SEPANJANG bulan Ramadan, ramai dalam kalangan kita yang berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan. Begitu juga dengan jejaka ini yang mana video memaparkan dia bersedekah juadah berbuka puasa meraih hampir 30,000 tontonan. Menurut Lutfil Hadi Mokhtar, 26, dia pada waktu itu berada di sekitar pusat pusat beli-belah terkemuka, Pavilion di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu sebelum terserempak dua wanita dan seorang kanak-kanak di tepi jalan. ARTIKEL BERKAITAN: Penangan viral di mStar, peniaga kambing bakar tak menang tangan terima tempahan... ramai ikut jejak bersedekah ARTIKEL BERKAITAN: “Lambat dia hulurkan tangan” - Motor pemuda rosak di tepi kubur jadi asbab, suami isteri terkejut niat sedekah dibalas sekelip mata "Saya sebenarnya nak keluar berbuka puasa dengan adik. Ketika berjalan, saya nampak dua wanita dan seorang budak. Mereka jual face mask dan tisu. "Budak tu pun nampak lesu, terbaring. Terus hati saya rasa tersentuh. Waktu nak berbuka makin hampir, tapi nampak macam mereka belum ada makanan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Jadi saya terus ajak adik pergi beli makanan untuk mereka. Kebanyakan kedai dah penuh masa tu, tapi Alhamdulillah berjaya juga beli untuk mereka," ujarnya kepada mStar. Kata Lutfil, video itu dirakam pada Sabtu lalu. Mesra disapa Lutfil, dia lega apabila juadah yang dibeli di sebuah restoran makanan segera sempat diserahkan kepada tiga beranak itu sebelum azan berkumandang. "Beratur beli makanan dalam setengah jam. Tapi mujur sempat bagi pada mereka. Saya tengok reaksi salah seorang daripada mereka sangat gembira. Yang seorang lagi pula sayu. Ada yang komen, kata dia menangis tengok video tu. LUTFIL "Tapi saya pun tak sempat berborak panjang dengan mereka. Saya tak kisah walaupun lambat berbuka pada hari tu, yang penting dapat tolong mereka. "Saya pun tak tahu sekiranya mereka dah berniaga di situ sejak pagi, kena panas tengah hari. Memang kesian. Jadi tak apalah saya buka puasa lambat sikit," ujar anak kedua daripada lima beradik itu. Menetap di Damansara, Lutfil berkata dia juga tidak menyangka video berkenaan akan tular di TikTok. Paparan skrin video tular itu. Tambahnya, dia berkongsi video itu untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dan bersyukur menerima reaksi positif netizen. "Dalam memberi, saya tekankan bukan berapa banyak atau berapa besar, tapi berapa ikhlas hati kita. Saya cuma nak beri inspirasi dan pengaruh positif. "Kebetulan saya baru start bisnes minuman kurus, ada rezeki lebih saya nak berkongsi. Alhamdulillah tiada komen negatif di TikTok. Lutfil tak menyangka video itu akan meraih perhatian ramai. "Ramai netizen mendoakan mereka bertiga, tak kurang juga yang mendoakan saya. Saya terharu, bukan senang orang nak doakan kita tiba-tiba, tak kenal asal usul pun. "Ada yang komen, kata dia menangis tengok video tu. Alhamdulillah, InsyaAllah saya akan banyakkan usaha sebegini pada masa akan datang," ujarnya. Sebelum berniaga produk minuman, Lutfil sebelum ini turut berniaga baju, tudung dan makanan. Di TikTok, Lutfil turut aktif membuat perkongsian mengenai bisnes, kesihatan dan kecergasan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!