suria

Wanita ini tak boleh kawal sedih, terus menangis ditenung anjing kena dera... rupa-rupanya haiwan ini cukup dekat dengan dirinya

Aqilah menangis sewaktu menyelamatkan seekor anak anjing yang diikat dan dibuang dalam guni hitam di tepi jalan

KATA-kata tidak dapat menggambarkan betapa pilunya hati Aqilah Yuhanis Anuar apabila seekor anak anjing menghulurkan kepala, tercungap-cungap ketika dia membuka karung hitam yang ditemui di tepi jalan.

Video dia menangis sewaktu menyelamatkan anak anjing tersebut tular di media sosial dengan lebih lima juta tontonan.

Menceritakan kembali momen tersebut kepada mStar, Aqilah, 24 berkata dia dalam perjalanan pulang selepas makan tengah hari bersama rakan-rakan sekerjanya apabila terlihat guni tersebut bergerak serta terdengar bunyi anjing seolah-olah meronta-ronta.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada yang takut dengar siren ambulans? Jika jawapannya ya... anda mungkin alami gangguan fonofobia

ARTIKEL BERKAITAN: Prof Muhaya bikin ramai 'naik angin', sampaikan golongan profesional bersuara... tak boleh terima kenyataan wanita kena jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ - “Saya hilang kata-kata”

"Saya tergerak hati nak guna laluan tu sebab nak tengok anak anjing baru dekat kawasan kilang situ dan kebetulan saya nampak ada guni bergerak lepas tu bunyi anjing meronta-ronta.

"Masa nak buka guni tu mula-mula cuak juga sebab takut dia serang sebab ingat saya nak apa-apakan dia.

"Tapi lepas saya tengok muka anjing yang sayu sangat tu, terus saya menangis," katanya sambil menambah insiden itu berlaku di kawasan perindustrian Paka, Terengganu.

Menurut Aqilah leher anak anjing itu dijerut dengan tali sama yang digunakan untuk mengikat guni hitam tersebut.

"Luluh hati sebaik tengok keadaan anjing tu dalam plastik, langsung tak melawan, tenung mata saya seolah-olah minta tolong selamatkannya," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Anjing betina yang diberi nama Boy itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Masa mula-mula buka guni Boy macam tercekik atau lemas tapi lepas saya bagi air, keluarkan dari guni kemudian usap-usap belakang badannya baru Boy nak makan dan minum.

"Alhamdulillah, keadaannya elok tak ada sebarang kecederaan dan dah aktif semula.

"Saya panggil Boy sebab warnanya lebih kurang dengan kucing saya kat rumah," ujarnya.



Boy tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini aktif seperti biasa.

Menurut Aqilah, dia kecewa dan marah kerana ada insan yang sanggup membunuh haiwan yang tidak berdaya.

"Kalau kita tak mampu untuk jaga sekali pun janganlah sampai cuba untuk bunuh haiwan tak berdosa.

"Haiwan kan makhluk Allah juga, dia pun layak nak hidup di bumi ni," katanya.



Aqilah sering membantu memberi makanan kepada haiwan-haiwan terbiar ini.

Menurut Aqilah, Boy kini ditempatkan di bengkel mengecat paip dan tangki iaitu tempat dia bekerja sebagai pembantu kewangan.

"Buat masa sekarang tak ada penjaga, di bengkel ada pekerja pada waktu siang dan pengawal pada sebelah malam.

"Semua orang di bengkel memang ambil berat pasal anjing, mereka selalu bagi makanan," katanya.

Haiwan ni kan makhluk Allah juga, layak nak hidup kat bumi ni.

AQILAH YUHANIS ANUAR

Menurut Aqilah, dia tidak pernah menyelamatkan haiwan terbiar sebelum ini, tetapi sering membawa makanan untuk dikongsikan dengan anjing terbiar di kawasan tempat dia bekerja.

"Kadang-kadang memang ada je anjing gila, tapi Alhamdullilah anjing-anjing di sini semua baik-baik sebab ada orang jaga dan saya pun selalu bagi makan anjing-anjing jalanan.

"Saya dah macam tuan anjing-anjing ini," katanya, sambil menambah dia membelanjakan lebih kurang RM65 untuk membeli makanan buat haiwan-haiwan liar ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain