KETERUJAAN sebuah keluarga menyambut Aidilfitri tahun ini dimeriahkan dengan baju Melayu dan baju kebaya moden sedondon warna biru. Kesemua baju raya yang dijahit kemas untuk lelaki, dengan perincian renda bermotifkan flora buat perempuan, merupakan kerja tangan seorang pemuda. "Memang beruntung siapa dapat laki (suami) macam dia. Baju kau memang semua dia jahitkan. Tak payah beli dah," komen seorang netizen menerusi perkongsian video pemuda berkenaan di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Apa kes pakai baju Melayu 'koyak sampai ketiak' di pagi raya? Lelaki ini cool, tak marah tukang jahit - "Cukuplah sekali je, tahun depan nak macam biasa" ARTIKEL BERKAITAN: Tukang jahit cun jahit baju sendiri sejak Form 3... tradisional, moden, busana pengantin semua boleh - "Saya ada gaya tersendiri" Pemuda berkenaan, Afiq Al Ikhwan Mohd Nazim berkata, dia menjahit baju raya untuk sembilan ahli keluarganya termasuk dirinya sendiri, bagi menyambut 1 Syawal. Afiq menjahit baju Melayu. Selain itu katanya, dia turut menjahit baju Melayu tambahan buat dirinya untuk dipakai pada Hari Raya kedua, menjadikan jumlah seluruhan sebanyak 10 baju yang dijahitnya. "Saya ambil masa lima hari untuk menjahit kesemua baju Melayu dan baju kebaya moden dari Sabtu (8 Mei) hingga Rabu malam (12 Mei), iaitu malam sebelum Hari Raya (13 Mei). "Memang saya menjahit tanpa henti, dan curi-curi masa kerana saya masih bekerja beberapa hari sebelum Hari Raya," kata pemuda berusia 22 tahun itu kepada mStar. Baju kebaya moden yang dihasilkan Afiq. Lebih mesra disapa Afiq, dia mendedahkan sebenarnya tidak pernah berminat dalam jahitan sehingga memasuki tingkatan empat di sekolah menengah. "Minat itu timbul selepas saya mengambil subjek vokasional, antaranya mempelajari kemahiran menjahit. Masa tu barulah saya tahu ada bakat menjahit. Buat semua sendiri memang penat, tapi saya bangga pada diri sendiri kerana dapat menggembirakan keluarga AFIQ "Saya kemudian menyambung pengajian dalam Diploma Rekaan Fesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak dan baru tamat pengajian tahun lalu," ujarnya yang berasal dari Kelantan. Menurut anak kedua daripada tujuh beradik itu, dia kemudian bekerja sebagai tukang jahit di sebuah butik di Setapak, Kuala Lumpur sejak tahun lalu. Ahli keluarga Afiq gembira memakai baju yang dijahitnya pada 1 Syawal. Pertama kali menjahit baju raya buat keluarga, Afif yang kini menetap di Kuala Lumpur mengakui pengalaman itu begitu mencabar terutama menyiapkannya tepat pada masanya. "Segala-galanya saya buat sendiri untuk menyiapkan kesemua 10 baju. Walaupun mencabar, apatah lagi saya masih baru dalam bidang ini tapi saya ada semangat untuk melakukannya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya mendapat inspirasi daripada seorang tukang jahit warga Bangladesh yang ambil job freelance di butik tempat saya bekerja. Saya tak kenal dia, tapi saya diberitahu yang dia boleh siapkan 18 baju Melayu dalam sehari. "Dia berpengalaman dan potong baju macam tu je, yang lebih mudah dan cepat. Saya pula perlu menggunakan kertas untuk membuat pola-pola baju, tapi saya tetap tercabar dan menjadikan dia sebagai motivasi untuk menjahit baju raya buat keluarga," katanya. Afiq mengimpikan untuk mengusahakan butik suatu hari nanti. Selain inspirasi dan motivasi, dia yang menghasilkan enam baju Melayu dan empat baju kebaya untuk Aidilfitri tahun ini menjelaskan bahawa usahanya itu juga menjimatkan kos. "Kalau 10 pasang tu, harga di pasaran mungkin boleh cecah antara RM1,000 hingga RM1,200. Tapi kos saya untuk menjahit baju-baju raya untuk keluarga hanya RM600. "Semua kos untuk beli kain guna duit gaji sendiri. Buat semua sendiri memang penat, tapi saya bangga pada diri sendiri kerana dapat menggembirakan keluarga saya. "Saya masih menimba pengalaman dan belajar teknik yang mudah dan cepat untuk hasilkan baju. Mungkin satu hari nanti saya juga dapat jahit 18 baju Melayu sehari seperti tukang jahit warga Bangladesh tu," ujar Afiq yang bercita-cita untuk mengusahakan butik sendiri. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!