suria

“Kejut bayi, tapi tak bangun-bangun” - Risiko meninggal ketika tidur... kenapa tak boleh letak patung binatang dekat anak?

SIDS merupakan kematian mengejut pada bayi berumur bawah 1 tahun secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda tertentu

KEHADIRAN cahaya mata dianggap sebagai pelengkap dalam kehidupan berumah tangga.

Ada yang dikurniakan rezeki awal, ada pula pasangan yang menunggu bertahun lamanya sebelum mendapat cahaya mata.

Bagi ibu bapa, banyak sebenarnya perkara yang perlu mereka ambil tahu dalam menjaga dan membesarkan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pintu tandas ditutup tapi tak dikunci, doktor imbas kisah bayi ditemui mati lemas di rumah pengasuh

ARTIKEL BERKAITAN: Koma 2 minggu, ibu reda jika anak bongsu dijemput Ilahi... pelajar STPM imbas detik ‘mati hidup semula’ akibat kemalangan, batuk pun keluar darah

Jika tersilap langkah, banyak risiko menanti sehingga boleh membawa kepada kematian.

Di Twitter, Dr Redza Zainol tampil berkongsi ilmu mengenai SIDS ataupun Sudden Infant Death Syndrome.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ujarnya, SIDS merupakan kematian mengejut bayi berumur bawah satu tahun secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda tertentu seperti penyakit atau sebab yang jelas.

"Bayi lelaki dan bayi pramatang yang lahir bawah 37 minggu lebih tinggi risiko untuk dapat SIDS.

"Bayangkan, bila kita kejut bayi kita tu, dia dah tak bangun-bangun," ujarnya menerusi posting yang meraih hampir 8,000 ulang kicau (Retweet).

Jelas Dr Redza, banyak perkara perlu dititikberatkan dalam mengelakkan risiko kematian bayi ketika tidur.

Patung-patung permainan juga tidak seharusnya diletakkan berdekatan bayi ketika tidur. (Gambar Hiasan)

"Sejak saranan American Academy of Paediatrics pada tahun 1992 agar jangan benarkan bayi tidur meniarap... kejadian SIDS menurun kepada lima kes dalam setiap 10,000 bayi.

"Jika bayi muntah susu dalam posisi tidur meniarap, susu tu akan masuk ke dalam salur pernafasan dan sampai ke paru-paru. Itulah bahayanya tidur dalam posisi meniarap," jelasnya.

Ada kes ibu bapa tidur bersama bayi, bayi terhempap semasa mereka semua tidur bersama.

DR REDZA ZAINOL

Kata Dr Redza, bayi perlu ditidurkan secara menelentang untuk mengelakkan risiko SIDS.

Malah, patung-patung permainan juga tidak seharusnya diletakkan berdekatan bayi ketika tidur.

"Letakkan bayi dalam posisi menelentang di atas tilam semasa tidur, gunakan tilam yang leper dan padat. Tilam yang bagus akan buatkan bayi tak tenggelam ke dalam bila diletak atas tilam tu.

Dr Redza Zainol tampil berkongsi ilmu mengenai SIDS ataupun Sudden Infant Death Syndrome di Twitter.

"Soft toys seperti patung binatang dan bantal tebal tak digalakkan diletak berdekatan bayi yang tidur. Benda ni boleh jatuh dan menutup hidung bayi.

"Elakkan tidur bersama bayi. Dicadangkan bayi tidur di tilamnya atau di kot (baby cot) sendiri. Ada kes ibu bapa tidur bersama bayi dan bayi terhempap semasa mereka semua tidur bersama," ujarnya.

Selain itu, ibu bapa juga harus elak merokok berdekatan bayi kerana mereka lebih berisiko terdedah kepada SIDS.

Malah, bayi yang menyusu badan juga mempunyai risiko SIDS lebih rendah.

Selain Twitter, Dr Redza banyak berkongsi pelbagai ilmu bermanfaat menerusi Facebook, Telegram dan TikTok.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain