TIDAK mahu ibunya berdepan risiko kemlangan jalan raya sebagaimana insiden yang berlaku tiga tahun lalu, seorang anak nekad menghadiahkan sebuah kereta buat insan kesayangannya itu. Video kejutan ketika dia menghadiahkan sebuah kereta buat si ibu yang dimuat naik di TikTok mengundang perhatian ramai apabila meraih lebih 55,000 tontonan. Menerusi video tersebut, kelihatan ibunya tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu terharu dengan kejutan yang dilakukan si anak. ARTIKEL BERKAITAN: Anak menantu jual kereta kesayangan mak ayah sampai cetus ‘drama air mata’, hakikatnya mereka tak sekejam yang disangka! Mercedes-Benz tersedia depan rumah ARTIKEL BERKAITAN: Air mata selepas tarawih! Pasangan ini menangis kerana dapat kejutan 'sukar dipercaya'... Anak terfikir “hebat sangat ke apa yang kami buat” Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Fatin Pauzi berkata selain mahu keselamatan ibunya terjaga, hadiah tersebut juga adalah bagi menghargai segala pengorbanan insan yang melahirkan dan membesarkan dirinya bersama enam adik beradik lain. "Sebenarnya ia video lama ketika kejutan dilakukan kepada ibu, Suhaina Abd Karim pada 2019. Saya muat naik di TikTok kerana saja-saja nak 'throwback' video lama. Tak perasan pula hari saya muat naik itu kebetulan Hari Ibu. Fatin menghadiahkan sebuah kereta Axia kepada ibunya hasil untung daripada bisnesnya. "Kami memang tak meraikannya... hanya kebetulan sahaja. Tapi mungkin ia sedikit sebanyak mengundang rindu atau kesedaran lebih-lebih lagi buat mereka yang dah lama tak bertemu ibu," ujarnya kepada mStar. Menurut wanita berusia 33 tahun ini, sememangnya hasrat untuk menghadiahkan kereta buat ibunya sudah terpendam lama namun hanya berjaya direalisasikan pada 2019. "Saya memang 'aim' nak belikan ibu sebuah kereta lebih-lebih lagi selepas ibu kemalangan dilanggar kereta ketika menunggang motosikal. Akibat kemalangan itu, ibu mengalami patah kedua-dua pehanya. Sebagai anak sulung, Fatin berasa bertanggungjawab untuk membalas kembali jasa ibunya. "Sebulan juga ibu terlantar di hospital. Selepas pulih, ibu seakan trauma nak naik motor dah. Alhamdulillah, niat saya dipermudahkan... ketika itu ada rezeki lebih hasil berbisnes, jadi saya belikannya sebuah kereta Axia," kata ibu kepada tiga cahaya mata ini. Bercerita lebih lanjut, Fatin berkata pemberian kereta tersebut mungkin dianggap 'biasa-biasa' oleh orang lain, namun bagi dirinya, ia adalah satu pencapaian yang besar memandangkan mereka bukanlah daripada keluarga yang senang. Selepas pulih, ibu seakan trauma nak naik motor dah. Alhamdulillah, niat saya dipermudahkan FATIN PAUZI ANAK SULUNG Menurut Fatin, arwah bapanya sebelum ini hanya merupakan seorang penjaga stor manakala ibunya pula seorang suri rumah. "Kami memang asal daripada keluarga yang susah... rumah dulu pun hanya rumah papan yang atapnya zink. Tapi ibu tak pernah langsung mengeluh malah dia bantu arwah ayah dengan menjadi guru mengaji. Ibu Fatin mengalami patah pada kedua-dua belah pehanya selepas kemalangan pada 2018. "Duit belanja pun ibu tak pernah minta daripada anak-anak... dia bukan jenis meminta-minta. Sebab itu saya rasa sebagai anak sulung, saya bertanggungjawab untuk membalas jasa ibu selama ini," katanya lagi. Tidak menyangka videonya mengundang perhatian ramai, Fatin berharap agar perkongsian tersebut dapat memberi manfaat kepada orang lain agar turut sama menghargai ibu masing-masing. Rumah yang didiami oleh Fatin bersama ibu bapa dan adik beradiknya sebelum ini. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kalau nak rezeki lebih murah, dahulukan ibu ayah. Kalau andai kata ada yang untung besar dan nak tambah kereta, apa kata beli dahulu sebuah untuk ibu dan ayah. "Begitu juga bab duit belanja. Jangan pernah terdetik duit akan berkurang kalau beri kepada ibu dan ayah, tapi sebaliknya amalan inilah yang akan membuka pintu rezeki kita lebih luas," ujar wanita yang berasal dari Paka, Terengganu ini lagi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!