suria

Ibu sedih kenang ‘mulut orang’, datang ziarah bayi baru lahir sempat komen ‘kulit gelap’... selepas anak umur setahun ada komen lain pula!

Najwa berkongsi kisah anaknya yang menjadi mangsa 'body shaming' kerana berkulit gelap sewaktu dilahirkan.

TIDAK dapat bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu apabila anak yang dikandungnya selama sembilan bulan menjadi sindiran hanya kerana berkulit gelap ketika dilahirkan.

"Kesian anak ibu, lahir-lahir ja dah kena kena body shaming. Salah ke dilahirkan berkulit gelap? Mulut orang kan, baby pun kena. Kulit gelap atau cerah, ibu tetap sayang," demikian luah seorang wanita menerusi satu perkongsian video di TikTok.

Sehingga kini video tersebut meraih sehingga 274,000 jumlah tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 9 tahun dihina, Nana Mahazan sedih anak jadi mangsa 'body shaming'... “Ada yang samakan dengan wajah haiwan”

ARTIKEL BERKAITAN: Hangat isu body shaming, pemuda albino pertahan tindakan ketika program TV – “Ia cara terbaik... saya ada in the right place, at the right time”

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa berkata bayi kedua yang dilahirkannya setahun lalu itu sering dibandingkan dengan anak sulungnya yang berkulit lebih cerah.

"Masa awal-awal anak kedua, Muhammad Ziyyad Aydan lahir, kulitnya agak gelap sedikit jika dibandingkan dengan kakak dia. Adalah segelintir orang sekeliling yang datang ziarah tapi sempat pula sentuh perihal warna kulit.



Najwa (kiri) pernah mengalami tekanan emosi sewaktu berpantang gara-gara kulit bayinya sering dibandingkan.

"Bukan saja orang sekeliling, tapi ada juga rakan di Facebook komen macam tu bila saya upload gambar baby. Siap ada yang bertanya sambil bergurau 'bapa lain-lain ke?'.

"Saya faham walaupun mungkin bergurau, tapi tak wajar rasanya nak komen atau keluarkan kata-kata seperti itu. Mula-mula saya hanya diam tersenyum saja, tapi dalam hati Allah saja tahu perasaan saya.

"Ada kalanya terasa, mengalir juga air mata. Emosi jugalah... lebih-lebih lagi masa tu saya sedang tempoh berpantang, suami pula bekerja jauh. Selain mengadu dengan suami, saya banyakkan dengar ayat Al-Quran dan berzikir," ujar ibu muda berusia 25 tahun ini.



Kulit anak kedua Najwa, Muhammad Ziyyad Aydan (kiri) sering dibandingkan dengan kakaknya sewaktu dia masih bayi.

Bagaimanapun menginjak usia setahun, bayi lelaki yang sering menjadi 'bahan usikan' kini membesar dengan sihat malah kulitnya juga lebih cerah berbanding sewaktu dilahirkan.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, perubahan tersebut turut mengundang perhatian orang sekeliling.

"Bila kulitnya dah cerah, tetap ada juga kata-kata seperti 'eh dah putih... dah cerah' dan sebagainya. Masa gelap kena, masa kulit cerah pun kena.

Seeloknya jagalah tutur kata masing-masing. Tak perlu nak kritik, tak perlu nak buat perbandingan.

NAJWA

IBU

"Dulu sebelum ada anak, selalu juga dengar kata-kata macam ni kepada anak orang lain. Sekarang dah ada anak sendiri, baru tahu rasanya macam mana," katanya lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah Najwa, dia memuat naik video mengenai kisah anaknya di TikTok kerana sekadar mahu berkongsi pengalaman suka dukanya bergelar seorang ibu.

"Selepas saya share video tersebut, ada juga yang kongsi kisah mereka yang seakan-akan sama dengan kisah saya. Tapi dalam banyak-banyak komen tu, ada juga daripada wanita yang meluahkan rasa sedih kerana mereka turut diperkatakan kerana masih belum menimang cahaya mata.



Najwa bersama suami dan dua cahaya mata mereka.

"Lagilah sedih... bayangkan bagaimana perasaan mereka bila ramai bertanya pasal anak. Kesian sangat.

"Seeloknya jagalah tutur kata masing-masing. Tak perlu nak kritik, tak perlu nak buat perbandingan. Cuba letakkan diri kita dalam situasi orang tu. Daripada bercakap bukan-bukan, sepatutnya doakan yang terbaik untuk orang lain," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain