suria

Huru-hara PdPR si cilik pra sekolah... jawapan spontannya bila ditanya fungsi tandas buat ramai pecah perut, ber'Tuah' punya budak!

Terhibur dengan jawapanya Khalis, cikgu tadika tak jadi untuk tunjuk garang ketika mengajar.

SELARAS dengan norma baharu, melaksanakan aktiviti pembelajaran di rumah sudah menjadi rutin buat ibu bapa bagi memastikan anak-anak sentiasa mendapat peluang mengikuti pendidikan meskipun tidak dapat hadir di sekolah.

Bukan mudah untuk memastikan anak sentiasa bersedia dan memberi perhatian sepenuhnya ketika belajar, tambah pula terdapat pelbagai gangguan sehingga membuatkan mereka kurang fokus.

ARTIKEL BERKAITAN: Video TikTok cecah 2.6 juta tontonan, komen kecaman pun banyak! Lepasan SPM cuma mengadu kepada ibu digelar biawak gara-gara lidah terjelir

Lain pula kisah si kecil ini yang baru berusia empat tahun, apabila dia tersalah jawab ketika belajar tentang fungsi tandas bersama ibu saudaranya yang juga guru tadika bernama Ummi Umairah Umiruddin.

Menetap di Taman Sentosa di ibu negara, Ahmad Luth Khalish Ahmad Helmi disifatkan sebagai kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap tidak kira sama ada bersama keluarga mahupun orang luar.



Gembira bersama mak saudaranya yang juga merupakan guru tadika

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Bercerita tentang telatahnya, Ummi Nur Insyirah Umiruddin, 21 yang merupakan adik kepada Cikgu Umairah berkongsi kejadian itu di aplikasi TikTok sehingga mendapat hampir 500,000 tontonan dan kira-kira 30,000 komen.

Tak disangka, rata-rata ramai terhibur dengan jawapannya yang lucu dan spontan itu.

“Sebenarnya yang mengajar dia tu kakak saya, kira mak saudara kepada Khalish yang juga guru tadika dia, jadi Khalish akan lebih serius berbanding orang lain ajar. Selalunya kalau orang lain susah sikit dia nak fokus, kadang-kadang banyak main.

“ Ikutkan masa dia salah jawab ‘kentut’ tu nampak gaya dia macam nak bergurau, tapi bila tengok balik cara dia jawab spontan, dan nampak dia takut nak bergurau sebab tu cikgu dia kan.

“ Kakak saya gelak, baru dia hilang rasa takut tu.

Lebih mesra dipanggil Insyirah, dia menceritakan anak saudaranya itu baru kali pertama mengikuti kaedah PdPR dan sebelum ini agak berbeza sedikit berbanding belajar di tadika.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“ Sebab kakak saya cikgu, kadang-kadang dia akan bawa Khalish sekali tapi bila dah pandemik ni memang belajar di rumah sahaja, sebelum kejadian tersasul tu sebenarnya Khalish banyak kentut mungkin itu yang tersalah jawab bila ditanya," katanya berseloroh sambil menambah Tuah adalah nama timangan anak saudaranya yang selalu dipanggil atuknya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
viral, si kecil, lokal, gelagat, pdpr, belajar, rumah

Artikel Lain