LULUH hati melihat warga emas menjalani ujiab swab (swab test) Covid-19. Dalam keadaan uzur dengan kudrat segelintir mereka yang sudah tidak mampu untuk berjalan atau berdiri lama. Paling tidak pun mereka yang sudah bergelar datuk dan nenek ini bertongkat mahupun menggunakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan. Namun apakan daya, Covid-19 tidak mengenal usia dan warga emas merupakan golongan berisiko tinggi dijangkiti wabak itu. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki warga emas di Kedah korban ke-126 Covid-19... 17 kes baharu direkodkan ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas 72 tahun korban terkini Covid-19, terkini Malaysia catat 50 kes positif Menurut seorang doktor yang bertanggungjawab menjalani ujian saringan Covid-19 terhadap orang awam, warga emas merupakan golongan yang perlu dijaga. "Selain anak-anak ada lagi satu golongan yang perlu dijaga, iaitu warga emas. Mak ayah kita. Pelik kan? "Itulah kenyataannya. Bila saya semenjak dua menjak ni kena swab golongan warga emas hasil kluster masjid di sana sini, saya jadi kasihan," tulis Dr Sakinah Sulung di Facebook beliau. Warga emas merupakan golongan berisiko dijangkiti Covid-19. Dr Sakinah berkata, golongan ibu bapa yang pergi ke masjid untuk mengimarahkan tarawih pada Ramadan lalu merupakan amalan yang baik dan terpuji. Pakar perubatan keluarga itu bagaimanapun menjelaskan bahawa masalah yang timbul bukannya kehadiran ke masjid untuk solat, sebaliknya aktiviti selepas solat. "Bertadarus tanpa pakai mask (pelitup muka), bersalam, berpeluk cium, moreh-moreh semuanya jadi satu risiko penularan. "Sudahlah mereka ni rata-rata ada masalah kesihatan, kencing manis, darah tinggi, tambah meningkatkan risiko bila dapat Covid-19. "Dah berlaku banyak tempat, ibu bapa warga masjid ini yang menjadi fokus penularan dalam keluarga masing-masing pula," ujar beliau yang berpengalaman bertugas di hospital kerajaan. Kalau dulu mereka vaksinkan kita masa kecil, sekarang inilah masanya untuk kita pula jaga mereka. Jangan biarkan mereka terdedah kepada bahaya Covid-19 DR SAKINAH SULONG Dalam pada itu, Dr Sakinah meluahkan kesedihannya sepanjang pengalamannya melakukan ujian swab terhadap warga emas. "Sedih bila saya buat swab. Terbayang ayah mak sendiri. Mereka dah tua. Merekalah yang sepatutnya kita lindungi. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kalau kita tak dapat nak kekang mereka ke sana ke mari, tolonglah daftarkan dan ajak mereka mengambil vaksin. "Kalau dulu mereka vaksinkan kita masa kecil, sekarang inilah masanya untuk kita pula jaga mereka. Jangan biarkan mereka terdedah kepada bahaya Covid-19," ujar beliau. Keadaan pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU). gambar hiasan foto FB Noor Hisham Abdullah Menerusi posting berasingan, Dr Sakinah berkongsi beberapa dialog membabitkan kes positif Covid-19 dalam kalangan warga emas. "Bos, mak saya positif Covid, macam mana ni bos?... Dr, saya baru dapat tahu bapa mentua saya positif Covid. Dahlah kami berbuka puasa sama-sama dua hari lepas... Dr, mak MO (pegawai perubatan) tu datang klinik kena papah, sesak nafas, bila buat test, positif. "Dialog sebegini dah kedengaran dari bulan puasa lagi. Ibu bapa yang warga emas yang jadi punca penularan dalam keluarga dan sesama jemaah. "Rata-rata hasil aktiviti di masjid dan surau masa Ramadan. Tambah lagi kalau ada yang tak percaya dengan SOP (prosedur operasi standard) dan norma baru, nak juga teruskan cara lama. "Sekarang, bila dah ramai warga emas yang terkena dan melarat, takkan kami nak pulangkan paku buah keras? Doalah mereka tak makin melarat dan takkan menyumbang kepada angka kematian. Ada sebabnya kami nak vaksinkan warga emas terlebih dahulu," kata Dr Sakinah yang merujuk kepada warga emas sebagai golongan berisiko tinggi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!