PADA zaman ini, gajet seolah-olah tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan setiap individu sama ada dewasa mahupun kanak-kanak. Namun apa yang lebih membimbangkan adalah sindrom ketagihan dalam kalangan kanak-kanak dek kerana terlalu lama masa dihabiskan dengan peranti digital terutama telefon bimbit. Ada kalanya sebilangan kanak-kanak cenderung untuk memberontak sekiranya ditegur atau dikenakan tindakan yang tegas oleh ibu bapa mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Seram tengok! Doktor dedah pesakit usia 8 tahun berani video call lelaki baru kenal masa main online game... terkedu dengar jawapan ibu bapanya! ARTIKEL BERKAITAN: Usia baru 5 tahun mata dah juling gara-gara gajet, ibu takkan lupa saat anak dihina - “Pada yang kutuk, mungkin tak jadi pada anak mereka sekarang” Sebenarnya telefon bimbit mempunyai banyak manfaatnya kepada anak-anak khususnya dari segi pendidikan. Namun ia menjadi masalah apabila tiada pemantauan oleh ibu bapa sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pakar motivasi dan juga penulis buku, Ustaz Khairul Anuar Basri. Menerusi satu posting di Facebook, Khairul Anuar berkongsi kisah seorang rakan yang mengadu perihal anak remajanya yang sudah pandai 'mengutuk' bapa sendiri menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Semalam seorang kawan saya tunjuk screenshot perbualan salah seorang anaknya dengan best friend-best friendnya di group WhatsApp. "Sambil mengadu, sambil minta pendapat. Apa dia nak buat? Apa salah dia sampai anak pun boleh cakap macam tu belakang dia? Berderau darah saya baca semua screenshot tu."Aku pun tak faham. Dia suruh aku siapkan adik aku nak ke sekolah. Adik aku taknak, dia nak buat sendiri. Last-last ayah aku marah aku pulak. Bang***!" demikian antara screenshot yang ditunjukkan rakannya itu. Khairul Anuar Basri yang merupakan seorang penulis buku banyak berkongsi penulisan motivasi dan hal keibubapaan di Facebook. "Menangis kawan saya tu sepanjang kami berborak. 'Aku tak pernah bagi anak aku lapar. Pakaian semua aku bagi. Tak pernah dia telanjang bulat. Dari kecil sampai besar, macam-macam yang dia nak aku ikut. Macam tu dia panggil aku dengan kawan-kawan dia?' "Aduh... kalau saya pun akan kecil hati. Sampai hati anak cakap macam tu kat ayah dia. Itulah realiti mendidik anak zaman sekarang. Semuanya berpunca dari gajet dan handphone," tulisnya. Tambah Khairul Anuar, menerusi penceritaan rakannya itu, anak perempuannya pernah 'kantoi' bersembang dengan budak lelaki ketika pukul 2 pagi. Aduh... kalau saya pun akan kecil hati. Sampai hati anak cakap macam tu kat ayah dia. Itulah realiti mendidik anak zaman sekarang. KHAIRUL ANUAR BASRI PENULIS BUKU "Aku call budak lelaki tu. Aku bagi warning. Esok aku curi baca mesej anak aku dengan budak lelaki tu, siap kutuk-kutuk aku lagi. Menitik air mata aku," tulis Khairul Anuar mengimbas kembali kata-kata rakannya itu. Mengulas lebih lanjut, Khairul Anuar berkata tidak dinafikan ibu bapa pada zaman ini berdepan dengan cabaran getir untuk mendidik anak-anak. Namun ujarnya, segala-galanya berbalik kepada peranan dan pendekatan ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan sikap anak masing-masing, antaranya memantau penggunaan telefon bimbit. Ibu bapa disarankan agar sering memantau penggunaan telefon bimbit oleh anak-anak. "Jadi, ibu bapa kena check sekali-sekala handphone anak-anak. Check group WhatsApp diaorang. Check bahasa diaorang. Check gambar-gambar diaorang. "Kena bagitahu kat anak-anak. Syurga dan kebahagiaan sebenar anak-anak bukannnya dengan kawan-kawan. Bukan dengan orang-orang di luar keluarga. "Walau macam mana tak suka pun anak-anak dengan mak ayah dia, walau benci macam mana pun anak-anak dengan perangai mak ayah dia, syurga dan kebahagiaan sebenar anak-anak ialah apabila mak dan ayah rasa gembira dengan perangai, akhlak dan tutur kata anak-anak," ujarnya lagi. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 4,400 shares di Facebook. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!