suria

Peniaga terkejut ramai mesej tanya nasi kerabu, rupa-rupanya diri dah viral sebab tak kedekut - “Kalau boleh nak jumpa depan-depan”

Bainun terkejut apabila gerai miliknya tiba-tiba menjadi perhatian ramai sejak Jumaat.

DALAM kerisauan mengharungi kehidupan 'total lockdown' pada 1 Jun ini, seorang peniaga menerima rezeki yang tidak disangka-sangka.

Menurut Siti Bainun Hassan, dia pada Jumaat dihujani dengan mesej dan panggilan daripada orang ramai yang bertanya mengenai nasi kerabu jualannya.

Setelah diselidik, wanita berusia 32 tahun itu mendapat tahu salah seorang pelanggannya membuat hebahan di Twitter sehingga gerai miliknya di Damansara Damai, Selangor tular dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Warung sepi tanpa pelanggan sejak PKP, ibu mesej dapat RM20 je... siapa sangka kuasa viral ubah nasib menjelang 2021

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai musnah dibadai ribut, jualan habis berterabur... reda diuji di hari pertama Ramadan, tindakan 2 rakan niaga selepas itu nyata berbaloi

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Bainun menzahirkan rasa syukur atas rezeki itu yang disifatkan sebagai satu pembakar semangat buatnya.

"Saya terkejut. Tiba-tiba ramai orang hubungi. Jadi saya tanya mereka, macam mana boleh dapat nombor saya.

"Ada yang maklumkan mereka tahu mengenai gerai saya di Twitter. Ada orang kongsi sehingga viral. Selama ni hanya orang sekitar yang kenal gerai saya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya bersyukur sangat-sangat. Kepada individu yang tolong hebahkan perniagaan saya sampai viral, terima kasih. Kalau boleh saya nak jumpa, ucap terima kasih secara depan-depan," ujarnya.

Posting tular di Twitter.

Menurut Bainun, dia sebelum ini bekerja sebagai penjaga di sebuah rumah anak yatim di ibu negara selama sembilan tahun.

Dia bagaimanapun berhenti kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan mengusahakan gerai itu sejak Jun 2020.

Sejujurnya memang susah nak mulakan perniagaan.

BAINUN

"Memang turun-temurun buat nasi kerabu. Mak saya pun berniaga nasi kerabu di kampung kami di Machang, Kelantan.

"Lepas sekolah dulu memang saya tolong mak berniaga. Sekarang saya turut dibantu empat adik saya.

"Sejujurnya memang susah nak mulakan perniagaan. Alhamdulillah, sekarang dalam sehari terjual 300 bungkus.

Bainun turut dibantu oleh adik-beradiknya.

"InsyaAllah bila lockdown bermula tak lama lagi, saya akan buat delivery. Selain nasi kerabu, saya jual nasi berlauk, nasi dagang dan nasi lemak," ujarnya.

Menurut Bainun lagi, dia berharap agar pandemik Covid-19 berakhir segera agar dia boleh berniaga seperti biasa selepas ini.

Untuk rekod, posting mengenai gerai Bainun di Twitter @YobJelebor meraih lebih 10,000 ulang kicau (Retweet).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain