PENINGKATAN jumlah kes kematian akibat Covid-19 di negara ini ternyata meresahkan kita semua. Terbaharu, seorang juruvideo tampil berkongsi rakaman dron suasana pengebumian jenazah Covid-19 menerusi Instagram miliknya sehingga meraih lebih 13,000 tontonan. Menurut Muhammad Hafizuddin Che Hamid, 30, ia dirakam di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Selangor pada Khamis lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Juruvideo rakam detik sayu PKP... masjid kosong waktu solat Jumaat, hanya gema laungan azan - “Bukan edit, tiba-tiba banyak burung gagak” ARTIKEL BERKAITAN: Risau tapi bangga! Suami kongsi isterinya panas pakai sut, tak ada masa nak makan rawat pesakit Covid-19 di Arab Saudi Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Hafiz mendedahkan jenazah itu merupakan ahli keluarga kepada kenalannya yang meninggal dunia akibat wabak berkenaan pada hari sama. "Ini merupakan kali pertama saya buat rakaman kematian Covid-19. Saya dapat panggilan pukul 1 tengah hari pada Khamis dan pergi ke kubur sekitar 3 petang. Video dikongsi Hafiz turut lebih hampir 13,000 tontonan di Instagram. "Dapat tahu pun pada saat-saat akhir, namun mujurlah saya tengah berkelapangan. Saya hanya rakam proses pengebumian jenazah ahli keluarga rakan saya atas permintaan mereka. "Tetapi ketika buat rakaman, saya dimaklumkan ada tiga lagi jenazah pesakit Covid-19 yang lain dikebumikan pada petang itu," ujarnya. Menurut Hafiz, rakaman itu dibuat sekitar 30 minit dan proses suntingan turut dilakukan pada hari sama sebelum ia diserahkan kepada keluarga Allahyarham. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Malah katanya, dia turut meminta kebenaran mereka untuk berkongsi video sama ke laman sosial bagi menyampaikan mesej mengenai Covid-19 kepada masyarakat. Selesai suntingan, bila saya tengok balik dari awal sampai habis, dari situ automatik datang perasaan sebak. HAFIZ "Ketika rakaman, saya boleh nampak kesungguhan frontliners bekerja. Pada masa sama, turut berdukacita kepada keluarga terlibat. "Balik terus saya buat suntingan dan serahkan video kepada keluarga arwah. Saya juga minta kebenaran mereka untuk kongsi video itu. "Bagi saya, dengan peningkatan kes dalam beberapa hari ini, saya berharap masyarakat dapat mesej untuk lebih beringat dan patuh prosedur operasi standard (SOP). "Covid-19 memang wujud. Kepada yang tak percaya, mungkin bila dah kena suatu hari nanti baru akan sedar betapa bahayanya wabak ini," ujarnya. Hafiz membuat rakaman dalam tempoh singkat. Menurut Hafiz yang juga seorang ejen takaful, dia sendiri turut sebak dalam proses penghasilan video itu dan menzahirkan rasa simpatinya buat keluarga mangsa Covid-19 yang sudah meninggal dunia. Malah katanya, ia ternyata berbeza dengan tugasnya sebelum ini yang banyak menghasilkan video bagi acara perkahwinan. "Sebelum ini saya pernah juga hasilkan video berkaitan kematian sebab saya terlibat dalam Pertubuhan Sentuhan Setia kasih Fardhu Kifayah. "Melalui pertubuhan ini, kita uruskan jenazah yang tak dituntut atau uruskan jenazah bagi keluarga yang kurang berkemampuan. Hafiz turut sebak menonton rakaman yang dihasilkan itu. "Tapi Khamis lalu saya pertama kali hasilkan video untuk jenazah Covid-19. Memang berbeza dengan video perkahwinan yang banyak saya hasilkan sebelum ini. "Selesai suntingan, bila saya tengok balik dari awal sampai habis, dari situ automatik datang perasaan sebak. "Tak boleh nak bayangkan kalau kena kepada keluarga sendiri," ujarnya lagi. Selain bekerja sebagai ejen takaful dan juruvideo sambilan, Hafiz juga terlibat dengan bisnes katering sejak tahun lalu. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)