BAGI penunggang motosikal, semestinya mereka akan mengelak untuk melakukan perjalanan ketika lewat malam. Bayangkan sekiranya motosikal meragam atau terserempak dengan 'makhluk' menyeramkan di tengah-tengah lebuh raya ketika jalan sunyi di awal pagi, pasti lain pula ceritanya. Namun berbeza pula dengan seorang pemuda ini yang 'terlebih berani' apabila sempat merakamkan entiti menyerupai seorang gadis di pinggir kebun kelapa sawit pada pukul 2.20 pagi! ARTIKEL BERKAITAN: Bagai nak luruh jantung... 3 remaja terserempak entiti seram pukul 1 pagi, salah seorang hampir demam terkejut - “Sampai ke tempat tu, dah tak ada” ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar beranikan diri hampiri lelaki tersadai tepi highway jam 2 pagi, kesudahannya tuntun motor lebih 20km lalu Jambatan P.Pinang! "2.20am ada gadis menangis, " tulisnya pada video yang sempat dirakam ketika dia berhenti di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) baru-baru ini. Menerusi video berdurasi 56 saat itu, kelihatan jelas sosok entiti menyerupai seorang gadis yang sedang berdiri kaku di tepi sebatang pohon kelapa sawit selepas pemuda itu menggunakan mode 'zoom in' pada kamera telefon bimbitnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Sehingga kini video berkenaan meraih lebih daripada 1.5 juta jumlah tontonan. Berkongsi insiden menyeramkan tersebut, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Jaysee berkata ketika itu dia dalam perjalanan dari Cyberjaya menuju ke selatan. "Sebenarnya sebelum insiden dengan 'gadis' tersebut, saya menghantar barang kepada seorang rakan. Dia bagi location rumahnya, namun rupa-rupanya location tersebut berdekatan dengan kawasan perkuburan. "Masa dekat situ, saya mesej dia beritahu dah sampai tapi dia tak balas sebab tertidur. Masa tengah tunggu, saya pusing-pusing sebab tak familiar dengan kawasan tersebut. Masa jenguk sebelah tembok, baru nampak kubur. Jaysee tersesat ke kawasan tanah perkuburan sebelum insiden terserempak dengan 'gadis' dalam kebun kelapa sawit. "Masa tu dah lama juga tunggu tapi sebab dia tak sampai-sampai, saya bergerak sebab perlu bertemu dengan bos di Cyberjaya. Selepas selesai urusan dan nak menghala ke selatan semula, saya berhenti tepi highway sebab dahaga. "Saya buat 'live' kejap sebab saya seorang 'streamer'. Ketika itulah saya terdengar sayup-sayup bunyi seperti gadis menangis. Terus saya 'end live' dan rekod. Mula-mula tak nampak apa pun, tapi saya 'zoom ini' baru nampak," kata pemuda berusia dalam lingkungan 30-an ini. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Kata Jaysee, sungguhpun nada suaranya kedengaran seperti seorang yang berani di dalam video tersebut, namun pemuda ini mengakui dia sebenarnya sama seperti orang lain yang ketakutan selepas menyedari kewujudan 'makhluk' tersebut. "Pertama, saya yakin 'benda' tu tak akan datang sebab saya berdiri di kawasan yang terang, bawah lampu jalan. Benda tu suka kawasan gelap. Dalam hati tawakal moga-moga motor saya tak buat hal masa tengah pecut tu. Mujur tak ada apa-apa berlaku. JAYSEE "Selepas rekod, saya terus pecut motor. Tak ada berani pun walaupun ramai komen tanya macam mana saya beroleh keberanian. "Memang masa pecut motor tu, saya tak pandang kiri kanan dah. Tengok lurus je ke depan. Dalam hati tawakal moga-moga motor saya tak buat hal masa tengah pecut tu. Mujur tak ada apa-apa berlaku," ujar pemuda yang sudah lapan tahun bergelar 'streamer'. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Jaysee dalam masa yang sama menafikan video tersebut adalah rakaman untuk tujuan 'content' semata-mata. Antara komen netizen terhadap perkongsian Jaysee. "Ya tak dinafikan dekat TikTok, ramai yang share video ala-ala seram atas sebab 'content' semata-mata. Kadang-kadang tak ada pun 'benda' dalam video tu, hanya content kosong je. "Tapi situasi saya ini, saya streamer yang memang buat 'live'. Tak sengaja langsung nak merakam 'benda' itu... tiba-tiba saja ia memunculkan diri. "Saya siap buatkan tanda anak panah dalam video untuk mudahkan orang melihat entiti yang saya maksudkan. Kalau video lain, bukan saja buat orang tercari-cari, malah langsung tak jelas. Sekarang ni netizen sendiri dah boleh berfikir, " ujarnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!