KETIKA kes Covid-19 masih menunjukkan peningkatan ketara, rata-ratanya mengambil pendekatan untuk melakukan urusniaga secara dalam talian (online) atau tanpa tunai (cashless) untuk mengelakkan jangkitan. Ini termasuklah melakukan membeli makanan dengan menggunakan khidmat syarikat penghantaran. Kaedah ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko penularan Covid-19 kerana tidak perlu keluar rumah, sebaliknya ia turut memudahkan dan menjimatkan masa. ARTIKEL BERKAITAN: Hangat kes Wani Comel... Peguam tegaskan penting baca kontrak, tandatangan tanpa dipaksa - “Sidang media bukan mahkamah” ARTIKEL BERKAITAN: Peguam perjelas kes enam beranak dianiaya, 2 tahun ketakutan di rumah sendiri angkara hutang Ah Long - “Bukan semua laporan polis akan jalankan siasatan” Baru-baru ini tular mengenai vendor (peniaga) di Johor Bahru, Johor yang berselindung dengan menggunakan nama Melayu kerana menjual masakan Melayu, namun gerai dan pemiliknya merupakan individu berbangsa lain. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Perkara itu terbongkar selepas seorang rider sebuah syarikat penghantaran makanan membuat pendedahan kepada salah seorang pelanggan kerana berasa prihatin dan bertanggungjawab untuk memberitahu perkara sebenar. Selepas isu berkenaan tular, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) segera mengambil tindakan dengan menyerbu gerai tersebut dan difahamkan pihak peniaga sudah pun menukar nama perniagaannya kepada nama lain yang sesuai. Walaupun isu berkenaan sudah selesai, namun ia masih hangat diperkatakan apabila ada segelintir netizen mempertikaikan mengapa hal berkenaan diperbesarkan memandang makanan yang dijual tidak menggunakan bahan yang haram bagi umat Islam. Terpanggil untuk mengulas isu berkenaan, seorang peguam tampil memberi penerangan dan hujah panjang lebar menerusi satu posting di Facebook. Nor Zabetha banyak berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa dari segi bab perundangan. "Yang dimaksudkan semua orang isu halal haram. Makanan haram tidak bermaksud hanya babi sahaja. Itulah jadinya bila bercakap pakai logik dan tidak pakai hukum. Sebab itu dalam Islam ini, ada pelbagai hukum dan signifikasi sebab hukum hakam. "Contohnya penyembelihan perlu ikut syarak, baru kita boleh makan. Kalau penggunaan periuk dan peralatan memasak, perlu bersih. "Sebab itu dalam Islam ada hukum bersuci. Saya tulis satu persatu ini, kerana mungkin ada yang tidak faham dan juga saya tidak mahu rakan-rakan bukan Islam salah faham. Sebabnya hukum haram makan itu bukan pasal babi sahaja," tulis Nor Zabetha. Jelasnya, garis panduan untuk mendapatkan logo halal di Malaysia bukanlah semata-mata pemilik restoran tidak menjual babi atau arak, namun ia merangkumi pelbagai aspek lain antaranya kebersihan. Mungkin ada yang tidak faham dan juga saya tidak mahu rakan-rakan bukan Islam salah faham, sebabnya hukum haram makan itu bukan pasal babi sahaja. NOR ZABETHA PEGUAM "Jadi tindakan pekedai, yang menggunakan nama kedai Melayu dan memberikan gambaran makanan itu menimbulkan rasa was-was pelanggan. Rasa was-was tidak boleh dalam Islam. "Ramai penghantar Foodpanda beragama Islam ini, mereka peka isu ini. Bukan kerana rasis tetapi kerana hukum bab makanan halal dan haram," jelasnya. Peguam ini turut berkongsi kisah adik iparnya yang juga pernah berdepan dengan situasi yang sama apabila membuat pesanan makanan menggunakan aplikasi sebuah syarikat penghantaran makanan. Bagaimanapun katanya, rider yang mengambil pesanan berkenaan bertindak menghubungi adik iparnya dan memaklumkan keadaan sebenar di kedai makan tersebut kerana khuatir makanan yang dipesan itu diragui status halalnya. Gerai yang tular di Facebook kerana menggunakan nama Melayu, sudah diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Foto: FB Viral Media Johor "Adik ipar saya batalkan dan minta dia sedekahkan. Rider itu merasakan adalah tanggungjawabnya untuk beritahu. Jadi dia maklumkan. "Kalau pernah alami situasi ini dan rasa tindakan pekedai tidak betul, adukan kepada aplikasi Foodpanda, email kepada mereka. "Saya harap tulisan saya ini, janganlah dikomen tentang isu-isu rasis, ini bukan penyampaian saya. Hanya pemberitahuan kenapa isu makanan itu penting dalam Islam kerana masih ramai yang faham, haram itu babi," katanya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!