PENGUNJUNG sebuah bengkel di Alor Setar, Kedah pastinya akan menyedari kewujudan dua 'penunggu' yang berada di situ. Tiada kaitan dengan makhluk halus, sebaliknya 'penunggu' itu merupakan dua ekor kucing comel yang dikenali sebagai Abu dan Alang. Menurut Mohamad Nazim Mhd Najid, 27, dua ekor kucing itu sebelum ini dibela di kediaman mentuanya sebelum dibawa ke bengkel berkenaan, baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Geramnya! Pelajar ‘pasrah’ dapat kucing minat laptop, digigit-gigitnya skrin sewaktu kelas online ARTIKEL BERKAITAN: “Dah anggap macam keluarga sendiri” - Remaja terkilan Apit dibaling dari tingkat 16, pelaku patut terima balasan setimpal! "Abu dan Alang merupakan kucing ibu mentua saya. Saya pun menetap sekali dengan mentua. Cuma dia kurang sihat, jadi dia bagi kucing tu kat orang lain. "Tapi Abu dengan Alang tak nak duduk dengan orang tu, saya pergi ambil semula dan letakkan di bengkel. Bengkel ni pun depan rumah kami saja. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Memang ada mekanik yang tidur di bengkel tu, jadi tiada masalah. Saya pun buat part-time kat situ, setiap hari ada di bengkel. Nazim bersama Alang. "Kalau dah comot, saya akan bawa mereka balik untuk dimandikan di rumah," ujarnya yang mesra disapa Nazim. Bercerita kepada mStar, penyelia di Majlis Kebajikan Negeri Kedah itu mengakui tidak menyangka video-video kucing berkenaan yang dikongsi di TikTok akan menjadi tular. Mereka akan duduk di satu tempat sahaja. Pernah letak tempat lain tapi mereka tak nak. NAZIM Namun, dia turut menerima komen teguran mengenai pemakaian harness (abah-abah keselamatan) pada dua ekor kucing itu yang dianggap sebagai satu penyeksaan kepada haiwan berkenaan. "Saya suka-suka share di TikTok. Tak tahu pula akan viral. Ramai netizen komen kata mereka kelakar dan comel. Ada juga yang kecam sebab kucing-kucing tu diikat. "Sebenarnya bukan sepanjang masa kucing tu diikat. Ada masa untuk bermain kami akan buka tali tu. Sebab kita pun risau kalau mereka terlepas," ujarnya. Biarpun diletakkan di bengkel, kebajikan kucing itu langsung tidak terabai, malah mereka diberi tiga jenis makanan setiap hari. Aksi comel kucing yang diberi nama Abu itu meraih perhatian ramai netizen. "Makanan pun kami bagi tiga jenis termasuklah dada ayam rebus. Kita tak mahu mereka bosan asyik makan makanan sama. Hari-hari kita tukar. "Dalam satu hari tak tentu berapa kali mereka makan, sebab kat bengkel selalu ada orang," ujarnya. Selain suka dengan kecomelan Abu dan Alang, netizen turut terhibur melihat aksi 'pemalas' kucing itu yang duduk melepek tidak bergerak di bengkel berkenaan. "Mereka akan duduk di satu tempat sahaja. Pernah letak tempat lain tapi mereka tak nak. "Memang akan jadi perhatian kalau orang datang. Ramai juga yang akan tegur," ujar bapa kepada seorang cahaya mata itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!