SIAPA yang tidak gembira apabila dapat melangsaikan hutang yang tertangguh sekian lama, yang mana kegembiraan itu dikongsi di aplikasi TikTok. Begitulah yang dirasai oleh seorang wanita yang menitiskan air mata setelah akhirnya berjaya melunaskan pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Wanita berkenaan, Ummi Zuhaira Akmal berkata, video tersebut dirakamkan suaminya selepas dia membayar baki pinjaman PTPTN berjumlah RM14,000 pada Januari 2020. ARTIKEL BERKAITAN: Doktor akui 'tewas' dengan kebijakan rakan pencuri ketika di asrama, selepas 15 tahun terima mesej mengejutkan - "Tak tahu nak terharu ke gelak" ARTIKEL BERKAITAN: Yuran tertangguh malu nak minta mak ayah, nasib baik anak Tuaran ini kreatif... duit jual gelang penyelamat pelajar UPSI Namun, wanita berusia 31 tahun itu tidak menyangka video yang baru dikongsinya di aplikasi TikTok pada hujung minggu lalu meraih perhatian ramai dan berharap perkongsian itu dapat memberi inspirasi kepada masyarakat. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya buat pinjaman PTPTN kira-kira RM22,000 ketika belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang dan tamat pengajian pada akhir 2012. "Selepas tujuh tahun, saya akhirnya berjaya menyelesaikan baki pinjaman RM14,000 dengan hasil bisnes saya selama dua tahun bermula 2018," katanya kepada mStar. Foto kiri Iera tamat pengajian. Foto kanan Iera (belakang) bersama ibu dan arwah bapa. Perjalanannya untuk melunaskan pinjaman itu bukannya mudah kerana peringkat awal gaji bersih bulanannya sebagai pembantu akauntan adalah kira-kira RM1,800. Lebih mesra disapa Iera, katanya, dia juga mempunyai komitmen lain seperti bayaran ansurans kereta, utiliti dan menanggung ibunya yang kini berusia 54 tahun. "Sebelum bayar baki tunggakan tu bukannya saya tak bayar langsung. Cuma tak konsisten, malah beberapa bulan pernah tertunggak hingga dapat surat notis daripada PTPTN. "Malah permohonan saya untuk mendapatkan loan kereta sangkut pada 2018 sebab bayaran PTPTN saya tak cantik. Jadi, tahun yang sama saya tekad untuk melakukan bisnes bagi menjana pendapatan sampingan," ujarnya yang berasal dari Batang Kali, Selangor. Iera menyediakan khidmat jurusolek dan mengusahakan bisnes produk penjagaan kulit. Mengusahakan bisnes produk penjagaan kulit dan khidmat jurusolek, anak keenam daripada 10 beradik itu mengharungi dugaan hebat apabila menjadi mangsa penipuan Macau Scam pada 2018. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya mengalami kerugian RM11,000. Ikutkan saya target habis bayar PTPTN pada 2019. Dalam hati saya tertanya kenapalah begitu berat dugaan yang menimpa saya. "Masa tu saya rasa down teruk sangat. Ibu dan suami yang menguatkan semangat saya, dan leader bisnes saya juga banyak membantu," ujarnya sambil menambah reda dengan kejadian yang menimpanya dan menganggapnya sebagai ujian dalam perniagaan. Iera mendapat sokongan suami dan keluarganya. Atas sokongan itu, Iera berkata, dia bangkit semula untuk meneruskan misinya hingga berjaya menyelesaikan bayaran pinjaman PTPTN pada awal 2020. "Saya menangis bila tandatangan surat pengesahan habis bayar tu. Bayar RM14,000 sekali gus bukannya sikit, siapa tak sayang duit kan. Macam tak percaya, syukur Alhamdulillah. Saya menangis bila tandatangan surat pengesahan habis bayar tu. Bayar RM14,000 sekali gus bukannya sikit, siapa tak sayang duit kan. Macam tak percaya, syukur Alhamdulillah. IERA "Berkali-kali saya menangis dari siang sampai ke malam sebab terharu. Pegawai PTPTN kata 'Tahniah! Awak dah bayar penuh' pun saya menangis. Hari tu saja lapan kali saya menangis, termasuk bila peluk suami, peluk ibu kerana gembira dan bersyukur sangat," katanya. Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut melupakan hasrat untuk bercuti ke luar negara bersama keluarga sempena ulang tahun perkahwinan keenam pada Februari 2020. Iera berharap perkongsiannya memberi inspirasi kepada masyarakat. "Ikutkan saya boleh je bayar separuh dulu baki tunggakan PTPTN daripada jumlah RM14,000 dan gunakan separuh untuk bercuti ke Korea Selatan sempena anniversary. "Tapi bayar tunggakan PTPTN lebih diutamakan. Kami tukar plan dan hanya bercuti dalam negara, dan selepas itu rancangan seterusnya untuk bercuti ke Korea pula tertangguh disebabkan pandemik Covid-19 dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pada Mac 2020 sampai sekarang," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!