SEJAK pandemik Covid-19 melanda, ramai dalam kalangan kita yang sudah lama tak pulang ke kampung halaman. Namun, video-video suasana desa yang dikongsi jejaka ini ternyata mengubat kerinduan kita semua. Antara yang mencuri tumpuan, tentunya video memaparkan aktiviti menggagau ikan yang dilakukan di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: Lama merantau, lelaki ini pulang ke kampung semata-mata nak jadi YouTuber... jangan terkejut kerana pasangannya berusia 75 tahun! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 10 anak cuba nasib jadi YouTuber pada usia 50 tahun... ada kisah pilu di sebalik pemilihan nama ‘Bonda Sebelas’ Menurut perunding pelancongan yang juga seorang content creator, Muhammad Nazirul Hakim Arman, 26, aktiviti menggagau ikan itu biasanya dilakukan apabila tiba musim menuai padi. "Saya sebenarnya menetap di Subang. Saya balik kampung sebelum lockdown tempoh hari dan terperangkap di sini. Sekarang dah tak boleh rentas daerah. "Aktiviti menggagau ikan merupakan salah satu aktiviti wajib di kampung saya. Lagi-lagi sekarang padi dah dekat musim menuai. Nazirul merupakan perunding pelancongan dan content creator. "Jadinya ikan memang banyak. Antaranya haruan, sepat dan puyu. Saya cuma nak kongsi aktiviti disini, mungkin ia dapat mengubat kerinduan bagi mereka yang dah lama tak balik kampung," ujarnya. Video-video aktiviti kampung yang dikongsi di Instagram dan TikTok miliknya turut dihujani dengan pelbagai komen. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Namun kata Nazirul, rata-rata netizen mengakui rindu kampung halaman sendiri gara-gara menonton video yang dihasilkannya. Dengan aktiviti macam ni, ia menggamit nostalgia dulu-dulu. NAZIRUL "Sekarang PKP, ramai netizen kata mereka dah lama tak balik kampung. Mereka kata seronok tengok kampung saya. "Dengan aktiviti macam ni, ia menggamit nostalgia dulu-dulu. Suasana macam ni 'rare' untuk kita jumpa sekarang. Video dikongsinya turut tular di TikTok. Menurut Nazirul, menerusi platform Insatgram dan TikTok, dia juga mahu berkongsi content berkaitan seni bina rumah tradisional Melayu. Berkongsi pengalamannya yang sudah empat tahun berjinak-jinak dengan hobi sebagai content creator, Nazirul berkata dia hanya menggunakan peranti telefon sahaja. Hasil yang diperolehi menerusi aktiviti menggagau ikan di sawah padi. "Nasihat saya kepada mana-mana individu yang baru nak berjinak-jinak, guna telefon pun boleh saja. "Selama beberapa tahun ini, saya hanya guna telefon. Tak pernah pakai dron atau kamera profesional. "Yang penting kita kena tahu subjek dan kreatif," ujarnya lagi. Untuk rekod, Nazirul memiliki 31,700 pengikut di TikTok dan 18,000 pengikut di Instagram. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!