suria

Dugaan betul! Berkali-kali bakal guru rakam video, dah dapat visual perfect tiba-tiba berlaku insiden tak diingini...

Julia berkongsi insiden lucu sewaktu membuat rakaman video mengajar di rumahnya, baru-baru ini.

DALAM situasi pandemik Covid-19 yang masih belum reda, kita menyaksikan pelbagai perkara terpaksa dilakukan dalam norma baharu iaitu menerusi maya (virtual).

Bukan sahaja sesi pengajaran dan pembelajaran, malah hampir semua aktiviti seperti mesyuarat, temu duga dan sebagainya terpaksa dilakukan secara dalam talian (online).

Sudah pastinya situasi ini mempunyai cabaran tersendiri sama ada dari sudut rangkaian internet, kelengkapan, situasi sekeliling dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nate aye! Cikgu alami ‘gangguan’ hari pertama sesi PdPR, ayam hutan kena marah - “Kali ketiga tekan ‘on record’ masa itulah nak buat hal”

ARTIKEL BERKAITAN: Lucu tapi kesian... Dah 6 kali tapi bunyi cicak ganggu jurubahasa isyarat buat rakaman, kemudian kain ‘green screen’ pula tercabut! - “Sebab penat, ibu tak jadi nak gelak”

Baru-baru ini tular satu video di mana seorang pelajar mengalami 'gangguan' ketika sedang membuat rakaman sebagai seorang guru yang sedang mengajar.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, pelajar berkenaan berkongsi detik lucu siri 'gangguan' yang dialaminya sepanjang rakaman dijalankan, bermula daripada terlupa skrip sehinggalah kepada bunyi hon syarikat kurier yang menghantar barang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Aku penatlah.... hahahahaha! Banyak betul dugaan," tulisnya pada perkongsian video yang sehingga kini meraih lebih 42,000 tontonan.

Menurut pelajar bernama Julia Afifah Azhan, insiden lucu itu berlaku tiga hari lalu sewaktu dia sedang merakamkan video pengajaran untuk dihantar ke Institut Pendidikan Guru (IPG).



Julia sememangnya seorang pelajar yang petah bercakap ketika di sekolah (kiri). Mesej ucapan 'Selamat Hari Guru' daripada ibunya (kanan).

"Saya memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPG dalam jurusan Bimbingan dan Kaunseling, dan Sejarah. Salah satu requirement adalah pemohon perlu menghantar video mengajar kepada pihak IPG.

"Masa rakaman dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang, hanya saya seorang berada di rumah kerana dah minta tolong ibu untuk bawa adik-adik keluar sebentar.

"Sebelum insiden gangguan bunyi hon syarikat kurier itu, ada banyak gangguan lain seperti terlebih masa, terlupa skrip, tersilap cakap dan sebagainya. Dah banyak kali take juga.

"Akhirnya bila saya buat betul-betul, ingatkan itu rakaman terakhir dan dah perfect. Tak semena-mena, ketika di penghujung, tiba-tiba bunyi hon syarikat kurier hantar barang dekat jiran sebelah pula. Memang kecewa betul," ujarnya gadis ini sambil berseloroh.



Ibu dan bapa Julia sememangnya menggalakkannya memilih kerjaya sebagai seorang guru.

Menurut Julia yang merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia bagaimanapun terpaksa reda dan melakukan rakaman ulangan sehingga mendapat video yang sempurna.

Bercerita lebih lanjut, Julia berkata dia memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan kerana mendapat galakan daripada ibu bapa serta guru-gurunya.

"Selepas tamat SPM, saya cuba mohon selepas dimaklumkan guru... tak beritahu pun ibu dan bapa saya lagi. Hanya selepas dah mohon, baru saya beritahu.

"Sejak itu, ibu saya selalu sebut nak tengok sangat saya jadi cikgu. Malah pada 16 Mei baru-baru ini, saya bangun tidur dan dapat mesej daripada ibu ucapkan 'Selamat Hari Guru'.

Ramai juga pelajar IPG yang komen dekat video itu... mereka kata saya memang ada bakat jadi guru. Alhamdulillah, saya anggap ia sebagai doa.

JULIA AFIFAH AZHAN

LEPASAN SPM

"Guru-guru juga beri galakan... kata mereka, saya sesuai jadi cikgu sebab banyak cakap. Dekat rumah, saya selalu juga ajar dua adik yang berusia 11 dan lapan tahun.

"Kalau ikutkan, saya bercita-cita mahu menjadi seorang peguam dan saya juga memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang guaman. Namun bagi saya, saya tak kisah dapat lanjutkan pelajaran dalam bidang guaman atau perguruan. Dua-dua saya suka," ujarnya yang berasal dari Kepala Batas, Seberang Prai Utara.

Tambah Julia, kedua-dua orang tuanya bukan seorang guru, namun ramai adik beradik di sebelah bapanya berkecimpung dalam bidang perguruan.

Tidak menyangka sama sekali videonya mengundang perhatian, Julia berkata dia sekadar mahu berkongsi insiden lucu di media sosial.



Selain guru, Julia menanam cita-cita untuk bergelar seorang peguam.

"Ramai juga pelajar IPG yang komen dekat video itu... mereka kata saya memang ada bakat jadi guru. Alhamdulillah, saya anggap ia sebagai doa. Mana tahu kalau-kalau ada rezeki nanti.

"Mungkin ada pelajar yang masih dilema nak pilih cabang kerjaya mereka... apa yang saya boleh katakan, buatlah pertimbangan. Dalam apa pilihan sekalipun, pasti kita diiringi doa ibu bapa.

"Namun mereka pasti lebih gembira jika anak-anak ikut pandangan mereka," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain