suria

Sasaran vaksinasi perlu tepat! Pensyarah ini cadang solusi luar biasa ‘berperang’ dengan Covid-19, ganjaran mampu buat golongan takut vaksin ubah fikiran

Pensyarah USM, Dr Mohd Haizzan tampil dengan beberapa cadangan untuk melandaikan keluk jangkitan pandemik Covid-19. Gambar hiasan

PENINGKATAN ketara kes Covid-19 saban hari sememangnya membimbangkan apatah lagi negara pernah merekodkan hampir 7,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Kerajaan juga ketika ini menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi mengurangkan kes seterusnya melandaikan keluk jangkitan baharu pandemik Covid-19.

Di tengah-tengah suara ramai yang mahu kerajaan melaksanakan 'lockdown' menyeluruh, seorang penyarah tampil dengan beberapa cadangan dalam usaha menangani kadar jangkitan yang semakin membimbangkan hari demi hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah enggan suntik vaksin selepas baca posting media sosial? Jangan melenting, Dr Sakinah beri tip pujuk cara baik - “Kalau mati sebab Covid-19, anak tak boleh urus”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas disuntik vaksin Covid-19, Dr Amalina jawab bermacam kemusykilan... termasuk kes jururawat dapat jangkitan selepas ambil vaksin sama

Pensyarah berkenaan, Dr Mohd Haizzan Yahaya dari Universiti Sains Malaysia (USM) lebih menekankan vaksinasi Covid-19 di mana salah satu cadangannya adalah supaya kerajaan mewujudkan 'sistem ganjaran' (reward system).

"Benarkan rakyat yang sudah divaksin melakukan aktiviti normal seperti bersosial, merentas daerah dan juga merentas negeri secepat mungkin selepas melengkapkan dua dos suntikan," tulisnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain itu pensyarah ini berpandangan golongan sasar yang diutamakan mendapat suntikan vaksin bukan hanya golongan warga emas sebaliknya mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi seperti pekerja sektor perkilangan, pembinaan, serta peniaga.



Dr Mohd Haizzan mencadangkan supaya kerajaan membenarkan rakyat dibenarkan rentas negeri dan melakukan aktiviti sosial lain sekiranya sudah lengkap dua dos suntikan vaksin.

"Seperti sedia maklum, pekerja sektor perkilangan telah menyumbang lebih 45 peratus di seluruh negara kepada angka jangkitan harian sehingga kini.

"Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar vaksin perlu diberikan kepada mereka yang terlibat dalam sektor ini terlebih dahulu dengan harapan dapat menurunkan kadar jangkitan harian dengan lebih cepat dan efektif.

"Dalam kata lain, kawasan sasaran dan industri sasaran yang pertama divaksinkan. Sasarkan negeri (prioriti kepada negeri kes yang tinggi). Dengan cara ini, kita sama dapat membendung 'negeri zon merah' dari lumpuh sepenuhnya dalam masa yang singkat," katanya.



Kadar penggunaan katil ICU mencapai kapasiti sehingga 91 peratus di seluruh negara.

Selain itu beliau mencadangkan kerajaan menggalakkan penglibatan hospital swasta dalam vaksinasi dan juga membenarkan pembelian vaksin secara peribadi dengan kawalan ketat 'pasport' vaksinasi.

"Harus membenarkan rakyat yang nak mendapat vaksin lebih awal. Dalam kata lain, tidak perlu menunggu barisan panjang, dan secara tidak langsung akan mempercepat prosedur proses vaksinasi.

"Selagi kita perlahan dalam proses vaksinasi, selagi itu ramai orang yang 'takut' untuk mendapat vaksin," katanya selain mencadangkan kerajaan meniru pendekatan memberi vaksin secara 'pandu lalu' seperti di Amerika Syarikat.

Benarkan rakyat yang sudah divaksin melakukan aktiviti normal seperti bersosial, merentas daerah dan juga merentas negeri secepat mungkin selepas melengkapkan dua dos suntikan.

DR MOHD HAIZZAN YAHAYA

PENSYARAH USM

Mohd Haizzan turut tampil dengan beberapa cadangan untuk tempoh jangka masa panjang, antaranya menyenaraikan golongan barisan hadapan lain seperti pekerja penghantaran (rider), pemandu e-hailing, guru, pensyarah untuk diberi suntikan vaksin yang seterusnya.

"Latihan dan peranan saat kecemasan untuk kakitangan serta sukarelawan kerajaan, sekiranya berlaku kelumpuhan perkhidmatan semasa.

"Memperkukuhkan lapangan biofarmasi sains dan tekonologi domestik.



Dr Mohd Haizzan turut mencadangkan persediaan latihan dan peranan saat kecemasan untuk kakitangan serta sukarelawan kerajaan sekiranya berlaku kelumpuhan perkhidmatan semasa. Gambar hiasan

"Akhir sekali, kita juga harus memberi tumpuan kepada pasca proses vaksinasi. Kesan psikososial terhadap rakyat juga perlu dipertimbangkan.

"Marilah kita bersama-sama fokus kepada kesan emosi sebelum dan selepas proses vaksinasi," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain