suria

Wanita ini terpaksa guna cara ‘agak kasar’ ajar rakan liat bayar hutang! Reaksinya selepas dilihat makan di restoran mahal amat menjengkelkan

Wanita ini berdepan dengan dugaan ketika mahu meminta rakannya melangsaikan hutang yang sudah lama tidak dibayar. Gambar hiasan

SEBAIK mana pun hubungan persahabatan dengan seseorang, namun disebabkan hutang, tidak mustahil boleh berakhir dengan 'putus kawan'.

Mungkin ada yang menganggap meminjam wang daripada rakan sendiri bukanlah isu besar kerana boleh saling bertolak ansur.

Namun dalam keadaan tertentu ia boleh bertukar menjadi masalah apabila si peminjam culas untuk melunaskan hutangnya, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlah culas bayar sewa, rumah bertukar bengkel kereta... paling uji kesabaran bil tertunggak lebih RM5,000! - “Bila minta duit, tuan rumah dimaki hamunnya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Rupa-rupanya ghaib dah empat bulan” - Anak simpati nasib ibu dapat ‘penyewa hantu’, alasan diberi langsung tak masuk akal

Menerusi coretan di laman IIUM Confession, pelayar berkenaan berkongsi betapa dia serik untuk memberikan pinjaman kepada rakan selepas satu peristiwa yang berlaku beberapa tahun lalu.

Pelayar tersebut juga menceritakan betapa sukarnya dia menagih kembali hutang daripada rakan yang pernah bersahabat baik, sehingga memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk dilunaskan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tahun 2016, saya baru sahaja habis degree. Alhamdulillah, tak perlu tunggu lama saya dapat bekerja di sebuah retail company terkenal. Berkenalanlah dengan colleagues dari semua department di sini.

"Mungkin sebab ini ialah perkerjaan pertama saya seumur hidup waktu tu jadi perasaan ingin disenangi oleh semua orang tu membuak-buak.

"Ada seorang akak ni yang saya agak rapat juga kerana sama perangai gila-gila, saya gelarkan 'Kak A'. Ringkasnya, Kak A ada tiga orang anak yang masih bersekolah waktu tu.

"Perwatakan sangat friendly dan riuh-rendah; saya mula rapat sebab ciri-ciri kami sama," ceritanya sambil menambah, wanita tersebut juga bukan seorang yang kedekut atau berkira dengan rakan-rakan.

Namun pada penghujung 2016, rakan yang digelar Kak A itu terlibat dengan kemalangan jalan raya dan bermula dari detik itulah, kepercayaan terhadap rakannya itu mula terhakis.



Rakannya meminjam wang sebanyak RM1,500 kerana terlibat dalam kemalangan dan mahu membaiki keretanya di bengkel. Gambar hiasan.

Menurut pelayar berkenaan, Kak A menyuarakan hasrat untuk meminjam wang bagi membaiki kerosakan kereta akibat kemalangan tersebut.

"Disebabkan sehingga perkenalan kami di situ saya lihat Kak A ni jenis yang saya kira bertanggungjawab, saya pun percaya dan beri pinjam wang sebanyak RM1,500.

"Kak A berjanji akan selesaikan dalam dua kali bayaran (RM750 setiap kali) bermula Januari 2017. Awal Januari 2017, branch kami perlu dibubarkan sementara dan kakitangan dihantar ke outlet-outlet yang berlainan.

"Disebabkan kecoh dengan pertukaran dan penempatan inilah, saya terus terlupa mengenai bayaran yang sepatutnya saya terima dari Kak A. Kami tidak ke outlet yang sama, bahkan semakin jauh terpisah," ceritanya.

Namun ujarnya, dia masih bertolak ansur dan memberi peluang kepada Kak A, malah menyedapkan hati sendiri berkemungkinan wanita itu memerlukan wang untuk perbelanjaan anak-anak bersekolah.

Mungkin cara saya kasar, tapi saya nak tutup chapter ini cepat-cepat. Bila dah digertak macam ni, baru dia mula bank-in duit saya.

PELAYAR INTERNET

"Februari 2017, Kak A tiba-tiba bank-in kepada saya RM500. Separuh hati saya mencebik sendirian; janji RM750 dengan dua kali bayaran. Syukurlah ada juga nampak inisiatif Kak A nak membayar.

"Waktu ni saya dah mula dengar cerita kurang enak mengenai Kak A. Malas nak ambil pusing sangat kerana saya rasa saya kenal bagaimana dirinya; asalkan dia bayar duit yang dia pinjam, saya okay," kongsinya.

Namun selepas membuat pembayaran pertama, langsung tiada khabar berita daripada wanita berkenaan sehinggalah penghujung tahun 2017.

Menurutnya, Kak A sering memberikan alasan setiap kali dia menghubungi untuk bertanyakan mengenai bayaran hutang yang masih berbaki.

Tambahnya, memandangkan ketika itu juga dia mengalami masalah kesihatan, maka hutang Kak A dilupakan seketika untuk memberi tumpuan kepada proses penyembuhan.

"Awal 2018, saya masih dalam proses recovery. Mak bawa saya keluar makan di sebuah restoran yang agak jauh dari rumah kami.

Restoran ini unik kerana pelanggan dibolehkan untuk menulis nama mereka menggunakan pen marker khas yang disediakan.



Wanita berkenaan kerap kali memberi alasan ketika diminta membayar hutang, dan hanya menyelesaikan hutang apabila digertak. Gambar hiasan

"Tiba-tiba, saya terpandang nama yang seiras nama Kak A. Tapi, kebetulankah kalau nama yang tertera adalah nama Kak A, suami dan ketiga-tiga anak mereka? Terus teringat akan hutang dia dengan saya.

"Seringkali beritahu saya tak ada duit, tapi makan dengan satu family boleh pula? Restoran itu pun harga makanannya boleh tahan. Pulang saja ke rumah, saya terus hubungi Kak A dan bertanya baki hutang saya RM1,000.

"Dia balas mesej saya dengan 'oh ada lagi ke?'. Allahu," luahnya yang jelas kecewa.

Enggan diri terus diperkotak-katikkan, pelayar ini akhirnya mengambil keputusan untuk membawa perkara tersebut ke Mahkamah Tuntutan Kecil.

"Saya hantar screenshot borang tersebut serta butiran dan hantar pada Kak A. Mesej saya mudah; bayar atau saya bawa ke mahkamah. Bahan bukti mesej dan penyata bank saya ada.

"Mungkin cara saya kasar, tapi saya nak tutup chapter ini cepat-cepat. Bila dah digertak macam ni, baru dia mula bank-in duit saya. Bank in RM100 je. 'Ni je akak mampu' katanya.

"Saya beri peluang RM100 setiap bulan. Akhirnya saya selamat menagih kembali wang saya sepenuhnya pada Disember 2018. Lepas sahaja saya confirmkan bank-in Kak A yang terakhir, saya terus block nombornya.

"Penat dan sedih, betapa susahnya nak tuntut kembali hak saya. Dan dia yang saya anggap macam kakak sendiri tergamak buat macam tu. Peribahasa Melayu lama itu betul; buat baik berpada-pada. Harap kita semua lebih berwaspada pada masa akan datang," tulisnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain