suria

Remaja dakwa ada deria ke-6 suka kongsi video di TikTok, nampak gerbang ke alam bunian di belakang rumah - “Kalau benda hilang, mereka yang pinjam”

Iskandar yang juga seorang perawat perubatan Islam banyak berkongsi kisah mistik di TikTok.

SELAIN manusia, bumi ini juga didiami oleh makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar.

Hanya segelintir dalam kalangan kita yang dianugerahkan dengan 'deria keenam' apabila mereka mampu melihat makhluk ghaib, termasuklah remaja ini.

Menerusi aplikasi TikTok, remaja ini berkongsi pengalamannya yang mana dia mendakwa mampu melihat makhluk ghaib termasuk bunian, sejak hijab pandangannya 'terbuka' beberapa tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dedah bagaimana permulaan hijab pandangannya terbuka sejak usia 9 tahun - “Laju sangat terus tembus dalam dinding tandas”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengakuan gadis hijab terbuka, lihat moyang balik basuh pinggan, “Kakak nampak nenek hidup balik, dia senyum...”

Berkongsi cerita dengan mStar, Iskandar Muzafar berkata, dia mempunyai kebolehan tersebut sejak membantu ibunya yang merupakan seorang perawat Islam.

"Ibu saya seorang perawat yang meruqyah (memulihkan) pesakit akibat disantau, disihir dan sebagainya sejak hampir 11 tahun lalu. Dulu ibu saya buat seorang sahaja, namun ketika saya tingkatan tiga, ibu menyedari yang saya ada kebolehan.

"Dia tanya jika saya boleh membantu dan test saya dulu, sebelum mendapati saya ada kebolehan mengendalikan pesakit. Maknanya dah tiga tahun juga saya bantu ibu meruqyah pesakit.

"Mengenai makhluk halus ini, saya boleh nampak tapi bukan 24 jam, hanya ketika 'mereka' munculkan diri. Macam kawasan rumah saya terutama kebun di belakang rumah, adalah pintu gerbang untuk ke alam bunian.



Antara video kisah mistik yang dikongsikan oleh Iskandar di TikTok.

"Saya tak pernah masuk ke perkampungan mereka namun pernah melihat. Fizikal mereka tak jauh beza seperti manusia, cuma attitude mereka jauh lebih baik, contohnya mereka lebih alim. Manakala usia mereka tak meningkat tak berkurang," ujar remaja berusia 17 tahun ini sambil mendakwa, bapa saudaranya pernah memasuki perkampungan makhluk tersebut

Tambah Iskandar, makhluk itu kerap kali meminjam beberapa barangan daripada rumahnya seperti peralatan memasak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau ada benda yang hilang, merekalah yang pinjam. Memang dah biasa situasi ini. Namun mereka akan pulangkan semula," ujarnya.

Bercerita mengenai asal-usul bagaimana dia meruqyah pesakit yang diwarisi daripada ibunya, Iskandar berkata hanya dia seorang sahaja dalam adik beradiknya yang mempunyai kebolehan berkenaan.

Saya tak pernah masuk ke perkampungan mereka namun pernah melihat. Fizikal mereka tak jauh beza seperti manusia, cuma attitude mereka jauh lebih baik.

ISKANDAR MUZAFAR

"Ia juga disebabkan minat. Sepanjang tiga tahun bantu ibu, macam-macam pengalaman yang saya dah alami namun paling teruk pada tahun lepas dan juga tahun ini, di mana kami dipanggil meruqyah pesakit yang terkena sihir orang yang tak boleh tengok orang lain lebih daripadanya.

"Dari pagi sampai malam meruqyah, pesakit pula meracau teruk dan tenaga mereka melebihi kudrat kita. Memang ambil masa lama. Memang saya dan ibu akan rasai kesan sebab 'dibalas' semula, contohnya ia buatkan saya tak boleh lelapkan mata seminggu.

"Darah tinggi saya naik sampai doktor pelik kerana saya ni pelajar. Disebabkan itu juga saya sangat tak larat dan terdetik nak berhenti tapi lebih rasa kasihan nak bantu mereka yang teraniaya," ujarnya yang menetap di Kuala Lipis, Pahang.

Tidak menyangka video-videonya meraih perhatian dan rasa teruja netizen di TikTok, Iskandar berkata dia sekadar berkongsi pengalamannya untuk dimanfaatkan bersama orang lain.



Antara komen netizen yang teruja dengan perkongsian Iskandar.

"Saya kongsi tentang jin, amalan santau, sihir, saya beri cara bagaimana nak lindungi diri, amalan yang boleh kita praktik untuk elakkan perkara ini. Saya mahu sangat mereka tak jadi mangsa manusia yang berhati busuk suka aniaya orang dengan cara halus.

"Kalau orang minta share lagi, InsyaAllah saya akan share cuma sekarang ini jarang sikit sebab saya sedang ikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), waktu menjadi kekangan tapi saya cuba kongsi mana yang mampu. Setakat ini komen di TikTok semua positif malah ada yang kongsi pengalaman sama.

"Cuma ada yang komen dekat beberapa page Instagram, kata saya mengarut, benda tu tak wujud dan sebagainya. Satu saja, kita kena berdiri dulu di tempat orang tu, baru tahu benda tu betul atau tidak. Allah pun kata, manusia dan jin itu wujud.

"Tapi saya tak kisah, setiap orang ada pandangan masing-masing. Terpulang mahu percaya atau tidak. Cuma jika ada video saya dilihat oleh manusia yang suka aniaya orang cara macam ni, saya doakan mereka insaf kerana ia adalah syirik," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain