar botol and postcard, ada macam something tak kena. "Macam lain design dan rupa sambal. Dan kami kemudian mengenal pasti mereka membeli dari 'Masturaaliyah' yang mendakwa dirinya sebagai reseller. "Aku baca review kat Shopee dia dan ramai bagi satu star sebab sambal basi, berair, pecah dan bau busuk. Untuk kumpul bukti, aku mintak kawan aku beli sambal ni dari dia dan memang betul ni sambal tipu," tulisnya. Menurut Khairulaming, sambal palsu tersebut menggunakan nama dan label yang seakan sama dengan Sambal Nyet namun menerusi pemeriksaan teliti, terdapat beberapa ciri yang nyata berbeza daripada sambal original. Perbezaan di antara Sambal Nyet asli (kiri) dengan sambal yang diciplak (kanan). "Pertama, sticker yang dia guna ni basically sticker yang dia scan dari sticker original dan cetak balik. Kedua, postcard guna font tak sama. "Ketiga, ni yang paling aku disgusted (jijik). Tekstur sambal langsung tak sama. Aku tak tahu apa dia letak tapi sambal ni bau minyak goreng ikan yang busuk dan cili dah macam keladak. "Aku pun frust juga bila customer yang beli dengan reseller ni datang kat aku untuk minta refund sebab sambal basi. Apabila tanya nombor pesanan Shopee, baru mengaku beli dengan reseller. Aku merayu jangan beli dari reseller. Selagi beli dari reseller selagi tu orang macam ni akan wujud. KHAIRULAMING SELEBRITI MEDIA SOSIAL "Aku sampai tak tidur malam frust dan cuba nak trace balik root cause kat mana silap aku," ujarnya. Untuk mengelakkan kes yang sama berulang, Khairulaming menasihati orang ramai yang berhasrat untuk merasai Sambal Nyet agar berhati-hati dan tidak membeli produk tersebut daripada 'reseller'. Tambahnya, dia sudah membuat laporan polis pada Rabu dan akan mengambil tindakan undang-undang selepas ini memandangkan tindakan tersebut boleh memberi kesan jangka panjang kepada perniagaannya. Khairulaming menasihati orang ramai yang ingin mendapatkan sambalnya agar membeli daripada saluran yang sah. "Oleh itu perhatian kepada Masturaaliyah (Heauty Legacy) yang bernombor telefon 019-682XXXX di alamat No XX Mutiara Anggerik, Jalan Tukul N15,40200 Shah Alam, this tweet is for you. "Jangan la khianat orang macam ni, makan duit haram dengan menipu. Aku takut orang yang beli tu keracunan makanan makan benda mengarut macam ni. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Sesiapa yang beli dari dia minta check balik sambal yang anda dapat. Aku merayu jangan beli dari reseller. Selagi beli dari reseller selagi tu orang macam ni akan wujud," katanya lagi. Sehingga kini ciapan tersebut meraih lebih 42,000 retweet. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!