suria

Atuk muda perjelas status dirinya, raih lebih 100,000 pengikut gara-gara aksi comel cucu kembar - “Kalau seorang menangis, seorang lagi senyap”

Ramai netizen mengikuti TikTok Luqman untuk melihat gelagat comel sepasang kembar itu.

MENGGELARKAN dirinya sebagai 'atuk muda', kehadiran jejaka berusia 23 tahun ini dengan sepasang kembar lelaki ternyata mencuri perhatian netizen.

Menurut Luqman Hakim Ismail, dia sekadar berkongsi video secara suka-suka dan tidak menyangka akan meraih lebih 100,000 pengikut di TikTok dalam masa singkat.

Mesra disapa Luqman, dia ketika dihubungi mStar sempat memperjelaskan hubungan sebenarnya dengan dua bayi itu yang sering kali menimbulkan kekeliruan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik ini buat hal lagi, bukan saja di TikTok, kasihan... akak McD pun keliru - “Yang pertama dan kedua OK lagi...”

ARTIKEL BERKAITAN: Internet slow ketika banjir, siswi kembar cari jalan ikuti kelas online di beranda... nak keluar rumah terpaksa dayung perahu dahulu

"Ceritanya, kakak saya yang paling sulung kahwin awal. Kemudian dia dapat anak. Nama anak kakak saya tu Aisyah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Aisyah ni pula dilahirkan sama tahun dengan saya. Kami sama-sama umur 23 tahun. Kembar dua orang tu anak Aisyah.

"Mereka berdua cucu saudara saya. Saya pula masih lagi bujang," ujarnya.

Antara video yang dikongsi di TikTok.

Menurut Luqman, dia berasal dari Pahang dan kini menetap bersama Aisyah dan suaminya, serta dua kembar mereka di Bandar Putra, Kulai, Johor.

Jelasnya, dia kini bekerja sebagai penyelenggara acuan di sebuah kilang di Senai.

Bercerita mengenai si comel itu, Luqman menjelaskan Adam Zhaffrel Mohd Izamuddin dan Adam Zhaffran dilahirkan pramatang dan kini baru mencecah usia tujuh bulan.

Mengenai kahwin, itu tak boleh nak cakap sebab semuanya bergantung kepada rezeki.

LUQMAN

"Saya sebenarnya suka-suka kongsi video mereka. Tak sangka ramai yang suka. Ramai komen nak tengok mereka lagi.

"Kalau ada masa lapang, saya akan melayan mereka. Agak mencabar, seorang bergerak ke sana, seorang lagi gerak ke sini.

Luqman merupakan anak keenam daripada lapan beradik.

"Tapi yang bagusnya, kalau seorang menangis, seorang lagi akan senyap. Kalau serentak memang saya pengsan," ujarnya berseloroh.

Menurut anak keenam daripada lapan beradik itu, dia juga tak terlepas menerima komen usikan di media sosial.

Selain memuji kecomelan si kembar, ada netizen turut memuji rupa paras Luqman dan bertanya mengenai status dirinya.

Gelagat dua bayi comel ini ternyata mencuri perhatian ramai netizen.

"Saya pun ada perasan komen-komen tu, saya anggap sebagai gurauan semata-mata.

"Mengenai kahwin, itu tak boleh nak cakap sebab semuanya bergantung kepada rezeki.

"Saya pun belum ada calon lagi," jelas Luqman yang juga satu-satunya anak lelaki dalam adik beradiknya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain