suria

Jejaka bujang ini sanggup belanja ribuan ringgit cantikkan rumah sewa, tak sangka tindakannya buat ‘owner’ segan!

Amsyar sudah setahun enam bulan menyewa di kediaman itu.

KREATIVITI jejaka bujang ini dalam membuat dekorasi rumah sewa ternyata mencuri perhatian ramai.

Menerusi satu video tular, Mohamad Amsyar Johari, 28, menunjukkan suasana rumah yang disewanya di Kampung Tengah, Puchong, Selangor sejak lebih setahun lalu.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Amsyar mengakui tidak kisah berhabis ribuan ringgit demi keselesaan walaupun ia bukanlah kediamannya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Bilik sewa cuma ada katil dan almari, ejen hartanah ini belanja RM300 sahaja hias kamar dekorasi mewah

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah disewakan kepada pasangan warga emas jadi tong sampah, tapi pemiliknya cukup tabah, “OK lagilah dia lari...”

"Saya memang suka mengemas, dah terbiasa dengan mak ayah yang suka hias rumah. Tapi bila duduk menyewa sendiri, kita terikut-ikut sifat itu.

"Rumah sewa tu kosong masa saya mula-mula masuk. Bermula dengan proses mengecat satu bahagian dinding, saya kemudiannya cat seluruh rumah.

"Selepas itu saya hias dengan perabot serta pokok-pokok di luar kawasan rumah. Saya tak kisah pun berhabis ribuan ringgit, perabot tu saya boleh bawa ke rumah sendiri nanti," ujarnya.

Amsyar tak kisah berhabis wang untuk dekorasi rumah sewanya.

Menurut pekerja di sebuah syarikat penghantaran itu, pemilik rumah turut terkejut dengan perubahan yang dilakukannya.

Malah, kawasan kediaman itu turut menjadi perhatian jiran tetangga sehingga ada yang menjadikan laman rumahnya sebagai lokasi merakam gambar ketika Aidilfitri baru-baru ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Lepas saya hias rumah tu, owner datang tapi dia segan nak masuk. Dia tak marah tapi segan, sebab dia bagi rumah kosong je. Kos saya cat rumah pun ditolak separuh daripada bayaran sewa.

Ada pula yang komen nak carikan jodoh. Mereka cakap untung ada anak lelaki macam ni.

AMSYAR

"Saya juga letakkan bunga di kawasan luar. Malam agak panas, ada pokok sejuklah sikit. Malah, ada jiran datang bergambar masa raya hari tu.

"Tak semua saya beli perabot baharu, ada yang second hand dan pemberian kawan. Murah rezeki sejak duduk sini," ujarnya yang menyewa di situ bersama seorang lagi individu.

Kata Amsyar, dia juga terkejut apabila video dekorasi rumah itu menjadi tular di TikTok.

Suasana tenang dalam rumahnya.

Malah, dia turut terhibur membaca komen netizen, termasuklah yang mengusik mengenai jodohnya.

"Saya sekadar kongsi video untuk kawan-kawan. Sekali tengok dah ribuan komen. Saya pun baru dua bulan main TikTok.

"Ada yang tanya beli perabot kat mana, ada pula yang komen nak carikan jodoh. Mereka cakap untung ada anak lelaki macam ni.

Amsyar gemar menghias rumah sejak kecil lagi.

"Saya terima komen dengan hati terbuka. Mana tahu memang ada jodoh. Saya tak ambil serius, malah saya bersyukur.

"Mereka kata lelaki pun boleh hias rumah macam ni. Pada saya, semua orang boleh. Yang penting rumah kena bersih," ujarnya yang berasal dari Negeri Sembilan.

Selain menghias rumah, Asmyar juga berkebolehan di dapur dan turut mengahsilkan biskut Mazola yang dijual ketika Hari Raya Aidilfitri.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain