SIAPA yang tidak gembira apabila orang tersayang membuat kejutan sempena hari jadi. Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang wanita selepas menemui sebiji kek hari jadi yang tertera namanya dalam peti sejuk. "Kasihan suamiku, detik 12 dia terlelap. Tak apa sekejap lagi dia bangkit. Isteri buat-buat terkejut," tulisnya menerusi video yang dikongsinya di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Sengaja lupa birthday sebab nak buat prank, bagi hadiah pun kotak je gempak... suami tak sangka isteri menangis - "Dia marah saya sebab lain" ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan suami, berkali cuba buat kejutan tapi asyik gagal! Tahun ni isteri dapat kek birthday cair pula - "Saya tengok dia dah macam runner" Wanita berkenaan, Nor Jiha Jumiran berkata, kek hari jadi tersebut dibeli suaminya sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-41 pada 22 Jun. Kek hari jadi pemberian suami. Jelas Jiha, dia pada mulanya tidak mengharapkan sebarang kejutan memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini. "Sekarang ni PKP dan suami pula tak keluar rumah sebab dia bekerja dari rumah. Jadi saya tak harapkan apa-apa kejutan apatah lagi kek hari jadi. "Tapi malam sehari sebelum birthday, anak berusia 15 tahun beritahu ada kek di luar pintu rumah. Mulanya saya fikir tu mungkin kek hari jadi untuk saya," katanya kepada mStar. Jiha bagaimanapun ketika itu tidak mengambil serius mengenai perkara itu kerana sedang sibuk dengan tugasan kerja. "Masa nak dekat pukul 12 tengah malam, saya berada di dapur dan nak masukkan baki makanan ke dalam peti sejuk. Masa itulah saya nampak ada sebiji kek di dalamnya. "Kotak kek telah dikeluarkan mungkin sebab tak muat dalam peti sejuk. Tapi masa tu suami dah terlelap di bilik, agaknya kepenatan bekerja," ujarnya yang berasal dari Klang, Selangor. Jiha bersama anak bongsu ketika kejutan hari jadi dibuat suaminya, pada 2020. Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kemudian mengambil keputusan untuk mengejut suaminya kerana bimbang ada sesuatu yang telah dirancang. "Biasanya suami memang buat kejutan tengah malam macam tahun lepas. Takkan saya nak tunggu sampai pukul 1 pagi. "Saya kejutkan suami elok-elok, saya tanya sama ada dia masih ada kerja yang nak dibuat sebab biasanya memang dia selalu buat kerja tengah malam, atau nak sambung tidur. Jarang buat kejutan tu lagi terasa kesannya bila suami buat kejutan. Menusuk dalam hati. Memang sweet sangat NOR JIHA "Suami terjaga, terus bangun dan pergi bilik air. Selepas itu baru suami pergi ke dapur dan buat kejutan birthday. "Saya masih terkejut sebab memang tak sangka suami masih buat kejutan semasa PKP ni. Kejutan tu menjadi, suami buat pukul 12.08 tengah malam," katanya mengenai suaminya yang berusia 45 tahun. Jiha (tengah) bersama keluarganya menyambut hari ulang tahun ke-41. Jiha berkata, dia hanya memaklumkan kepada suaminya bahawa dia terlebih dahulu sudah tahu mengenai kejutan tersebut selepas memotong kek. "Dia pula terkejut cakap lah dah tahu ke. Saya okay je, lagi happy sebab terharu dengan effort suami yang beli birthday cake tu secara online," katanya yang merupakan penjawat awam. Sejak mendirikan rumah tangga selama 16 tahun, Jiha yang juga mengusahakan bisnes seluar terapi kesihatan itu turut menyifatkan suaminya seorang yang pemalu, tegas dan penyayang. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Suami saya ni tak romantik sangat, tapi dia amat mementingkan kekeluargaan. Kalau selalu romantik rasa biasa-biasa je. "Jarang buat kejutan tu lagi terasa kesannya bila suami buat kejutan. Menusuk dalam hati. Memang sweet sangat," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!