suria

Lelaki ini hilang 40kg gara-gara ‘reunion’ di gim, tiada lagi lemak boleh dicubit-cubit selepas ‘pantang’ 2 makanan

Nabil yang rajin berkongsi video mengenai transformasi dirinya turut dituduh suka menunjuk-nunjuk.

KERJA keras jejaka ini untuk menurunkan berat badan berbaloi apabila dia hilang 40 kilogram (kg) dalam tempoh kurang setahun.

Bagaimanapun kata Nabil Afifi Mohd Nazri, 20, dia masih belum berpuas hati dan mempunyai sasarannya tersendiri.

"Dulu saya 114kg, sekarang dah 76kg. Tapi saya sasarkan untuk turun sehingga ke 62kg.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perkataan tu buat saya rasa hina sangat” - Dulu saiz XL kini XS, pensyarah kongsi tip kurus tapi tak tinggal ‘fast food’

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci! - “Gemuk dari kecil, tak sangka boleh kurus”

"Usaha ini dimulakan pada November tahun lepas. Kiranya sampai sekarang saya dah turun sekitar 40kg," ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut, dia yang mesra disapa Nabil mengakui hasrat untuk kurus itu sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2017 lagi.

Malah katanya, dia juga hampir berputus asa memandangkan proses itu tidaklah semudah yang disangka.

"Dalam tahun 2017 sampai 2019, pernah beberapa kali cuba nak kurus. Tapi buat seminggu, berhenti. Buat dua ke tiga hari, saya berhenti.

"Saya tak konsisten. Namun pada tahun lepas, saya dan dua kawan berjanji untuk reunion di gim ketika mereka balik bercuti ke kampung.

Nabil (tengah) bersama dua rakannya ketika belum memulakan proses menguruskan badan.

"Jadi kami bertiga pergi main gim sama-sama. Selepas kawan saya dah kembali ke kampus, saya tetap teruskan walaupun sendirian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Mula-mula rasa nak putus asa, bosan mereka tiada. Tapi alang-alang dah mula, baik saya teruskan," ujarnya yang menetap di Sri Manjung, Perak.

Bila dah kurus pun ada orang pertikai, kata saya menunjuk.

NABIL

Tambahnya, dia juga sudah tujuh bulan tidak menjamah nasi dan air manis demi misi menguruskan badan itu.

Menurut penuntut Kolej Vokasional Seri Manjung dalam bidang Elektronik itu, dia juga pernah berhadapan jenaka mengenai berat badannya sebelum ini.

"Saya memang kuat makan dari kecil, famili pun selalu bagi makan je. Tapi sejujurnya saya pergi ke gim tu bukan niat nak kurus semata-mata, tapi sekadar nak reunion dengan dua kawan pada mulanya.

"Saya pun dah terbiasa dengan gurauan rakan. Hari-hari kena bahan, kena usik, cubit-cubit lemak.

"Sebelum ni nak bergerak, nak solat pun susah. Kalau saya kurus, senanglah saya nak beribadah," ujarnya.

Nabil sudah tujuh bulan tidak menjamah nasi demi mendapatkan berat badan idaman.

Malah kata anak sulung daripada dua beradik itu, dia yang rajin berkongsi video mengenai dirinya turut dituduh suka menunjuk-nunjuk oleh segelintir individu.

"Saya pernah terasa hati. Bila dah kurus pun ada orang pertikai, kata saya menunjuk.

"Saya cuma suka update progress di media sosial. Saya rasa mulut manusia memang kita tak boleh tutup.

"Jadikan kata-kata orang sebagai pembakar semangat," ujarnya lagi.

Menurut Nabil, dia juga banyak menerima soalan di media sosial mengenai perjalanan transformasi fizikal itu.

Katanya, dia sedia berkongsi petua dan amalan serta berharap individu yang senasib dengannya agar cekal dan tak mudah putus asa.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain