SIAPA yang suka apabila berat badan naik mendadak.Apabila berasa tertekan dan hilang keyakinan diri, tanpa sedar kita mengambil tindakan yang boleh memudaratkan kesihatan. Bagi Suhaili Salleh,29, pengalaman yang ditempuh ketika menghadapi situasi tersebut merupakan 'guru' terbaik untuk membentuk dirinya yang baharu. ARTIKEL BERKAITAN: “Dari kecil tak pernah rasa kurus” - Gadis turun hampir 18kg selepas buat 9 perkara, produk pelangsingan hanya tambah stresARTIKEL BERKAITAN: Turun 36kg! Gadis ini pernah digelar badak, dugong... tak sangka nak berkawan pun ramai pilih yang slim - “Saya cuba kurangkan nasi, hasilnya agak lambat” “Saya mula berniaga secara online sejak umur 19 lagi. Saya jual pakaian pada waktu itu dan ketika itu belum ramai lagi yang jual online. Nak order pun kena guna email, “Mula-mula saya berniaga kerana saya minat. Namun lama- kelamaan keadaan bertukar menjadi terdesak kerana ibu bapa saya bercerai. Saya perlu menanggung mama dan adik-adik yang masih bersekolah ketika itu," kata Suhaili ketika dihubungi mStar. Anak kelahiran Alor Setar, Kedah dan menetap di Cheras ini berkata, pada waktu itu dia perlu membahagikan masa antara kerja dan pelajaran kerana sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.Suhaili mengakui tekanan yang dihadapinya ketika menjalankan perniagaan dan berkahwin pada usia muda menyebabkan berat badannya naik mendadak. "Ketika ibu bapa saya bercerai, saya dan adik-adik tiada tempat bergantung. Mama saya seorang suri rumah. Sebagai anak sulung, saya perlu bertanggungjawab sebab itu saya usahakan juga cari sumber pendapatan untuk menyara seisi rumah, “Mujur cita-cita saya sejak kecil nak mempunyai perniagaan sendiri. Saya memang seronok menjadi usahawan. Jadi memang dari zaman belajar saya menggunakan duit hasil perniagaan saya untuk menampung hidup,” ceritanya.Ditanya mengenai cabaran yang dilalui ketika melalui situasi tersebut, jelas Suhaili, perkara itu merupakan pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.“Keadaan memang mencabar masa tu. Bayangkan saya perlu bahagikan masa antara berniaga dan belajar. Pernah suatu ketika saya dihalau rumah kerana tidak mampu membayar sewa. Mujur ada rakan yang membantu meminjamkan duit ketika itu," katanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pada 2014, Suhaili kemudian memilih untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda bersama suaminya yang juga penuntut di UTM. Mereka berkahwin ketika masing-masing masih menuntut di semester lima.Suhaili bersama suaminya, Syukri Harish."Saya dan suami sudah kenal lama. Ibu mertua saya yang minta segerakan perkahwinan sebab tahu keadaan saya ketika itu. Bila dah berkahwin sekurang-kurangnya ada orang boleh jaga saya, “Tapi bukanlah senang-senang saya boleh kahwin. Saya kumpul duit sendiri daripada hasil saya menjual pakaian ketika itu,"Selepas berkahwin saya tetap berniaga. Waktu itu saya mula berniaga pakaian dengan modal yang lebih besar . Saya hantar pakaian saya di butik-butik kecil dan vendor. Pada waktu malam saya berniaga di Uptown Pulau Pinang, “Masa tu saya mengalami kerugian yang teruk kerana terlalu banyak perkara yang saya fokus. Mungkin pada waktu itu saya terlalu tamak dan terdesak untuk cari duit." katanya. Mengimbau cerita lalu yang mana dia pernah gagal dalam perniagaan, Suhaili pernah mengharungi fasa tekanan sehingga berat badannya bertambah. Suhaili berjaya turunkan berat badan dengan menggunakan teh herba dan bersenam. “Banyak faktor yang buat saya tertekan dulu. Lebih-lebih lagi bila fikir tentang perniagaan yang tidak berjaya sampai saya hilang sumber pendapatan. Banyak sangat perkara yang saya nak buat dalam satu masa dan saya juga kurang ilmu pada waktu itu,"Selain akibat tekanan, awal-awal perkahwinan dulu saya rajin memasak dan ibu mertua juga selalu masakkan untuk saya. Waktu itu saya memang makan saja. Sedar-sedar berat badan saya semakin naik,"Selalunya saya yang jadi model untuk pakaian yang saya jual. Bila berat badan bertambah, saya tak boleh pakai baju yang saya jual," katanya.Suhaili juga pernah diejek kerana fizikalnya sehingga nekad untuk mengambil pil kurus. Masa berat badan saya naik dulu, macam-macam perlian saya terima. Ada yang sampai membandingkan saiz badan saya dengan suami. Ada juga yang kata saya kelihatan lebih berusia daripada umur saya. SUHAILI SALLEH USAHAWAN “Pada waktu itu macam-macam cara diet saya ikut tapi biasalah kita mesti nak kesan yang cepat. Tanpa fikir panjang saya telan sejenis pil kurus dan seharian saya berpeluh tanpa henti. Rupa-rupanya suami saya cerita saya dah pengsan di ruang tamu," katanya. Pengalaman Suhaili menghadapi fasa berat badan bertambah telah membuka jalan untuknya mengusahakan perniagaan teh herba. “Suami saya ramai kawan berbangsa Cina. Dia syorkan saya cuba herba Cina untuk turunkan berat badan. Mula-mula tak nampak perubahan. Tapi selepas saya minum secara konsisten dan bersenam, saya perasan berat badan saya menurun daripada 74 kilogram (kg) kepada 56 kilogram. Tak percaya boleh turun sampai 18 kilogram dalam masa 2 bulan 3 minggu,” ujarnya.Penampilan terkini Suhaili."Dari situlah saya mula mengusahakan perniagaan teh herba. Teh herba ini membantu mengurangkan berat badan. Kini sudah 5 tahun saya dan suami menjalankan perniagaan ini dan mempunyai syarikat sendiri di Cheras,"Bercerita tentang keadaan semasa yang sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan, Suhaili akui perniagaan yang diusahakannya juga turut menerima tempiasnya."Semua orang yang mempunyai perniagaan memang akan terkesan dengan keadaan ketika ini. Bukan sahaja ahli perniagaan, kita semua memang sedang struggle,""Cuma saya harap kita semua sama-sama kuat hadapi cabaran ini. Apa yang penting jangan berhenti berusaha. Tiada siapa yang boleh kawal diri kita. Kita sahaja yang boleh kawal diri sendiri," ujar Suhaili. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!