suria

Terpegun tengok gambar baju jahitan siswi ini di TikTok, ramai DM nak tempah tapi semua ditolak sebab tak berani... Kenapa?

Baju kebaya dan gaun ala Bridgerton yang dihasilkan Tyra mengundang perhatian netizen.

MELIHAT pakaian yang digayakan oleh wanita ini, pasti ramai yang menyangka ia dihasilkan oleh seorang tukang jahit profesional.

Namun jangan terkejut, sebenarnya ia adalah hasil tangan tuan empunya badan sendiri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dalam bidang jahitan atau fesyen!

Antara baju yang dihasilkan wanita ini adalah kebaya, baju tradisional Punjabi, gaun ala-ala siri bangsawan Inggeris terkenal, Bridgerton dan lain-lain lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang jahit cun jahit baju sendiri sejak Form 3... tradisional, moden, busana pengantin semua boleh - “Saya ada gaya tersendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah belajar menjahit, anak tukang jahit berjaya siapkan sendiri kaftan dalam masa 3 jam... esoknya melaram pergi kenduri

Memuat naik baju hasil rekaan dan jahitannya di TikTok, nyata ia mengundang perhatian ramai apabila ada antara videonya meraih sehingga melebihi 300,000 tontonan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berkongsi cerita dengan mStar, Athirah Hussein berkata dia mula mempelajari cara menjahit pakaian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada tahun lalu.

"Saya bukan seorang tukang jahit tapi hobi dan minat saya menjahit. Saya berniat nak ambil kelas jahitan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini tapi tak berkesempatan.



Rekaan baju tradisional Punjabi dan gaun yang digayakan Tyra menarik perhatian netizen.

"Nak dijadikan cerita, semasa tempoh PKP sejak tahun lalu, saya dah semester akhir dan pembelajaran pun secara dalam talian (online)... jadi banyak masa terluang.

"Saya fikir, why not saya gunakan waktu tersebut untuk belajar menjahit. Selain nak manfaatkan masa, bagi saya menjahit boleh hilangkan stres belajar ketika itu," katanya yang berasal dari Muar, Johor.

Athirah yang merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan kini sudah bekerja dalam bidang yang sama berkata, dia hanya mempelajari cara menjahit menerusi YouTube dan juga saluran lain secara dalam talian.



Antara gaun yang direka dan dijahit sendiri oleh Tyra.

"Asas menjahit tu ada sikit-sikit sebab ibu dan nenek boleh juga menjahit, namun mereka pun bukan tukang jahit. Pada mulanya, saya hanya gunakan mesin jahit lama milik nenek.

"Tidak lama kemudian, saya beli sebuah mesin jahit baharu. Saya tak menyesal langsung melabur ke arah perkara yang menjadi minat sendiri. Malah bagi saya, ia sangat berbaloi.

"Sebabnya saya suka menggayakan dress. Ada dress yang dijual sedikit mahal. Ada juga yang tak kena kalau kita pakai... jadi saya biasanya jahit atau alter sendiri. Kadang terdetik rasa menyesal tak belajar menjahit dari dulu," ujarnya yang senang disapa Tyra sambil berseloroh.

Terlalu ramai yang DM nak upah jahit baju. Tapi saya jawab elok-elok yang saya bukan tukang jahit dan tak ada latar belakang fesyen pun.

ATHIRAH HUSSEIN

Menurut anak ketiga daripada empat beradik ini, selain menghasilkan pakaian sendiri, dia juga menjahit pakaian ahli keluarga, langsir dan cadar di rumahnya.

"Untuk raya tahun ini, saya siapkan tiga pasang baju untuk diri sendiri. Namun PKP pula... tak apalah, boleh juga gayakan walaupun sekadar beraya di rumah," ujar wanita berusia 24 tahun ini.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Athirah mendedahkan dia banyak menerima komen daripada netizen yang berhasrat mahu menempah pakaian daripadanya.



Tyra menyediakan ruangan khas untuk dirinya 'berkarya'.

"Terlalu ramai yang DM nak upah jahit baju. Tapi saya jawab elok-elok yang saya bukan tukang jahit dan tak ada latar belakang fesyen pun... sebaliknya hobi semata-mata. Buat masa ini, memang tak beranilah nak ambil tempahan.

"Bagus kalau pandai menjahit ketika masih muda. Yang penting kena ada minat. Bagi yang ada minat menjahit, saya syorkan agar melabur sedikit kepada perkara yang kita minati. Tak rugi!" katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain