suria

Aktif berborak di TikTok, followers sedar jejaka mix Melayu-Itali ini ada persamaan dengan Syamsul Yusof - “Rasa kelakar bila ramai tak percaya”

Jenjo menjadi perhatian apabila suaranya disamakan dengan pelakon Syamsul Yusof.

BUKAN sekadar berbual santai, seorang pemuda menggunakan aplikasi TikTok dengan memberi peringatan kepada masyarakat mengenai peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Di saat hendak 'sekolahkan' segelintir masyarakat yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika pandemik termasuk keluar rumah tanpa keperluan mendesak sewaktu sekatan pergerakan penuh (total lockdown), suaranya yang garau menjadi perhatian.

Selain disangka miming menggunakan audio suara Syamsul Yusof, segelintir netizen turut berkata suaranya mirip pelakon dan pengarah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah buat kejutan show di majlis kahwin 2 tahun lalu, pemuda 'rapper' kini dah ada video muzik lagu sendiri - "Teringin duet dengan Yuna"

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Siapa jejaka 'tinggi luar biasa' persis bintang Korea Lee Kwang Soo berjalan di tengah KL? - "Umur 5 tahun dah sama tinggi abang"

Siapa sangka di sebalik suara yang menjadi perhatian di TikTok itu, pemiliknya merupakan seorang pemuda kacukan Melayu-Itali, Lorenzo Irmann Farhan @ Caddeo Paolo.



Aksi Jenjo di aplikasi TikTok.

Anak muda berusia 20 tahun itu menjelaskan ia merupakan suara sebenarnya yang tidak dibuat-buat dan dia seorang yang suka berdepan dengan kamera.

"Tak sangka ada yang kata suara saya tu edit, disunting menjadi suara orang lain. Saya ni jenis selamba, jadi apa yang netizen lihat di video itu adalah saya yang sebenar.

"Rasa kelakar bila ramai tak percaya. Jadi, saya buat live di TikTok, borak-borak dengan followers di samping mereka boleh dengar suara sebenar saya," katanya kepada mStar sambil menambah ibunya berketurunan Melayu, manakala bapanya berasal dari Itali.



Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof. foto instagram syamsulyusoffilm

Disamakan dengan suara Syamsul Yusof bukanlah perkara baharu bagi pemuda yang lebih mesra disapa Jenjo ini, malah ia menjadi topik bualan dalam kalangan rakan-rakan.

"Bagi saya, tak sama suara saya dengan suara Syamsul Yusof kecuali kalau saya melakukan lenggok atau gaya percakapan dia seperti dalam filem-filem lakonannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ada yang minta saya berdialog seperti beliau, saya okay saja sebab memang menonton filem-filem lakonannya seperti Munafik," ujarnya yang berasal dari Dengkil, Selangor.

Dengan ketinggian 183 sentimeter, Jenjo berjinak-jinak menjadi model sambilan sejak awal tahun dan terbuka untuk menerima sebarang tawaran yang bersesuaian.



Dengan ketinggian 183 sentimeter, Jenjo bergelar model sambilan.

Selain membuat video dengan suara mirip Syamsul Yusof, anak tunggal itu turut melakukan suara-suara anime dan watak kartun seperti Mickey Mouse, Donald Duck dan Goofy.

"Kalau suara macam Syamsul Yusof, saya hanya gunakan suara asal tapi ikut gaya lenggok saja. Tapi kalau suara kartun, saya kena ubah ikut karakter watak masing-masing.

"Saya layankan saja permintaan follower, mengikut suara yang saya boleh buat. Saya memang suka menghiburkan dan cuba untuk menonjolkan bakat saya berlakon," katanya sambil menambah pernah mengikuti kelas lakonan pada 2019.

Kalau berpeluang untuk berlakon bersama Syamsul Yusof, bagi saya ia merupakan satu pencapaian terhebat kerana tak pernah saya bayangkan selama ini. Peluang itu tidak seharusnya dilepaskan!

JENJO

Menurut Jenjo, setakat ini dia belum mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang lakonan, namun mempunyai keinginan untuk menjadi pelakon sekiranya diberikan peluang.

"Jika ada peluang dalam bidang lakonan, sudah tentu saya tak akan lepaskan. Saya suka dengan lakonan Faizal Hussein yang berkarisma dan pengucapan dialog seniman negara Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang santai dan bersahaja," katanya yang turut mengagumi pelakon filem adiwira Thor, Chris Hemsworth.



Jenjo terbuka menerima sebarang tawaran peragaan dan lakonan.

Dikaitkan dengan Syamsul Yusof di TikTok, Jenjo yang mengimpikan watak aksi tidak menolak sekiranya diberikan peluang bergandingan dengan pelakon dan pengarah hebat itu.

"Nama Syamsul Yusof begitu besar dalam industri seni. Kalau saya dapat peluang berlakon, saya terima untuk menonjolkan bakat saya dalam bidang lakonan.

"Kalau berpeluang untuk berlakon bersama Syamsul Yusof, bagi saya ia merupakan satu pencapaian terhebat kerana tak pernah saya bayangkan selama ini. Peluang itu tidak seharusnya dilepaskan!" ujarnya dengan nada teruja.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain