SIAPA yang tidak sedih apabila menerima khabar duka disahkan positif Covid-19. Namun berbeza pula dengan seorang pesakit Covid-19 yang kelihatan ceria pada hari dibawa ke pusat kuarantin. Menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok, pemuda berkenaan dilihat lincah menari sewaktu menunggu ketibaan ambulans. ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga peluk cium atuk usia 74 tahun positif Covid-19, ahli keluarga perjelas hal sebenar... video 'lain dikongsi di media sosial, lain yang viral' ARTIKEL BERKAITAN: Jadi pesakit paling muda, imam bangga dengan tindakan anak di wad Covid-19... tak sangka ada yang gigih cari info anaknya ketika kuarantin Pemuda berkenaan, Syed Yazid Alhady Syed Amir memberitahu, video yang dirakamkan oleh abangnya itu baru dikongsinya di aplikasi TikTok, beberapa hari lalu. Yazid semasa di pusat kuarantin. Anak muda berusia 26 tahun itu berkata, video berkenaan dirakam apabila dia disahkan positif Covid-19 pada 18 April lalu selepas menjadi kontak rapat kepada seorang rakan. "Saya dapat panggilan memaklumkan ambulans akan datang jemput saya pada pukul 9 malam. Masa tu bulan Ramadan, jadi saya siap mengemas sebelum waktu berbuka puasa. "Pukul 8 malam lagi saya dah ready. Pukul 9 sampai 10 malam, ambulans tak datang lagi. Jadi saya menyanyi dan menari dahulu lagu Dunia Belum Berakhir nyanyian Shaden bagi menghilangkan nervous (gemuruh) menunggu," katanya kepada mStar, merujuk kepada lagu yang dipopularkan oleh kumpulan dari Indonesia. Lebih mesra disapa Yazid, bekas pesakit Covid-19 itu berkata, dia sempat berkaraoke beberapa lagu sebelum ambulans tiba di rumah pada pukul 11.30 malam untuk menjemputnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Sebenarnya saya nervous sebab ambulans nak datang ambil memandangkan saya dah lama tak jejakkan kaki ke hospital, pergi klinik pun teramat jarang. "Bila saya akan dihantar ke pusat kuarantin membuatkan saya bertambah gemuruh sampai fikiran macam-macam," ujarnya yang berasal dari Bayan Baru, Pulau Pinang. Yazid pada mulamya bimbang sekiranya ahli keluarga turut dijangkiti wabak itu. Mengulas lanjut, anak bongsu daripada empat beradik itu mengakui berasa amat bimbang selepas keputusan ujian swabnya mengesahkan dia positif Covid-19. "Masa tu saya lebih bimbang dengan ahli keluarga yang tinggal serumah. Saya takut kalau mereka turut dijangkiti disebabkan saya. "Nak beritahu keluarga mengenai saya positif Covid-19 pun dah cukup berat. Rasa bimbang tu mengatasi perasaan sedih sendiri," katanya yang syukur apabila semua ahli keluarganya disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan Covid-19. Kalau terlalu layan emosi memang tak ada faedah. Kita kena atasi perasaan sedih tu dengan aura dan semangat yang positif SYED YAZID Yazid yang menjual cookies dan choco jar berkata, selama ini dia meluangkan masa dengan aktiviti karaoke dan menari bagi meredakan tekanan. "Lagi banyak fikir, lagi serabut kepala. Tak ada faedah pun kalau rasa tertekan. Jadi, saya perlu lakukan sesuatu untuk sentiasa berfikiran positif. "Salah satu cara adalah dengan berkaraoke dan menari. Jadi, masa saya menari sementara tunggu ambulans tu bukan sekadar suka-suka, tapi saya ada semangat yang positif," ujarnya yang bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan. Yazid berusaha untuk berfikiran positif bagi meredakan tekanan. Bagi mengelakkan kebosanan dan rasa sedih sepanjang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Kecemerlangan Mara (MEC) di Jawi, pemuda itu berhubung dengan rakan-rakan lama menerusi panggilan video. "Masa itulah saya call rakan-rakan lama, malah dari zaman sekolah yang dah lama tak berhubung. Saya bertanya khabar, ada juga saya kongsikan berita saya positif Covid-19. "Memang sedih bila kita positif Covid-19, tapi jangan layan perasaan sedih tu. Kalau terlalu layan emosi memang tak ada faedah. Kita kena atasi perasaan sedih tu dengan aura dan semangat yang positif," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!