suria

Dulu takut, sekarang manja... telatah 3 anjing hilangkan penat bekerja, anak tauke getah akui haiwan peliharaan sanggup mati demi tuannya

Video Jojo berusaha mengejar kenderaan dinaiki Lily mendapat hampir satu juta tontonan.

VIDEO seekor anjing berwarna hitam berusaha sedaya upaya mengejar kenderaan tuannya yang sedang memecut laju baru-baru ini ternyata menyentuh perasaan netizen.

Setakat ini video perkongsian Lily Nur Elliyana Mohamad, 19 telah mendapat hampir satu juta tontonan dengan 99,000 tanda suka.

Bercakap kepada mStar, Lily berkata anjing tersebut yang diberi nama Jojo merupakan anjing belaan keluarga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tawakal! Rela korbankan simpanan lebih RM2, 000 walau harapan si bulus hidup tipis, adakah keputusan siswi ini selamatkan kucing kena sawan tepat?

ARTIKEL BERKAITAN: “I hope you tercekik makan madu” - Parcel sampai, barang dipesan bapa ‘ghaib’... lebih musykil tengok bahagian bawah kotak terkoyak dilekat pita

Selain Jojo, Lily berkata mereka mempunyai dua lagi anjing iaitu Ciko dan Bingo yang dibela bagi tujuan menjaga kebun getah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan daripada haiwan perosak seperti kera dan beruk.

“Kami memang bela untuk jaga kebun getah yang baru ditanam, ketiga-tiganya memang akan escort kami kemana-mana selagi boleh ikut.

“Cumanya yang dalam video viral tu, Jojo nak ikut kami tapi kami tak bagi sebab nak pergi kilang getah tu jauh.

“Jadi kami bawa kereta laju, kalau dah tertinggal jauh Jojo akan patah balik, tapi selagi dia nampak bayang kereta selagi tu dia akan ikut, ” katanya.



(Dari kiri) Bingo, Jojo dan Ciko.

Menurut Lily walaupun sedar anjingnya itu selamat, melihat keletah haiwan kesayangannya itu tetap menimbulkan perasaan hiba dihatinya.

‘Memang sedih dan kesian tengok dia lari macam tu, tapi memang naluri anjing dia akan ikut ke mana tuannya pergi, ” katanya.



Ketiga-tiga haiwan perliharaan Lily dan keluarganya menghalau sekawan lembu yang menghampiri kebun getah mereka.

Namun kata Lily dia akan membenarkan haiwan peliharaan mereka mengekori kenderaan sekiranya kawasan yang mereka pergi berdekatan.

“Mereka ni tinggal dekat pondok yang kami sediakan di kebun getah. Kalau katakan kami nak pegi ambil getah tu kami benarkan mereka ikut sekali sebab jaraknya cuma sekitar dua kilometer.

“Cuma kalau nak mereka ikut kena bawak kereta slow, ” katanya.



Video perkongsian Lily di mengenai anjing perliharaan keluarganya itu sering menarik perhatian warga netizen ke laman TikToknya.

Menurut Lily, ketiga-tiga haiwan peliharaannya ini dibela mereka sekeluarga sejak kecil lagi.

“Mula-mula kami ambil Bingo dulu, kemudian Jojo dan Ciko, semuanya kami beli di perkampungan Orang Asli, ” katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Lily, selain melindungi mereka dan kebun, telatah anjing-anjing jantan ini turut menghiburkan hati terutama setelah seharian penat bekerja.

“Perangai mereka ni memang mencuit hati, manja dan cerdik.

“Dengan nak ikut ke sana sini, lepas tu perangai acah-acah halau lembu yang nak masuk kawasan kebun kami, tapi sebenarnya ketiga-tiganya kawan je dengan lembu tu.

“Kadang-kadang bila tengah penat kerja tu, boleh hilang rasa penat bila tengok gelagat anjing-anjing tu, ” katanya.



Ketiga-tiga haiwan peliharaan keluarga Lily ini tinggal di pondok yang terletak di kebun getah mereka.

Menurut Lily, memelihara anjing bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk kampung terutama sekali Orang Asli.

“Masyarakat kampung ni memang normal bela anjing di kebun lagi pun di hujung kampung ada perkampungan Orang Asli, satu rumah Orang Asli bela anjing sampai enam tujuh ekor sama macam kita bela kucing.

“Anjing ni memang akan bagi 100 peratus kesetiaan dan mereka sanggup mati demi tuan mereka," katanya.

Mengakui dia sendiri mempunyai perasaan takut pada anjing lain, Lily berkata anjing bagaimanapun boleh dijinakkan sekiranya mereka dilayan dengan baik.

“Mula-mula dulu saya pun takut tapi kita perlu jinakkan mereka secara perlahan-lahan, bagi makan, layan dengan baik jadi lama-lama kita dianggap tuan, sama macam kucing boleh jadi manja.

“Macam saya sekarang anjing saya memang tak takut tapi tengok anjing orang lain takut juga tapi anjing ni simple je, kau tak kacau aku, aku tak kacau kau, ” katanya menambah setakat ini anjingya tidak pernah menyergah orang lain.

Anjing ni memang akan bagi 100 peratus kesetiaan dan mereka sanggup mati demi tuan mereka.

- LILY NUR ELLIYANA MOHAMAD

Menurut Lily anjing-anjing peliharaan mereka akan sentiasa menjaga kawasan yang dianggap hak milik tuan mereka.

“Anjing ni akan warning orang asing yang masuk kawasan tuannya.

“Macam kalau ada orang parking motor atau kereta depan kebun memang akan cepat bertindak dengan menggunakan deria bau, kalau bau asing tapi nampak tuan sambut, jadi secara automatik bermakna tuannya selamat, ” terangnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain