SIAPA yang tidak sedih mengenangkan penderitaan yang dihadapi oleh seorang anak istimewa bernama Bella yang dipercayai menjadi mangsa dera. Rakyat Malaysia bersatu hati memperjuangkan nasib yang menimpa remaja orang kelainan upaya (OKU) sindrom down berusia 13 tahun itu, menerusi tanda pagar #JusticeForBella. Kesedihan turut dirasai Bengah, personaliti media sosial yang mempunyai hampir sejuta pengikut di laman Instagram, yang dikenali kerana hubungan eratnya bersama adik istimewa. ARTIKEL BERKAITAN: Adik Bella dipercayai jadi mangsa dera, JKM sita Rumah Bonda ARTIKEL BERKAITAN: Kes dera Adik Bella berlaku dalam rumah kawan sendiri, Syed Azmi akhirnya 'bersuara'... akui banyak persoalan timbul - "Kalau push kuat lagi saya risau emosi suspek"k Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhashari Mohd Noor berkata, dia sebak mengikuti kes Bella kerana adiknya, Afiatul Salsabiila, 22, juga menghidap sindrom down. Hubungan Bengah (kiri) dan adiknya, Afiatul begitu akrab. Pemuda berusia 34 tahun itu memberitahu, hatinya amat tersentuh apabila melihat video tular di media sosial yang memaparkan Bella dengan kesan luka. "Masa tengok video Bella yang tular di Facebook, saya menggigil geram dengan pelaku tu. Dalam video tu, bila ditanya kena apa, siapa buat... semua dia jawab jujur. "Apa yang kita buat kat dunia ni akan mendapat kifarah iaitu balasan dunia yang Allah akan bagi pada pelaku yang menganiaya sesama makhluk. Cepat atau lambat. "Kalau terlepas di dunia jangan lupa akhirat sana! Bengah tak nak tuduh sesiapa walaupun jawapan tu masih samar dan pihak berkuasa yang akan siasat. Bengah serahkan kepad pihak polis untuk menyiasat secara telus dan adil," katanya kepada mStar. Keadaan Bella selepas menerima rawatan. Bengah turut berkongsi mengenai sisi yang baik mengenai insan istimewa yang mengihdap sindorm down seperti adik perempuannya, Afiatul. "Bila sebut pasal insan istimewa ni orang akan ingat mereka ni golongan yang kekurangan, cacat dan menyusahkan. Itulah jenis orang yang tak tahu apa kelebihan setiap makhluk. Kita semua ada kelebihan dan kekurangan. Bila sebut pasal insan istimewa ni orang akan ingat mereka ni golongan yang kekurangan, cacat dan menyusahkan. Itulah jenis orang yang tak tahu apa kelebihan setiap makhluk. BENGAH "Cik Pia (panggilan Afiatul) ni, dia dengan dunia dia je. Tak kacau orang, tak susahkan sesiapa, seorang periang dan menghiburkan setiap hari-harinya," katanya. Menurut Bengah, kehidupan adik istimewanya dalam keluarga tidak pernah memberi sebarang masalah melainkan kemahuannya tidak dituruti sahaja. Tangkap layar video penemuan Bella. "Dia akan memberontak atau tantrum mahukan perhatian. Sifat insan istimewa ni adalah sangat penyayang, suka berdikari, rajin dan suka tolong-menolong. "Kalau terlalu marah sangat dengan Cik Pia ni... paling 'kejam' Bengah pernah buat pun tak tegur dan tak bawa pergi berjalan-jalan. Paling 'jahat' sekali, makan set burger, kentang besar dengan sushi depan dia, sambil makan berbunyi. Itu kira serangan psiko bukan penderaan mental, " ujarnya secara berseloroh, merujuk kepada makanan kesukaan adiknya. Bapa kepada seorang anak itu berkata, tiada orang yang akan memahami mengenai insan istimewa itu melainkan 'keluarga'. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Keluarga tu maksud Bengah adalah kita dah terima dan sayang dia. Hari ini satu Malaysia sokong Bella dan doakan keadilan bakal terungkai nanti. InsyaAllah!" katanya. Bengah meluahkan perasaan mengenai kes Bella di Instagram. Sehubungan itu, Bengah berkata, dia amat berharap masyarakat lebih peka dengan keadaan sekeliling terutama kes penderaan OKU rentetan apa yang menimpa Bella. "Kalau bukan kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sekarang ini, Bengah memang nak pergi jumpa Bella, dan akan bawa Afiatul bersama untuk melawat dia. "Buat adik Bella, semoga kuat dan terus sihat ceria seperti orang lain yang nak hidup bahagia disayangi," katanya “Semoga kebenaran dan keadilan berpihak pada insan yang dianiaya. Bella seharusnya dapat hidup seperti mana kita yang nakkan kehidupan yang bahagia,” katanya. Bengah begitu mengambil berat terhadap adik istimewanya. Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 24 Jun lalu membabitkan mangsa yang merupakan remaja perempuan OKU sindrom down berusia 13 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff dilaporkan berkata, mangsa menghidap sindrom down mengalami kesan melecur di dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka di bahagian badan lain. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!