suria

Miliki 40 tahun pengalaman, sentuhan tukang rumah 'garang' buatkan anak bongsu kesayangan tak sabar nak OOTD depan rumah

Video yang dikongsi Azla tular di aplikasi TikTok.

RAKAMAN memaparkan seorang bapa sedang melorek simen pada bahagian dinding rumahnya tular di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 370,000 tontonan.

Dalam posting itu, Azla Ahmad, 22, berkata dia tidak sabar untuk bergambar di hadapan rumahnya tidak lama lagi.

"Lepas ni OOTD depan dinding rumah je. Kreatif sangat aboh (abah)," ujar gadis itu pada kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketika remaja pernah bina rumah bersama ayah, kini jejaka 21 tahun hadiahkan dapur baharu buat ibu... hasil tukang sendiri dari A sampai Z

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah kampung bertukar wajah dalam sebulan, selepas siap tak sangka ramai singgah nak tangkap gambar

Menurut anak bongsu itu, bapanya, Ahmad Abdullah, 66, mempunyai pengalaman sekitar 40 tahun sebagai tukang rumah.

Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Azla mengakui terkejut apabila rakaman berkenaan meraih jumlah tontonan luar biasa menerusi TikTok.

"Sebenarnya saya rakam sebab nak tunjuk pada kakak yang jauh. Kakak saya tinggal di Kuala Lumpur. Video itu sebagai pengubat rindu untuknya.

"Terkejut bila dah viral. Saya memang tak sangka. Saya kongsikan video proses melorek dinding simen yang belum keras lagi. Kemudian ramai pula yang minta part two, nak tengok hasilnya.

azla2

Bahagian dinding yang dilorek oleh bapanya.

"Proses melorek tu ambil masa sehari je. Ayah buat pada hari Jumaat sebabnya pada hari lain, dia bekerja buat rumah orang," ujar Azla.

Menurut Azla, kediaman keluarganya juga dibina sendiri oleh bapanya suatu masa lalu.

Kakak saya pun kata tak sabar nak balik OOTD.

AZLA

Namun kata Azla, ayahnya baru-baru ini sekadar suka-suka membuat lorekan pada dinding untuk memperindah lagi kediaman mereka.

"Ayah lorekkan simen pada dinding tu untuk bagi nampak cantik. Dah siap, cuma belum cat lagi.

"Ayah memang kuat bekerja. Sampai sekarang dia masih bekerja. Kadang-kadang rasa sebak juga tengok dia bekerja. Dia balik kerja, boleh nampak penat tu.

"Bila saya kongsikan video tu, kakak saya pun kata tak sabar nak balik OOTD dan bergambar sambil berlatarbelakangkan dinding rumah kami.

"Tapi paling seronok mengenai ayah, dia seorang yang garang tapi dia tak garang dengan saya yang juga anak bongsunya," ujarnya berseloroh.

azla1

Dinding rumahnya yang dibuat sendiri oleh bapanya suatu masa lalu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu kepada bapa masing-masing menerusi ruangan komen video itu.

Kata netizen, video itu membuatkan mereka sebak memandangkan sudah lama tak pulang ke kampung gara-gara larangan rentas negeri.

Malah, ramai anak-anak tukang rumah turut berkongsi kisah mereka pada posting video itu.

"Dulu abah saya pun macam ni, tambah bahagian dapur pun buat sendiri. Tapi sekarang abah dah tak kuat, kencing manis potong tiga jari. Berdiri pun tak seimbang.

"Ayah saya pun tukang buat rumah. Kalau nak tambah bilik, ayah saya pun buat sendiri. Kalau suruh orang buat, mahal.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Rindunya arwah abah. Abah dulu pun tukang rumah dan selalu bina masjid, madrasah dan surau.

"Wah sama lah ayah kita. Tapi ayah kita dah tak ada," tulis beberapa anak tukang rumah pada ruangan komen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain