suria

Minta kerja di McD selepas kejadian tak cukup duit bayar sundae cone, wanita ini tak sangka berjodoh dengan staf yang ‘selamatkan’ dirinya

Pertama kali bertemu secara tidak sengaja pada 2019, pasangan ini akhirnya disatukan sebagai suami-isteri pada Januari lalu.

KALAU dah jodoh, pasti tak ke mana.

Begitulah kisah penyatuan dua hati pasangan berusia 24 tahun ini yang selamat menjadi suami isteri pada tanggal 1 Januari 2021.

Menurut Nur Farhana Mohd Radzi, dia bertemu suaminya, Muhammad Aniq Aqmar secara tidak sengaja di sebuah restoran makanan segera di Puncak Alam, Selangor pada tahun 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki gagal tahan air mata ketika sebut ‘aku terima nikahnya’, rakan MRSM sejak Form 2 sah jadi isteri - “Banyak kami dah lalui bersama”

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa ‘jodoh’ baju sama masa buat reviu makanan, Instafamous nafi bertindak melampau - “Kalau dengan perempuan rasa lain sikit”

"Pada waktu itu saya datang McDonald's untuk beli ais krim sundae cone. Saya baru balik kerja dan bawa duit syiling saja.

"Kebetulan duit tak cukup. Sebelum tu saya kira dah cukup. Suami saya merupakan pekerja di sana. Jadi dia tolong bayarkan untuk saya.

"Pada waktu itu juga, saya rakam video dia secara suka-suka sebab dia dah tolong bayar," ujarnya yang mesra disapa Hana.

Menurut Hana, sekitar tiga bulan selepas itu, dia turut diterima masuk untuk bekerja di cawangan restoran makanan segera itu dan mula berkawan rapat dengan suaminya.

Hana kini sama-sama bekerja di McDonald's bersama suaminya.

Namun katanya, mereka tidak pernah bercinta secara rasmi, malah segalanya berlaku secara spontan sahaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ketika kejadian tak cukup duit nak bayar ais krim tu, saya masih kerja di sebuah butik pengantin.

Kami cuma berkawan. Kami tak pernah declare bercinta.

HANA

"Tiga bulan kemudian, saya berhenti kerja dan masuk jadi barista di Mc'D tempat suami bekerja. Tapi masa tu dia pun ada teman wanita.

"Tapi hubungan mereka masa tu dah macam tak boleh diselamatkan. Dia selalu bercerita pada saya. Saya juga baru putus cinta. Tapi saya tak lah ambil kesempatan.

"Kami cuma berkawan. Kami tak pernah declare bercinta. Kemudian masa raya tahun lepas, mak dia tanya pasal kami.

"Terus kami bertunang pada pertengahan tahun lepas dan seterusnya kahwin pada Januari lalu," ujarnya panjang lebar.

Kata Hana, dia sama sekali tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan cara itu.

Pasangan ini disatukan pada 1 Januari lalu.

Namun katanya, dia gembira apabila dapat bekerja di bawah satu bumbung bersama suaminya.

Malah, Hana turut berkongsi video ringkas mengenai kisah mereka melalui aplikasi TikTok.

"Video tu saya baru saja post di TikTok. Saya cuma nak kongsikan mengenai kisah jodoh kami.

"Sebenarnya ramai juga yang berkahwin dengan rakan sekerja," ujarnya yang menetap di Puncak Alam.

Menurut Hana lagi, mereka berdua merupakan anak sulung dan dia cukup mengagumi perwatakan suaminya itu.

"Suami saya merupakan bekas pelajar tahfiz. Dia seorang yang soft spoken, pandai mengaji dan tak banyak cakap.

"Itu antara sifat dia yang saya kagumi," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/06/28/minta-kerja-di-mcd-selepas-kejadian-tak-cukup-duit-bayar-sundae-cone-wanita-ini-tak-sangka-berjodoh-dengan-staf-yang-selamatkan-dirinya
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain