suria

Dulu buat suka-suka, kini jadi tauke roti jala jelita... ada tak sanggup makan sebab cantik sangat - “Hari-hari practice, jiran pun jadi mangsa eksperimen”

Jala jelita yang dihasilkan Musalmah mengundang pujian ramai netizen yang tertarik dengan kecantikannya.

"ROTI jala je pun, tapi kenapa mahal sangat?"

Itu adalah antara komen-komen yang biasa diterima oleh peniaga, Musalmah Salaman apabila ada segelintir pelanggan yang kurang berpuas hati dengan harga 'roti jala jelita' apabila mahu membuat tempahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lahir pada Hari Malaysia, gadis hidang roti jala ‘bendera’ ganti kek – “Saya memang patriotik, sanggup turunkan berat badan sebab nak jadi polis”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar ucapan, pelanggan minta tulis karangan atas kek! Baker habiskan masa hampir sejam - “Kalau salah eja, memang habis!”

Suri rumah berusia 49 tahun yang menetap di Tanjung Karang, Selangor ini yang menerima tempahan 'roti jala jelita' berkata, penghasilan kuih tradisional itu bukanlah mudah seperti roti jala biasa dan disebabkan itu, harganya sedikit berbeza.

"Saya sendiri pun masa mula-mula belajar menerusi kelas online setahun lalu, hari-hari practice. Tiap-tiap petang saya buat kuih ni untuk dimakan oleh keluarga sendiri.... jiran pun jadi 'mangsa' eksperimen.

jala baru 1

Musalmah banyak menerima tempahan jala jelita untuk dijadikan sebagai hantaran, majlis hari jadi dan keraian lain.

"Roti jala jelita ni banyak beza dengan roti jala kuning biasa. Cara nak membuatnya pun renyah sedikit. Kena pandai main warna, cara kirai pun lain, acuan juga lain.

"Selepas itu, kita kena pandai gulung ikut bentuk bunganya pula. Barulah kemas dan cantik. Namun kuah pencicahnya masih sama, sama ada serawa durian, kari ataupun ada juga kaya, " ujarnya.

jala baru 2

Jala coklat dan jala dwi warna yang dihasilkan Musalmah.

Menurut Musalmah, dia pada mulanya gemar berkongsi hasil kreativitinya di Facebook secara suka-suka namun tidak menyangka ramai yang ingin membuat tempahan.

"Masa saya mula belajar buat roti jala jelita pun, tak ada niat nak buat bisnes. Memang suka-suka sebab geram sangat tengok cantik-cantik yang orang buat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tapi tak sangka pula ada yang menempah. Saya pun cuba ambil tempahan dan Alhamdulillah, ramai yang suka dan puas hati. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak tempahan diterima untuk majlis keraian dan hari jadi.

Roti jala jelita ni banyak beza dengan roti jala kuning biasa. Cara nak membuatnya pun renyah sedikit. Kena pandai main warna, cara kirai pun lain, acuan juga lain.

MUSALMAH SALAMAN

"Tapi sekarang memang terhad, saya pun ambil tempahan untuk sekitar Tanjung Karang sahaja. Tak sangka selepas anak saudara saya muat naik di Twitter, ia jadi tular.

"Ada pelanggan luar dari Tanjung Karang seperti dari Kuala Lumpur dan Subang Jaya yang tempah untuk buat kejutan kepada ahli keluarga dan rakan mereka dekat sini. Alhamdulillah, sejak tular, tempahan penuh sampai minggu depan, " katanya.

lemper apam mawar punten

Musalmah juga menerima tempahan kuih tradisional Jawa seperti punten (gambar kanan), lemper dan apam mawar.

Sehingga kini ciapan yang dikongsi oleh anak saudara Musalmah di Twitter meraih sehingga melebihi 6,500 retweet.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-ratanya kagum dan memuji kecantikan gubahan roti jala jelita yang dihasilkan wanita tersebut.

"Anda panggil ini roti jala? Saya pula melihatnya sebagai masterpiece.

musalmah

Musalmah bersama anak saudaranya, Tyra ketika hari graduasi.

"Lawa, nak makan pun sayang, ni talent tau, sis nak buat kirai biasa pun berpeluh tau.

"Ini kalau beli aku tak makan. Buat hiasan kat almari je ni sebab lawa, " demikian antara komen netizen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain