WALAUPUN Aidilfitri kali ini melarang aktiviti ziarah dan rentas negeri, bukan bermakna kita tidak boleh menyambutnya dengan suasana gembira. Begitulah yang dilakukan oleh seorang pemuda yang melaram dalam tiga persalinan baju raya dengan rekaan lain daripada lain, sehingga menjadi perhatian di aplikasi TikTok. Menerusi perkongsian videonya, ramai yang memuji keunikan fesyen yang diperagakannya sempena Aidilfitri, tetapi dia turut dikritik netizen kerana fesyen tersebut dianggap tidak bersesuaian. ARTIKEL BERKAITAN: Apa kes pakai baju Melayu 'koyak sampai ketiak' di pagi raya? Lelaki ini cool, tak marah tukang jahit - "Cukuplah sekali je, tahun depan nak macam biasa" ARTIKEL BERKAITAN: Nak sedondon di pagi raya... 5 hari pemuda gigih siapkan pakaian keluarga, semuanya kerana tercabar dek skil tukang jahit Bangladesh dapat siapkan 18 baju Melayu sehari! Pemuda berkenaan, Mohd Shyneil Izhar Mohamed Kemri berkata, video baju raya itu baru saja dikongsinya di aplikasi TikTok pada minggu ini dan tidak menyangka ia menjadi perhatian. Baju raya berinspirasikan busana tradisional pengantin dari Thailand. Remaja berusia 18 tahun itu memberitahu, ketiga-tiga baju itu merupakan baju rayanya yang dipakai secara berasingan pada Hari Raya selama tiga hari berturut-turut. "Kesemua baju ini adalah rekaan saya sendiri dan ditempah dengan tukang jahit lebih awal tahun ini. Setiap pasang berinspirasikan budaya dari luar. "Raya pertama, baju merah jambu dengan selempang inspirasi busana tradisional pengantin di Thailand, raya kedua baju ungu dengan lengan berjuntai inspirasi pakaian tradisional suku kaum Bajau di Sabah, manakala raya ketiga pula adalah baju maroon potongan kardigan dan gaya kimono berinspirasikan dari Jepun," katanya kepada mStar. Baju raya ala Bajau. Lebih mesra disapa Shy, katanya, ini bukanlah kali pertama dia memakai baju raya dengan rekaan unik, sebaliknya telah dilakukannya sejak 2017. Mengulas lanjut, antara inspirasi baju raya sebelum ini adalah dari budaya Cina pada 2017, gabungan kurta dan Bollywood (2018), Jawa (2019) Turki dan baju Melayu 'stailo' (2020). "Saya suka kelainan. Bukan selalu boleh berfesyen secara kreatif kerana saya berpakaian kasual pada hari-hari biasa. Masa raya syok nak bergaya," ujar anak kelahiran Lundu, Sarawak itu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia terharu videonya menerima banyak pujian yang menyifatkan penampilannya di hari lebaran begitu kreatif. Baju raya inspirasi budaya Cina (2017), gabungan kurta dan Bollywood (2018) dan ala Jawa (2019). Namun, Shy yang baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) awal tahun ini akur dengan kritikan yang mengatakan dia seolah-olah merosakkan tradisi baju Melayu. "Ingin saya perjelaskan bahawa kesemuanya bukanlah baju Melayu 100 peratus, tetapi mempunyai potongan seperti baju Melayu. Rekaan saya lebih kepada inspirasi tradisi dalam dan luar negara. Saya suka kelainan. Bukan selalu boleh berfesyen secara kreatif kerana berpakaian kasual pada hari-hari biasa. Masa raya syok nak bergaya SHY "Bukan bermakna pada Hari Raya, hanya baju Melayu yang kena pakai. Ada juga orang yang menyambut Hari Raya pakai jubah dan kurta, ikut pilihan masing-masing. "Ada yang kata macam over baju saya tu. Terpulang pada mereka untuk memberikan pandangan," katanya yang bercita-cita untuk menjadi pereka fesyen. Baju raya 2020 inspirasi busana tradisional Turki (kiri) dan baju Melayu 'stailo'. Shy bagaimanapun mengakui gaya penyampaiannya menerusi video di aplikasi TikTok kelihatan sedikit 'over' bagi menarik perhatian netizen. "Baju raya saya tak la over, tapi gaya penyampaian dengan catwalk saya tu mungkin nampak over. Itu cara dan kreativiti saya untuk tunjuk baju-baju tu. "Saya tak kecil hati pun. Kalau saya nak jadi pereka fesyen kena tahan dengan kritikan. Komen-komen sebegini tidak sepatutnya melemahkan saya, sebaliknya memberi motivasi kepada saya untuk menjadi lebih baik dan kreatif pada masa akan datang," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!