suria

Mak ayah enggan suntik vaksin selepas baca posting media sosial? Jangan melenting, Dr Sakinah beri tip pujuk cara baik - “Kalau mati sebab Covid-19, anak tak boleh urus”

Dr Sakinah menasihatkan anak-anak agar segera mendaftarkan ibu bapa mereka sebagai penerima vaksin.

TIDAK dinafikan, masih ramai yang ragu-ragu dan takut untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Perkara ini dipengaruhi oleh khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab mengenai vaksin menerusi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

Antara golongan yang senang terpengaruh dengan penyebaran dakyah mengenai vaksin sudah tentulah warga emas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah MKN, PDRM nak tidur lagi dengan orang sebegini?” - Doktor geram info mengarut puak antivaksin, dakwa PPE dipakai hanya untuk gambar

ARTIKEL BERKAITAN: “Vaksin bukan Dajal” - KJ pantas sangkal teori tak berasas puak antivaksin... seru sebar info sahih dalam grup WhatsApp keluarga, taman perumahan

Malah ramai dalam kalangan mereka terang-terangan menolak untuk mendapatkan suntikan, sedangkan mereka adalah golongan yang berisiko terdedah kepada jangkitan virus maut tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terpanggil untuk mengulas mengenai perkara tersebut, seorang doktor berkongsi pendekatan yang sewajarnya dilakukan oleh anak-anak untuk meyakinkan ibu bapa mereka yang sudah berusia.

"Katakan kepada mereka (ibu bapa), mesti ada orang mati dekat kampung sebab Covid-19 kan? Nak ke dia jadi macam tu juga? Takut vaksin tapi sanggup ke kena Covid-19?

"Lagi sedih, kalau sebab Covid-19, mati pun anak-anak tak boleh urus. Tengok kebumi pun dari jauh, polis tak bagi," kongsi Dr Sakinah Sulong menerusi Facebook.



Perkongsian Dr Sakinah di Facebook mengenai tip bagaimana mahu meyakinkan ibu bapa agar mendapatkan suntikan vaksin.

Selain itu, anak-anak juga boleh menjadikan pemimpin berusia yang telah mendapatkan suntikan vaksin sebagai contoh rujukan bagi meyakinkan ibu bapa mereka.

"Ramai je warga emas yang dah vaksin, Insya-Allah tak de apa pun. Molek je. Bagi la contoh Tun Mahathir, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ni semua dah vaksin. Alhamdulillah, mereka OK je.

Lagi sedih, kalau sebab Covid-19, mati pun anak-anak tak boleh urus. Tengok kebumi pun dari jauh, polis tak bagi.

DR SAKINAH SULONG

DOKTOR

"Sekarang syarat nak pergi Makkah nak kena vaksin juga. Nak tak nak, baik ambik sekarang sementara ia masih free dan kerajaan bagi. Kita cuma datang je pada waktu ditetapkan. Tak payah kata Makkah, kampung pun kita tak boleh balik. Larat ke lama-lama macam ni?," tulisnya.

Selain itu, jika dilihat kepada program imunisasi yang diperkenalkan kerajaan di negara ini, hampir kesemua bayi mendapatkan pelbagai suntikan mengikut peringkat usia.

"Jadi janganlah takut sangat kalau kali ni mereka pulak kena injection.



Dr Sakinah merupakan antara doktor yang lantang membidas golongan aktivaksin yang cuba mempengaruhi masyarakat.

"Kalau dia ambil (suntikan), kawan-kawan dia tengok pun, mesti jadi semangat nak ambil. Ini memang biasa, anak 'berbuih' cakap pun tak jadi, tapi bila kawan yang buat, dia jadi terpengaruh. Jadilah role model yang baik. Baru la nellang kata orang Terengganu.

"Sama-sama jaga mak ayah kita. Kita pun rindu mereka. Bawalah mereka untuk divaksin," pesan Dr Sakinah lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain