SETIAP insan yang dilahirkan di dunia ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitu juga dengan jejaka ini apabila ramai yang terpegun dengan suara halusnya, persis suara kaum hawa. Suara Amirul Hakim Tarmizi menjadi perhatian ramai selepas dia menyertai aplikasi TikTok sejak sebulan lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ada ubat ubah suara, dari dulu saya beli” - Tak tahan diejek ‘salesman bapok’, lelaki ini kongsi ‘voice note’ dirinya dihina ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia buat 'show' atas katil sampai terpejam mata, netizen 'cair'... “meremang bulu roma oii” Mesra disapa Kim, dia yang menetap di Terengganu mengakui terkejut dengan reaksi yang diterimanya di platform video popular itu. "Saya baru saja aktif di TikTok. Tak sampai sebulan. Mungkin kerana bosan, akhirnya saya buat TikTok. "Pada awalnya saya buat video prank suara perempuan. Tak sangka pula ia blow up. Jadi saya hasilkan beberapa video prank lagi. "Ramai yang tak percaya tu suara asli saya. Dalam tempoh singkat juga, saya menerima lebih 54,000 pengikut TikTok," ujarnya kepada mStar. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut jejaka berusia 20-an itu, komen dan teguran mengenai suaranya bukanlah satu perkara baharu. Antara video prank oleh Kim yang tular di TikTok. Malah, ia juga sering menjadi usikan rakan sejak zaman sekolah lagi sehingga dia sudah lali dan tidak kisah mengenainya. "Memang dari zaman dulu suara macam ni, tak pernah berubah. Tak rasa apa-apa pun sekarang bila orang komen. "Benda tu (usikan) dari dulu sampai sekarang, dah hadam dalam diri ini. Saya pun tak terasa. Sebelum komen, fikir dulu. Bayangkan kita berada di tempat orang yang kita nak komen tu. KIM "Ada yang tak percaya ni suara sebenar saya. Mereka minta saya hasilkan video buat suara lelaki," ujarnya berseloroh. Menurut Kim, dia juga terharu dengan sokongan yang diterima di platform video itu. "Komen kata-kata kesat saya tak jumpa lagi setakat ni. Cuma ada yang mendakwa saya sebenarnya perempuan. "Ada yang kata saya buat suara kepit. Tapi kebanyakan netizen bagi sokongan moral. Mereka nasihatkan saya supaya tak layan komen negatif. "Saya rasa terharu, macam disayangi. Saya hargai semua nasihat yang diberi," ujarnya lagi. Kim meraih lebih 31,000 pengikut TikTok dalam tempoh singkat. Biarpun tidak menerima komen kecaman yang melampau, Kim sempat menitipkan pesan buat pengguna media sosial agar menjaga adab dan tutur kata. Tambahnya, kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan sebarang kata-kata di media sosial yang boleh melukakan hati orang lain. "Sebelum komen, fikir dulu. Bayangkan kita berada di tempat orang yang kita nak komen tu. Bayangkan apa dia akan rasa. "Kurangkan buat benda yang boleh memberi dosa free. Semua akan dihitung di akhirat nanti. "Kat dunia mungkin tak nampak, di akhirat kita akan tahu balasannya macam mana. Lagipun semua manusia tak sempurna. "Kalau nak bergurau pun ada caranya," ujarnya mengakhiri bicara. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!