KEMUNCULAN gadis ini di aplikasi video TikTok ternyata menimbulkan kekeliruan ramai. Ada kalanya dia berbahasa Cina dan Thailand, malah ada ketikanya dia menggunakan Bahasa Melayu dalam dielek Kelantan pula. Kanittha Manun, 24, ketika dihubungi mStar mendedahkan dia merupakan gadis berketurunan Siam yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan. ARTIKEL BERKIATAN: Hampir sejuta ‘followers’ TikTok gadis Siam tiba-tiba lesap, 2 kali gugur air mata si jelita... status calon SPM ini buat ramai keliru ARTIKEL BERKAITAN: Disangka berdarah kacukan gara-gara video TikTok, jejaka akui ada yang terkejut dia boleh cakap loghat Kelantan "Ramai orang yang keliru tengok saya bercakap dalam dialek Kelantan. Orang tanya, saya ni asal Malaysia atau Thailand? "Saya sebenarnya orang Siam Kelantan. Lahir pun di Malaysia. Masa kecil dulu saya ke sekolah Cina," ujarnya yang mesra disapa Nita. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut akauntan itu, dia sudah lama memiliki akaun TikTok namun baru sahaja aktif menghasilkan video-video random untuk menghilangkan kebosanan. Tanpa semena-mena, dia meraih lebih 6,000 pengikut dalam satu malam gara-gara tular video dia mengajar ABC dalam bahasa Thailand. Nita sentiasa menanti kedatangan Aidilfitri untuk menikmati kuih semperit. "Dah lama ada TikTok, tapi jarang post. Cuma kebelakangan ini saya baru aktif. Saya suka buat lawak dan kongsi mengenai bahasa Thailand. "Dulu pun saya ada ajar bahasa Thailand di Instagram. Kali ini di TikTok pula. Terkejut sangat bila viral. Saya buat video biasa-biasa saja. Memang rindu kampung. Kali terakhir balik Kelantan pun pada Disember lalu. NITA "Semalam 6,000 pengikut, hari ni (Sabtu) dah jadi lebih 12,000 gara-gara video ABC Thailand. Notification masuk tak berhenti. "Mereka komen, kata susah ABC bahasa Thailand," ujarnya berseloroh. Bercerita mengenai pengalaman Hari Raya Aidilfitri si cantik manis yang kini menetap di Subang, Selangor itu mengakui turut sama meraikannya dengan rakan-rakan Muslim sejak dulu lagi. Menggemari kuih semperit, dia turut mempelajari teknik pembuatan makanan popular itu ketika berada di kampung halamannya. Nita merupakan seorang akauntan. "Di Kelantan memang ramai kawan Melayu. Selalu pergi beraya di rumah mereka. "Memang saya pun akan pakai baju kurung untuk beraya. Setiap kali raya saya suka semperit. "Disebabkan terlalu suka, saya belajar untuk buat semperit sendiri. Kiranya dah dua tahun tak beraya di Kelantan kerana pandemik Covid-19. "Memang rindu kampung. Kali terakhir balik Kelantan pun pada Disember lalu," ujar gadis beragama Buddha itu. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!