suria

Sekeluarga ketawa lihat drama Oyen salam raya, gamat satu rumah selepas terkeluar cerita ‘rakam abang bogel’

Tangkap layar video sesi bermaafan Aiman dan adik bongsu, Oyen. Gambar kecil menunjukkan Oyen berusia lapan tahun.

DRAMA air mata sering berlaku pada 1 Syawal, ketika sesi bersalaman dan memohon kemaafan dalam kalangan ahli keluarga.

Namun sebaliknya berlaku menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok, menunjukkan pasangan dua beradik bergurau antara satu sama lain ketika bersalaman dan bermaaf-maafan.

Menerusi video berdurasi 21 saat itu, si abang meminta adik lelakinya menyenaraikan antara kesalahan-kesalahan yang dilakukannya, sehingga ia mencetuskan gelak tawa keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ni semua salah ayah!" Abang dedah kisah sebenar adik kuat drama menangis di pagi raya dilabel 'Anakku Sazali'

ARTIKEL BERKAITAN: Drama air mata di pagi raya buat semua terkejut... sampailah kakak dedah kisah sebenar - "Masa dengan mak ayah, adik tak menangis seteruk itu"

Muhammad Aiman Roslan Zahari berkata, sesi bermaafan itu membabitkan adik bongsunya, Muhammad Rayyan Ziqri yang berusia lapan tahun.



Oyen (tengah) merupakan penyeri dalam keluarga.

Pemuda berusia 20 tahun itu menjelaskan nama ‘Oyen’ yang disebutnya di dalam video sebenarnya merujuk kepada adiknya dan bukan nama atau panggilan yang merujuk kepada kucing.

"Kami terutama saya panggil adik Oyen sejak dia kecil lagi, iaitu singkatan kepada Oh Rayyan. Lama-kelamaan nama tu melekat saya panggil dia. Tapi sekarang ni ahli keluarga lain panggil Oyen dengan panggilan Rayyan atau adik.

"Ramai juga ingat tu nama kucing. Sebenarnya kami tak bela kucing pun sebab kebanyakan kami ada alahan dengan bulu-bulu kucing," katanya kepada mStar.



Oyen (tengah) bersama ibu bapanya.

Lebih mesra disapa Aiman, dia menjelaskan bahawa menerusi rakaman itu terdapat ungkapannya bersama adik lelakinya yang boleh membawa kepada maksud berbeza bagi mereka yang tidak kenal rapat dengan keluarganya.

"Dalam video tu ada sebut 'jilat', ia sebenarnya bermaksud gurauan adik yang suka mencalit air liurnya pada saya, manakala 'rakam bogel' bukanlah adik rakam saya berbogel.

"Rakam bogel tu maksudnya adik pernah bergurau rakam saya apabila keluar dari bilik air selesai mandi. Ketika itu saya bertuala dan hanya berseluar dalam sebelum pakai seluar di bilik tidur, tak la bogel pun.

"Biasalah budak-budak. Adik saya ni memang kuat menyakat abang-abang dan kakaknya, pada masa sama dia pun manja juga," ujar anak kedua daripada empat beradik itu.



Sesi panggilan video bersama kakak Aiman yang tidak dapat beraya bersama.

Dalam pada itu, Aiman yang menetap di Subang Jaya, Selangor itu memberitahu, dia juga sering menjadi sasaran gurauan adiknya seperti diganggu ketika tidur.

"Walaupun adik suka menyakat, dia tak pernah menggunakan kekerasan. Kami sekeluarga terhibur dengan gurauan dia, dan kadang-kadang turut menyakat dia.

Walaupun adik suka menyakat, dia tak pernah menggunakan kekerasan. Kami sekeluarga terhibur dengan gurauan dia

AIMAN

"Kelemahan adik adalah dia tak suka ketiak dia dicium sebab geli. Adik juga takut dengan lipas, dengan lipas mainan pun dia tak berani," ujarnya secara berseloroh.

Menurut pelajar Diploma Teknologi Maklumat Perniagaan Teknologi di Kolej Antarabangsa Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di Kuala Lumpur itu, adiknya itu disifatkan sebagai penyeri dalam keluarga kerana telatah yang menghiburkan.



Oyen (tengah) bermanja bersama Aiman (kiri) dan seorang lagi abangnya.

Namun siapa sangka walaupun baru belajar di Tahun Dua, kata Aiman, minat adiknya itu dalam muzik jauh berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak seusia dengannya.

"Adik suka berkaraoke di rumah. Selalu sangat menonton laman YouTube tengok video-video muzik, hafal lirik dan menyanyi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Adik bukan nyanyi lagu-lagu baru atau K-Pop seperti budak-budak sekarang, tapi dia nyanyi lagu-lagu Raja Pop, Michael Jackson. Semua lagu Michael Jackson dia hafal.

"Dia mampak je kecil dan manja orangnya, tapi minat dalam muzik macam orang dewasa. Pengaruh daripada minat ayah dan kakak agaknya," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain