suria

Dituduh lepas tangan selepas buat onar, Instafamous akhirnya buat pengakuan... hantar ‘letter of demand’ kepada Caprice! - “Bukan saya heret mereka”

Nurin membuka mulut menjelaskan isu yang mengaitkan dirinya yang didakwa melanggar SOP dalam satu majlis berbuka puasa, baru-baru ini.

SELEPAS dituduh berdiam diri dan lepas tangan susulan kontroversi majlis berbuka puasa yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini, selebriti media sosial, Nurin Afiqah akhirnya tampil membuat penjelasan.

Menurut Nurin, tuduhan yang mengatakan dirinya sebagai individu yang bertanggungjawab 'mengheret' selebriti serta anak yatim ke luar dewan semata-mata mahu merakam gambar dan video bagi mempromosikan produknya, adalah tidak benar sama sekali.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice berang influencer diam diri selepas buat onar majlis buka puasa langgar SOP - “Orang lain buat... kita yang kena!”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu majlis buka puasa langgar SOP, Amin Idris cerita keadaan sebenar... tak salahkan influencer punca viral

Merujuk kepada tuduhan yang dilemparkan oleh penyanyi rap Caprice terhadapnya, Nurin sebaliknya berkata ketika sesi bergambar dan merakam video dilakukan, selebriti yang terlibat serta anak-anak yatim sudah pun berada di luar dewan memandangkan ketika itu majlis sudah berakhir.

"Saya ada bukti bahawa ketika itu, selebriti yang terlibat dan anak-anak yatim sememangnya sudah berada di luar dewan.... bukannya saya yang heret mereka ramai-ramai semata-mata untuk promosi produk saya.



Caprice (dua, kanan) mendakwa Nurin mengheret selebriti lain gara-gara melanggar SOP ketika majlis berbuka puasa anjurannya.

"Malah saya perkenalkan diri dan beritahu terlebih dulu tujuan saya sebelum sesi bergambar dan rakaman video dilakukan. Dan saya juga ada bukti yang kami adalah salah satu sponsor untuk majlis tersebut.

"Namun saya mengakui, ada khilaf di pihak saya sendiri kerana tidak amalkan penjarakkan sosial ketika bergambar. Itu saya mengaku. Saya dengan beberapa selebriti yang terlibat sememangnya ada yang kenal lama, ada yang pernah bekerjasama sebelum ini.

"Bila terjumpa, memang agak excited dan post di media sosial. Daripada posting itu, netizen screenshot dan jadi viral. Cuma saya tegaskan, isu saya heret selebriti itu tidak benar sama sekali," jelasnya.



Tular beberapa keping gambar di mana beberapa selebriti dikatakan melanggar SOP.

Tegas Nurin, bagaimanapun sepanjang majlis berlangsung ketika di dalam dewan, penganjur dan tetamu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Caprice sebelum ini meluahkan rasa berang kerana mendakwa Nurin bersikap lepas tangan selepas membuat 'onar' sehingga menyusahkannya selaku penganjur Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 dengan mengheret selebriti lain dalam kontroversi berkenaan.

Bagaimanapun tegas Nurin, dia kemudian hadir ke balai polis pada Ahad iaitu sebelum Caprice mengeluarkan kenyataan, untuk memberikan keterangan malah menawarkan diri untuk dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi SOP ketika sesi bergambar.

Apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada saya. Namun, saya sama sekali tak boleh bertolak ansur dengan fitnah atau buli siber.

NURIN AFIQAH

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

"Saya enggan aibkan siapa-siapa lebih-lebih lagi ketika bulan puasa. Malah saya juga sudah memohon maaf kepada semua termasuk selebriti yang terlibat. Tapi bila dia buat macam ni, saya kena bersuara untuk betulkan balik tuduhannya," ujar Nurin.

Susulan itu, Nurin berkata pihaknya menerusi peguam sudah menghantar 'letter of demand' kepada Caprice pada Khamis (hari) ini, di mana antara tuntutannya adalah meminta Caprice menarik semula kenyataan yang dilemparkan sebelum ini.

"Namun jika gagal, saya akan teruskan dengan mengambil tindakan undang-undang selanjutnya. Menurut Caprice, dia juga nak saman saya... namun setakat hari ini, saya belum menerima apa-apa.



Komen antara Caprice dan Nurin di Instagram berhubung isu tular berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya terima apa yang berlaku dengan hati terbuka. Apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada saya. Namun, saya sama sekali tak boleh bertolak ansur dengan fitnah atau buli siber.

"Jadi kepada yang lain, moga lebih hati-hati jika membuat perkongsian. Dan kepada netizen, jangan lemparkan kecaman jika tak tahu cerita yang sebenarnya," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain