SETIAP kali menjelang Syawal, kita sering dihidangkan dengan kisah hiba warga emas yang menghuni pusat jagaan orang tua. Lazimnya, kisah yang dipaparkan adalah berkisarkan sejarah kehidupan mereka sehingga terpaksa menghabiskan sisa-sisa masa yang ada di pusat berkenaan. Secara tidak langsung, pasti terjentik perasaan sayu dan sedih apabila mengenangkan betapa sunyinya hari raya mereka tanpa keluarga tersayang di sisi. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ada perikemanusiaan seorang anak...” - Ibu derita, rayu dikeluarkan dari rumah orang tua-tua ARTIKEL BERKAITAN: Kaunselor kongsi pesanan ‘makan dalam’ seorang makcik! Ibu bapa sayang anak sampai lupa saham akhirat - “Masa hidup beli rumah empat buah untuk anak seorang satu” Baru-baru ini, kisah seorang penghuni pusat jagaan warga emas menjadi tular di media sosial selepas disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan. Menerusi laporan eksklusif yang diterbitkan, warga emas tersebut mendakwa dia diabaikan oleh anak-anaknya ketika menerima rawatan di hospital akibat terjatuh, sebelum dirujuk ke rumah jagaan itu sejak sebulan lalu. Namun baru sahaja masyarakat bersimpati dan tersentuh dengan kisah warga emas berusia 83 tahun itu, seorang wanita tampil membuat perkongsian di media sosial. Posting sebuah pusat jagaan orang tua mengenai kisah yang tular baru-baru ini. Apa yang mengejutkan, selain mengakui warga emas itu sebagai ibu mentuanya, wanita tersebut dalam masa yang sama turut mendedahkan kisah sebenar dan menafikan dakwaan yang keluar daripada mulut ibu mentuanya itu. "Bukan anak-anak yang buang dia tapi dia buang anak-anak sejak mereka kecil lagi. Kami (anak-anak termasuk menantu) sering dimaki hina oleh dia. Suami saya, anak yang paling teruk kena hina sebab suami saya ini miskin, orang susah. "Bukan nak buka pekung tapi kenyataan harus diperbetulkan," demikian antara coretan wanita berkenaan. Bukan hak kita nak salahkan anak atau ibu atas perkara yang telah berlaku. Cuma nak ingatkan sedikit. Besar jasa ibu mengandung dan melahirkan kita. RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS Pendedahan tersebut secara tidak langsung mengundang reaksi bercampur daripada pelbagai pihak. Turut terpanggil untuk mengulas kisah yang sedang tular itu adalah Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas. "Berdasarkan pengalaman kami bila media dedahkan perihal warga emas yang di bawah jagaan dan rawatan kami pasti ada anak, menantu, dan cucu yang akan respon. "Nasihat kami, jangan kita respon dengan membuka aib mak ayah kita di sosial media. Menceritakan kisah silam mak ayah kita di media sosial tidak menjadikan kita lebih baik di pandangan mata orang lain," demikian menurut perkongsiannya di Facebook. Tambah pusat jagaan tersebut, sekiranya anak-anak tidak mampu menjaga orang tua mereka, apa yang perlu dilakukan adalah menyerahkan tugas tersebut kepada pihak yang sepatutnya, bukannya membuka aib. Seorang wanita mendakwa dirinya menantu kepada warga emas yang tular, baru-baru ini dan mendedahkan kisah sebenar di media sosial. "Seburuk mana mak ayah kita, tanpa mereka kita tak kenal dunia. Biarlah Allah yang mengadilinya, kita semua tak layak nak menyalahkan mana-mana pihak. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Bukan hak kita nak salahkan anak atau ibu atas perkara yang telah berlaku. Cuma nak ingatkan sedikit. Besar jasa ibu mengandung dan melahirkan kita. "Sekali lagi kami ulangi. Menyalahkan mana-mana pihak tidak menyelesaikan masalah yang berlaku. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dunia akhirat. Dunia sementara akhirat kekal selamanya," tulisnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!