HARI Raya Aidilfitri pastinya lebih bermakna sekiranya ia disambut dengan ahli keluarga dan sanak saudara tercinta. Bagi sesetengah individu, lebaran bagaikan hilang serinya selepas pemergian kedua orang tua mereka. Begitu juga dengan selebriti media sosial, Shahrul Izwan Dona, 30, yang memilih untuk meraikan lebaran secara biasa-biasa sahaja selepas bapanya, Dona Mohd Lahom meninggal dunia 10 tahun yang lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Mood bertukar... tiada lagi ucapan raya, hanya video sayu pensyarah sambut lebaran di kampus pengganti diri ARTIKEL BERKAITAN: Raya 3 beradik suram selepas kematian mak ayah, kakak pula dah 6 tahun bawa diri ke Australia "Sejujurnya memang kurang seri dan rasa tak lengkap. Lebih-lebih lagi sebab arwah meninggal secara mengejut di tempat kerja. "Ia berlaku pada 5 Mac 2011. Arwah meninggal di tempat kerja kerana penyakit darah tinggi. Meninggal dalam keadaan sihat, bukannya terlantar di hospital. "Tapi ajal maut itu di tangan tuhan. Kami terima walaupun pahit pada awalnya. Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah bapa," ujarnya kepada mStar. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Mengimbas kenangan raya dulu-dulu, dia yang mesra disapa Ivan mengakui suasananya jauh lebih meriah ketika bapanya masih ada. Namun begitu, dia dan adik-beradik yang lain tetap meraikan hari mulia itu, demi memberi kekuatan buat ibunya, Maimunah Nikmat. Raya Ivan ternyata kurang berseri selepas pemergian bapanya 10 tahun lalu. "Memang dah tak meriah seperti dulu-dulu, ketika arwah masih ada. Tapi kami adik-beradik cuba untuk berkumpul setiap kali raya. "Ini semua kami lakukan untuk ibu. Selepas beberapa tahun barulah kami dapat sesuaikan diri dengan ketiadan arwah. "Namun, Aidilfitri kami raikan secara bersederhana sahaja. Tapi tetap meriah," ujarnya yang berdarah campuran Jawa, Bugis dan Melayu dan India itu. Demi keselamatan semua, kita kena berkorban. Sambut Syawal dalam bersederhana sahaja sudah cukup. IVAN Kata Ivan, masa lalu tidak dapat diputar kembali, namun kenangan zaman kecil terpahat di ingatan sampai bila-bila. "Kenangan paling best semestinya bila dapat berkumpul adik-beradik di pagi raya. Bila lengkap satu keluarga berkumpul, itulah makna kebahagiaan sebenar. "Paling istimewa, dulu masa kecil tak pernah beli baju Melayu. Mak yang akan jahit sendiri untuk adik-beradik, sedondon semuanya," ujar anak kelahiran Sabah yang menetap di Johor itu. Ivan menyeru orang ramai mematuhi saranan kerajaan ketika Syawal demi mengelakkan risiko jangkitan Covid-19. Paling seronok kata Ivan, dia pernah mengumpul duit raya sehingga RM1,500 ketika zaman remajanya. Namun kata Ivan lagi, seperti tahun lalu, Aidilftri kali ini juga kurang serinya memandangkan ia diraikan ketika pandemik Covid-19. "Kita kena ikut apa yang disarankan kerajaan sepanjang Syawal ini. Ini tahun kedua kita raikan raya dalam norma baharu, kalau nak diikutkan memang kurang meriah dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni "Demi keselamatan semua, kita kena berkorban. Sambut Syawal dalam bersederhana sahaja sudah cukup. "Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang meraikannya khususnya buat keluarga, rakan dan pengikut media sosial serta pembaca mStar," ujarnya mengakhiri bicara. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!