suria

Datang dari jauh nak COD pekasam, wanita pulang hampa ‘kena game’ dengan pelanggan... tak sempat sampai rumah dapat rezeki lebih besar

Eyra sedih dipermainkan pelanggannya namun berkat kesabarannya dia dikurniakan rezeki yang lebih besar.

SESUNGGUHNYA Allah sentiasa ada dengan orang-orang yang sabar dan ganjaran bagi orang-yang memiliki sifat mahmudah ini cukup manis.

Berkongsi pengalaman dengan mStar, Eyra Abu Bakar, 28, berkata sebagai peniaga dalam talian, dia tidak terlepas daripada menjadi mangsa dipermainkan sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab.

"Kejadian ni berlaku dalam Januari lepas, saya dapat WhatsApp daripada seorang individu dia cakap nak tiga pek pekasam.

"Saya cadangkan dia ambil lima pek, jadi dia boleh dapat penghantaran percuma.

"Saya tinggal di Shah Alam lokasi pelanggan pula di Pantai Dalam, tapi masa tu saya tak fikir soal jauh ke apa yang penting pelanggan dapat servis yang terbaik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pusaka berwajah baharu, dekorasi umpama kediaman mewah... siapa sangka usianya lebih 4 dekad! - “Inilah rumah kami adik beradik membesar”

ARTIKEL BERKAITAN:Berbaloi kongsi nota kreatif bersama ribuan calon SPM... Pelajar RMC terima iPad sumbangan Syed Saddiq tak sangka target 6A dapat 9A!

Menurut Eyra, dia meminta pertolongan suaminya untuk ikut sama semasa membuat penghantaran ke rumah pelanggan berkenaan.

"Saya bawa anak masa tu, dalam keadaan tergesa-gesa saya terlupa bawa susu, kebetulan dia memang tak minum susu badan.

"Pukul 5.30 petang saya WhatsApp dia maklumkan saya dah dalam perjalanan ke sana dan dia jawab okay, baik.

"Kemudian dalam pukul 6 petang saya WhatsApp beritahu saya nak sampai dah, dia online tapi tak jawab," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Eyra, individu terbabit bagaimanapun secara tiba-tiba membatalkan pesanan tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah.

"Saya call dia tapi dia tak angkat, suami call pakai telefon dia pun dia tak angkat, sampai dia block nombor phone saya.

"Saya tunggu hampir 20 minit sebab takut dia ubah fikiran suruh hantar ke rumah terus ke, sebab lokasi dia bagi tu dekat kedai mamak.

"Suami pun Alhamdulillah tak marah-marah, dia tenang je, dia cakap tak apalah mungkin bukan rezeki kita," katanya yang kemudian bergerak pulang selepas tiada maklum balas daripada pelanggan berkenaan.



Eyra menjual produk pekasam secara dalam talian.

Tidak terhenti di situ, dia terus diuji sepanjang perjalanan pulang kembali ke rumahnya.

"Masa nak balik tu dah Maghrib, jalan sesak teruk sangat, gerak pun perlahan sebab waktu orang balik kerja.

"Anak saya menangis lapar susu, tak berhenti-henti menangis sampai saya dah tak tahu nak buat macam mana, saya paksa bagi susu badan dia tak nak, sudahnya dia tertidur.

"Saat tu saya rasa sedih sangat-sangat orang permainkan saya," katanya sambil menambah anaknya berusia tiga tahun.



Walaupun sedih dipermainkan, Eyra percaya akan adanya ganjaran bagi orang-orang yang bersabar.

Namun berkat kesabarannya, Allah turunkan rezeki yang berlipat ganda buat Eyra dan keluarganya.

"Dalam masa saya bersedih tu saya dapat WhatsApp dari hamba Allah yang nak order 30 paket pekasam dan nak join jadi ejen kami.

"Masa tu saya rasa Allah nak gantikan rezeki yang tadi untuk kami,” katanya yang sudah empat tahun menjual pekasam.

Suami pun Alhamdulillah tak marah-marah, dia tenang je, dia cakap tak apa la mungkin bukan rezeki kita.

EYRA ABU BAKAR

Sementara itu berkongsi keadaan perniagaannya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)3.0, Eyra mengakui keuntungannya agak terjejas berbanding PKP 1.0.

"PKP kali ni kadang ada orang beli, kadang langsung tak ada. Akak buat bisnes semua secara dalam talian.

"Bulan Mei lalu penjualan menurun, langsung tak ada untung tapi mungkin Allah nak uji kami, tapi kami sabar sebab yakin ada rezeki di tempat lain," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain