suria

Pernah jadi mangsa ejekan, siap digelar ikan paus, anak gajah... gadis ini kongsi tip atasi tekanan selepas ramai buat video ‘insecure’ di TikTok

Luahan Hadaa mengenai trend 'insecure' di TikTok meraih melebihi 900,000 tontonan.

MEMUAT naik video mengenai 'kelemahan' diri sendiri di TikTok seolah-olah menjadi trend pada masa kini.

Ada di antara gadis yang berkongsi mereka berasa 'insecure' dengan diri sendiri kerana mempunyai gigi jarang atau tidak tersusun, kening tebal, kulit wajah berjerawat dan lain-lain lagi.

Terpanggil untuk mengulas mengenai trend tersebut, gadis ini turut memuat naik sebuah video untuk meluahkan pandangannya di aplikasi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Weh mendap kereta ni kau naik” - Mangsa body shaming tak ambil hati.... formula menari, elak 3G turunkan hampir 60kg berat badan pemuda ini!

ARTIKEL BERKAITAN: “The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’

"Untuk perempuan yang guna sound ni, terima kasih sebab korang dah buat aku insecure. Yang masuk FYP (for your page) semua lawa-lawa. Aku faham perempuan memang insecure bab-bab macam tu walaupun kita nampak ia kecil, masalahnya korang memang cantik gila," luahnya.

Video tersebut mengundang perhatian ramai sehingga meraih lebih 800,000 tontonan!

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang mahu dikenali sebagai Hadaa berkata video tersebut sekadar luahannya semata-mata selepas melihat banyak video mengenai trend 'insecure' dimuat naik di aplikasi tersebut ketika ini.



Hadaa mahu mengambil komen negatif mengenai dirinya daripada sudut positif.

"Saya tengok ramai yang ikut buat video macam tu... seolah-olah menjadi trend. Kita faham, perempuan dan 'insecure' dua perkara yang tak dapat dipisahkan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Namun bagi saya, mereka yang buat video tu sebenarnya sudah cantik. Ada sekali tu, saya ternampak video seorang gadis dia meluahkan rasa 'insecure' kerana mempunyai kening tebal, sedangkan saya pula hampir tiada kening.

"Tapi ada yang salah faham pula bila saya muat naik video tersebut. Sebenarnya, apa yang saya cuba sampaikan adalah rata-rata buat video tersebut, mereka sebenarnya sangat cantik dan tak perlu 'insecure'.

"Kita mungkin rasa diri tak lawa, tapi di mata orang lain, kita sebenarnya lawa," kata gadis berusia 23 tahun ini.

Saya tengok ramai yang ikut buat video macam tu... seolah-olah menjadi trend. Kita faham, perempuan dan 'insecure' dua perkara yang tak dapat dipisahkan.

HADAA

Hadaa banyak berkongsi video di TikTok mengenai kisah dan pengalamannya termasuk pernah menjadi mangsa 'body shaming' dan 'face shaming' ketika zaman persekolahan.

Malah menurut Hadaa, dia masih berdepan dengan gangguan tersebut ketika ini, terutamanya daripada netizen yang tidak langsung mengenali dirinya.

"Masa sekolah dulu memang selalu jadi mangsa 'body shaming' dan 'face shaming' sebab saya kurang cantik. Ada yang panggil ikan paus, anak gajah.

"Malah masa kini pun masa saya mula-mula muat naik video di TikTok, ada je netizen beri gelaran atau komen negatif kepada saya. Cuma saya pun tak tahu dari mana datangnya keberanian dan keyakinan untuk muat naik video terutama tanpa wajah yang disolek," ujarnya yang kini bekerja di sektor swasta.



Komen-komen positif daripada pelayar di TikTok.

Menurut Hadaa lagi, dia mengakui ada kalanya berasa sedih namun dia mempunyai pendekatan tersendiri untuk mengatasi perkara berkenaan.

"Tipulah kalau tak down. Biasanya saya akan cuba menjauhkan diri daripada media sosial buat seketika... selalunya selepas berbuat demikian, saya akan okay.

"Tapi saya kumpul kata-kata semangat daripada komen positif yang lain. Selain itu, saya selalu berkata kepada diri sendiri... kita ibarat rama-rama. Kita tak pernah melihat kecantikan sayap sendiri namun di mata orang lain, kita punyai kecantikan tersendiri," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain