suria

Terkesan PKP suami isteri jadi rider, cuma sempat layan anak sebelum tidur... kongsi nasi sebungkus makan cepat-cepat bimbang terlepas job!

Foto kiri Atira (kanan) bersama suami menjadi penghantar makanan, foto kanan Atira bersama keluarga.

RAMAI yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan masing-masing berusaha untuk mencari rezeki halal demi kelangsungan hidup.

Pekerjaan sebagai penghantar makanan menjadi antara pilihan pekerjaan popular pada masa ini dalam kalangan rakyat Malaysia termasuklah pasangan suami isteri ini.

Sepadan memakai pakaian seragam warna merah jambu, kedua-duanya kelihatan serasi menjalankan tugas masing-masing untuk mencari rezeki demi menyara keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini sangat terdesak! Jual baju sendiri, isteri dan anak demi teruskan hidup... bimbang fikir kelahiran bayi kedua - "Pernah nak call hotline luah perasaan"

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sarat hamil gigih jual ikan masin demi sambut kelahiran anak sulung - "Suami buat COD tak okay, saya tolong jual online"

Atira Shafiqah Md Nijazli berkata, dia dan suaminya mendirikan rumah tangga sejak 2016 dan menetap di Banting, Selangor.

Wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, dia mula berkhidmat sebagai penghantar makanan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

"Saya merupakan pekerja am di sebuah kilang di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor tetapi diarahkan cuti tanpa gaji selama enam bulan apabila kilang perlu mengurangkan pekerja.

"Suami bekerja sebagai juruteknik di kilang lain berdekatan, dan menjadi rider secara separuh masa sejak tahun lalu bagi mencari pendapatan sampingan," katanya kepada mStar.

suami isteri foorpanda 3

Atira menjadi penghantar makanan selepas diarahkan mengambil cuti tanpa gaji.

Lebih mesra disapa Atira, katanya, suaminya yang berusia 28 tahun kemudian melakukan tugas itu sepenuh masa berikutan kilang di tempatnya bekerja tidak beroperasi berikutan PKP Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Anak kelahiran Bentong, Pahang itu bersyukur kerana suaminya memberi sokongan sewaktu dia menyuarakan hasrat untuk mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

"Bila beritahu suami yang saya nak jadi rider, dia on the spot setuju. Suami tak tanya pun sama ada saya boleh ke atau berani ke nak buat kerja-kerja tu yang biasanya lelaki yang buat.

"Dia tahu kemampuan saya dan faham sekarang ni bukan senang nak cari kerja. Kami suami isteri bersyukur masih ada kerja walaupun terkesan dengan PKP," katanya.

suami isteri foorpanda 4

Suami Atira pada mulanya menjadi penghantar makanan separuh masa.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, cabaran yang dihadapi adalah menguruskan masa bersama anak-anak kerana kedua-dua mereka bekerja hingga waktu malam.

"Anak-anak dijaga biras yang tinggal berdekatan apabila kami bekerja. Alhamdulillah, anak-anak memahami, dan kami meluangkan masa bersama mereka sebelum tidur," katanya.

Bila beritahu suami yang saya nak jadi rider, dia on the spot setuju. Dia tahu kemampuan saya dan faham sekarang ni bukan senang nak cari kerja

ATIRA

Walaupun mendepani cabaran, Atira tetap bersyukur kerana kerjanya sebagai penghantar makanannya lebih mendekatkan dirinya kepada suami.

"Dulu suami kerja kilang dari pagi sampai petang, selepas tu dia sambung buat part time jadi rider. Biasanya selepas pukul 10 malam baru balik.

"Bila saya tanya penat ke kerja, dia cuma jawab penat je tapi tak beritahu kepenatan dia. Bila saya sendiri jadi rider, barulah saya tahu kepayahan suami cari duit," katanya.

suami isteri foorpanda 2

Atira bahagia bersama suami dan anak-anak.

Dalam pada itu, Atira turut berkongsi momen manis apabila pernah bertembung dengan suaminya ketika bertugas memandangkan masing-masing bekerja secara berasingan.

"Kami bukan selalu update nak ambil makanan atau nak hantar kat mana. Suatu hari saya nak ambil makanan pelanggan kat sebuah restoran, dan kebetulan dia pun sedang tunggu pesanan pelanggan untuk disiapkan di tempat sama... dapatlah juga masa bersama selama 10 minit.

"Tapi kadang-kadang kami akan bertemu juga untuk makan bersama di mana-mana. Biasanya kami akan beli sebungkus nasi dulu sebagai alas perut sebab tak boleh lama-lama, bila-bila masa kami boleh dapat job hantar makanan.

"Saya makan separuh, suami makan separuh. Selalunya suami suapkan saya. Masa tu memang suami sweet sangatlah," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain