HATI pasti 'berbunga-bunga' apabila menerima nota ucapan daripada penjual tatkala menerima barang yang ditempah, biarpun ia adalah permintaan sendiri. Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang gadis apabila nota yang diterima daripada penjual tidak seperti yang diharapkannya. "Saya sedih and final dah nak dekat," demikian nota ucapan yang ditulis oleh si penjual, menerusi satu video yang dikongsi gadis itu di aplikasi TikTok sehingga menimbulkan pelbagai reaksi. ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM order kek online untuk diri sendiri pada hari keputusan diumumkan, 'tagih' ucapan daripada staf premis ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar ucapan, pelanggan minta tulis karangan atas kek! Baker habiskan masa hampir sejam - "Kalau salah eja, memang habis!" Gadis berkenaan, Nurul Aqilah Mohamad berkata, nota ucapan itu diterimanya selepas membeli cookies dan choco jar secara dalam talian daripada seorang penjual tempatan. Antara tugasan yang sedang disiapkan oleh Aqilah. Pelanggan berusia 19 tahun itu menjelaskan bahawa dia membuat pembelian tersebut minggu lalu bagi menghilangkan perasaan sedih dan meredakan tekanan. "Saya kini menghadapi semester akhir untuk program asasi di universiti, dengan tugasan dan projek yang mencabar. Saya melalui minggu-minggu yang sibuk dan memenatkan. "Bila dalam tekanan atau bersedih, biasanya saya akan order makanan. Ya, antara cara saya mengatasi stres adalah dengan makan," katanya kepada mStar. Permintaan Aqilah yang dihantar kepada penjual. Pelajar program asasi seni bina dan reka bentuk alam sekitar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu berkata, selain membuat pesanan itu secara online dia turut meminta penjual itu untuk menulis sebarang nota ucapan untuk meredakan tekanan yang dihadapinya. "Bila bersedih, saya perlukan kata-kata semangat daripada seseorang termasuk seller. Satu perasaan seperti dihargai apabila baca mesej yang ditulis mereka. "Walaupun sekadar ucapan ringkas, tapi kata-kata semangat itu saya bayangkan ia seperti kata-kata dari hati. Satu motivasi buat saya," ujarnya yang lebih mesra disapa Aqilah. Maklum balas Aqilah berhubung nota ucapan. Dia yang berasal dari Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bagaimanapun tidak menyangka ucapan yang ditulis oleh peniaga bukanlah ucapan yang diharapkan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Aqilah, ini bukan pertama kali dia membuat permintaan untuk mendapatkan nota ucapan menerusi pembelian online dengan penjual bebas menulis sebarang kata-kata yang mampu menggembirakan dirinya. "Saya memang tak letak apa yang hendak ditulis kerana saya mahu ia ditulis secara random daripada seller, dan biasanya memang begitu, Tapi mesej yang ditulis adalah apa yang telah saya suarakan untuk request ucapan. Bila bersedih, saya perlukan kata-kata semangat daripada seseorang termasuk seller. Satu perasaan seperti dihargai apabila baca mesej yang ditulis mereka. AQILAH "Saya memang tak sabar-sabar nak dapatkan cookies dan choco jar tu, teringin sangat nak makan. Sampai tertunggu-tunggu bila parcel nak dapat. "Mula-mula baca nota ucapan tu saya blur, siap tertanya-tanya berapa umur seller tu. Secara logiknya mana ada orang nak ucapan macam tu," katanya. Perbulan antara Aqilah dan penjual selepas videonya tular. Namun, anak bongsu daripada lima beradik itu mengakui kemungkinan berlaku salah faham antara kedua-dua pihak sehingga nota ucapan ditulis sebegitu. "Bila video saya di TikTok dah viral, saya mula risau kerana mungkin akan memberi kesan kepada seller. Bila saya mesej seller, dia tergelak. "Barulah dia faham maksud sebenar request saya, dan saya sepatutnya beri penerangan mengenai permintaan saya tu dengan lebih jelas. "Walau bagaimanapun, antara saya dan seller baik-baik je, siap bergurau lagi. Alhamdulillah, cookies dan choco jar tu membantu meredakan stres saya," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!