suria

Tart nanas air tangan ibu pilihan Tun M, dah 2 kali beli! Bertuah rasanya dapat serah sendiri kepada empunya badan... rupa-rupanya ramai selebriti, VIP suka!

Nazim berbesar hati dapat menyerahkan biskut tart kepada Tun Dr Mahathir.

SELAIN juadah seperti lemang, ketupat dan rendang; biskut raya juga menjadi penyeri di meja makan untuk dinikmati ketika Hari Raya Aidilfitri.

Bercakap mengenai biskut raya, seiring dengan peredaran masa, terdapat pelbagai seleksi sama ada tradisional mahupun moden.

Namun apa yang pasti, tart nanas adalah antara biskut tradisional yang menjadi pilihan ramai, termasuk negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan di bulan Ramadan, pemuda sedih kawan di FB batal tempahan 13 balang biskut raya... apa yang berlaku selepas itu tak diduga – “Dah siap, tinggal nak hantar je”

ARTIKEL BERKAITAN: Mimpi ngeri peniaga...144 bekas biskut di kurier sampai pada customer tapi hancur berderai! – “Rezeki semut makan biskut raya”

Menurut pemuda bernama Nazim Nasri, dia sama sekali tidak menyangka tart nanas hasil air tangan ibunya, Mira Kassim, menjadi pilihan bekas perdana menteri itu.

Terdahulu, pemuda itu berkongsi klip video di aplikasi TikTok di mana dia sempat bertemu dengan Dr Mahathir di pejabatnya di Putrajaya untuk menyerahkan sendiri biskut berkenaan.

Video tersebut meraih hampir 80,000 tontotan hanya kurang tempoh setengah hari selepas dimuat naik.



Tun Dr Mahathir sudah dua kali membeli biskut tart nenas Ohmakkita.

"Sebenarnya, video itu dirakam ketika saya menyerahkan biskut tart nanas kepada Tun sendiri, minggu lalu. Ini kali kedua Tun menempah kuih daripada saya... kali pertama pada 2019. Ketika itu hanya serahkan kepada pegawainya.

"Kemudian pegawainya offer kalau-kalau saya nak serahkan sendiri dan dia izinkan. Pertemuan itu singkat sahaja, saya serahkan dan sempat ambil gambar. Ketika itu Tun 'rush' sebab lepas mesyuarat.

"Namun bagi saya, sungguhpun sekejap, ia sangat bermakna dan saya anggap ia satu pencapaian juga kerana biskut raya menjadi pilihan orang ternama," kata pemuda berusia 28 tahun ini.



Tempahan biskut tart Ohmakkita dibuka sepanjang masa.

Tambah Nazim, dia begitu mengkagumi keperibadian dan sikap pemimpin itu yang merendah diri dan sanggup meluangkan masa untuk menerima sendiri biskut tempahannya.

"Lebih menambah rasa kagum saya, menerusi penceritaan pegawainya, Tun ini dah banyak kali membeli makanan daripada usahawan kecil kerana niatnya mahu membantu mereka," katanya yang juga bekerja dalam bidang pemasaran.

Bercerita mengenai biskut rayanya, Ohmakkita, Nazim berkata dia memulakan bisnes tersebut pada 2019 secara suka-suka.

Walaupun antara pelanggan tetap adalah dalam kalangan influencer dan selebriti, namun semuanya beli... tak ada yang diberikan percuma. Tun pun beli

NAZIM NASRI

"Saya sekadar buat bisnes secara sambilan sahaja. Mak buat untuk kami makan. Mula-mula saya jual kepada kawan-kawan. Kami pun tak buat biskut secara besar-besaran sebab tenaga kerja hanyalah ibu dan adik beradik.

"Kemudian daripada kawan-kawan yang ada juga dalam kalangan 'influence', ramai yang mula kenal Ohmakkita. Pada awalnya, saya sertai jualan garaj (garage sale) yang dianjurkan pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim.

"Dan Datuk Rizalman adalah VIP pertama yang beli biskut tart nanas. Sejak sertai jualan garaj itu, makin lama makin ramai yang menempah termasuk nama-nama seperti Mira Filzah, Fazura, Rico Rinaldi.



Antara selebriti yang membeli tart Ohmakkita

"Walaupun antara pelanggan tetap adalah dalam kalangan influencer dan selebriti, namun semuanya beli... tak ada yang diberikan percuma. Tun pun beli," ujarnya sambil menambah, Ohmakkita tampil dengan dua jenis tart iaitu tart nanas dan tart Cadbury.

Bercerita lebih lanjut, Nazim yang menetap di Cheras berkata dia sama sekali tidak menyangka video berkenaan mengundang perhatian ramai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya shoot pun tak proper sebab risau pula protokol ketika nak bertemu Tun. Apa gambar yang sempat diambil, saya cantumkan sahaja.

"Selepas video Tun viral, ramai yang nak tempah tapi buat masa ini, tempahan ditutup seketika. InsyaAllah akan dibuka semula selepas raya.

"Kami bukan hasilkan untuk raya sahaja tapi sepanjang masa sekiranya ada tempahan," katanya lagi yang mempunyai rancangan untuk mengembangkan jenama Ohmakkita pada masa depan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain